"Urm Lily aku ada nak tunjuk kau satu benda ni,"kata Han sambil melabuhkan punggung ke kerusi.
"Apa benda,kau jangan nak main-main, masa tu kau kata ada hal penting sampai tak boleh bincang dalam Phone bagai Aku sampai rumah kau,kau kata kucing berak atas katil! tu pun aku yang basuh bodoh,"kata Lily sambil mata menikam anak mata Han.
"Alah kau ni relax ah hal kecik je pun nak besar-besar kan,"Kata Han sambil mengeluarkan satu sampul surat dari bagnya.
"Kau memang nak rasa mati awal ke? Ke dah bosan hidup?.
"Leklu-leklu,hidup kita ni kena banyak bersabar nanti cepat tua tau orang kata.Tengok rambut kau sampai ada uban sebab selalu marah aku,"Kata Han sambil menyelak rambut di tepi telinga Lily.
Lily terus menepis tangan Han yang menyelak rambutnya dan memandang tajam kearah Han.Dia mahu sahaja menumbuk lelaki ini di khalayak ramai tapi apakah daya nya dia harus sentiasa bersabar apabila berurusan dengan lelaki bengong seperti si Han.
"Ly kau kenal Mark kan,"Soal Han memandang serius kearah Lily
"Tak siapa tu jiran baru kau ke,"Jawap Lily main-main
"Haha tak lawak,kau kenal kan dia siapa sebenarnya,"
"Urm kenal dia budak spain tu kan,duduk sebelah aku pulak tu tak best langsung,"
"Oi kau tahu tak dia tu kawan aku lah siot yang aku cakap dari spain tu,"
"Ouh ye ke,asal aku tak kenal pun dia,sebab aku rasa contact dalam Phone kau semua perempuan,"Kata Lily mukanya cukup tenang untuk mendengarkan penjelasan yang Han katakan itu.
"Adoii bengong pulak,dia lah kawan aku yang aku ajak kau teman ambik dia kat Airport haritu,"Kata Han sambil bermasam muka kearah Lily
"Hah apasal aku tak ingat pun,bila masa bodoh,"
"Memang lah kau tak kenal dah kau tidur takkan aku nak bangun kan kut.Dah lah tidur selubong dalam hoodie macam hantu dah aku tengok.
"Habistu dia kenal aku tak oii?hah dia tahu ke aku ni cousin kau?,"
"Sebab muka kau dalam hood so tak nampak lah.
"Dah lah aku nak masuk kelas nanti lambat.Bye,"Kata Lily sambil bangun lalu beredar dari situ.
"Aku cerita panjang-panjang bla macam tu je,bodoh punya betina,"Kata Han lalu dia berjalan menuju ke arah kelasnya.
Lily berjalan berseorangan untuk balik ke kelasnya.Langkahnya terhenti apabila dia terdengar bunyi pergaduhan yang datang dari bilik stor sukan.
Dia mahu mengintai apa yang telah terjadi di dalam stor sukan itu.Lily mendekatkan kaki kearah pintu depan stor itu.
Lily berasa kesal apabila tiga orang lelaki itu keluar dari bilik itu secara tiba-tiba.Lily yang cekap terus menyorok di belakang dinding.
Lily mengembus nafasnya kasar.Dia mahu melihat siapakah mereka bertiga tetapi mereka memakai mask putih yang bertompok merah.
Lily keluar dari tepi dinding lalu masuk kedalam bilik stor sukan itu dan terseyum tipis.Dia agak terkejut tetapi sangat berterima kasih kepada lelaki yang dapat memudahkan kerjanya berurusan dengan geng pembully sekolah.
" Baik semua sila buat kerja sekolah pada muka surat 8 dan 9,"Kata Sir.Farhan sambil mengemas buku-buku di meja untuk menamatkan kelas sejarah.
"Ahh maaf sakit sangat ke?Hahahah tu baru sikit ni balasan sebab kau aku malu satu sekolah pasal Han tampar aku,"Kata Sarah yang baru sahaja menampar pipi Lily.
KAMU SEDANG MEMBACA
REVENGE Oꎇ THE PRINCESS
ActionTrajedi berdarah telah membuatkan dirinya memecahkan segala rahsia dan misteri yang disimpan oleh keluarga sendiri, tiada langsung sisa rahsia yang tertinggal. Kehadiran seseorang tak terduga telah menolong dirinya mencari pembunuh bapanya selama i...