ROTP! 041

16 3 5
                                    

4 bulan kemudian...

Lily berjalan dengan susah payah kearah Biliknya semula.Pinggangnya mula berasa lenguh sehingga dia mengerang setelah sampai dikatil.

Kornea matanya memandang kearah Mark yang baru sahaja keluar dari aktiviti mandinya.

"Ololo,Good morning anak daddy,"Perut lily dicium dan diusap.Dah jadi rutin harian bagi Mark untuk berbuat begitu.Sebelum tidur pun sama,tak kesah mana-mana tetap jugak dia nak bercakap dengan anaknya.

"Kenapa muka mummy tu berkerut semacam aja? Kamu dah bertambah berat ke sayang? Jangan buat mummy kamu sakit-sakit okey?,"

Mudah diteka.Mark sudah mengagak yang lily sakit belakang.Bukan hal yang mudah baginya untuk berbadan dua.Yelah selalunya kurus ramping je sekarang ni kena bawa anak sekali untuk berjalan.

"Saya tak merungut la Mark,saya tak biasa,aduh sakit belakang,"Kata Lily.Tubuhnya di baringkan.

Mark naik ke atas katil dengan hanya memakai seluar.Dah jadi tabiat dah tak suka pakai baju dalam rumah sekarang.biasalah nama pun dah nak jadi bapak orang.

Belakang lily diurut secara perlahan-lahan.Tak sanggup dia nak tengok lily macam ni.Lepas kes yang lily diberi ubat Misoprostol,Mark jadi lebih Possesive dari sebelum ni.

"Daddy kata yang awak akan ambil pangkat Alpha,betul ke?,"Tanya lily.

"Ya,minggu depan tapi kalau ikut syarat semua ahli keluarga mesti hadir dalam majlis penurunan kuasa pada Alpha baharu.Sayang larat ke nak pergi? Kalau tak saya boleh minta daddy tunda hari tu lepas sayang bersalin,"

"Eh macam tu pulak! Mana-mana hari pun Okey la saya takda masalah pun.Lagipun tu mesti hari gembira untuk awak kan? jadi saya pun mestilah hadir dengan gembira untuk awak,"

"Kalau betul-betul tak larat bagitahu saya,Faham?,"

"Iye,"

"Dah jom siap-siap harikan baby kita ada check up,"Kata Mark.Lagi-lagi perut lily dicium berkali-kali.  

Harini merupakan hari yang mereka berdua dapat mengetahui jenis kelamin anak mereka.Tentu-tentu la tak sabar.Sebabtu la lily bersiap awal tapi tak guna juga bersiap awal kalau si suami tu bangun pun lambat.

"Saya dah siap,saya tunggu awak dari tadi.Mandi tu mengalahkan perempuan lama kemain,"Jawap Lily.Dah pandai membebel dah sekarang,mana taknye kalau geng-geng mark tu asyik lepak rumah dia aja.Dah la buat bising,kemas pun idok.

"Iyalah sayang,saya salah.Dah jom"

***

Bunyi tapak kaki memenuhi laluan yang sunyi itu.3 jejaka itu berjalan seiring langkah untuk ke ruangan meeting.

Tatkala langkah mereka terhenti ketika beberapa orang pekerja menghalangi langkah mereka.

"Wait! Kenapa gantung lukisan dekat lorong ni? Sepatutnya tak boleh kan?,"Tegur Jay kepada mereka.

"Ouh Tuan,kami hanya menjalankan tugas.Lagipun lukisan ni semua Tuan Mark yang arahkan untuk gantung dekat lorong ni,"Balas salah sorang dari mereka.

Jay mengerutkan dahi.Aik! Sejak bila mamat tu minat lukisan-lukisan seram macam ni?.

"Dah buang tebiat agaknya si budak Mark tu,apa benda la gantung lukisan seram macam ni dekat tengah-tengah jalan.,"

Chris menatap lama kearah Lukisan tersebut.Aksinya terhenti tatkala Jay dan Sam memanggilnya untuk melanjutkan langkah.

Aneh.

Itu yang dia rasai.Chris menghentikan langkahnya.Membiarkan Jay dan sam berjalan duluan.Dia menghampiri kembali kearah lukisan itu semula.

REVENGE Oꎇ THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang