"LILY pergi mana?,"Soal Tuan Daren dengan tegas.Wajahnya menampakkan kerisauan.
Lily mengigit bibir bawahnya.Apa aku nak cakap.
"Urm lily minta maaf,bukan lily taknak bagitahu tapi phone lily mati,"Katanya sambil menunjuk iphone ditangan.
Sial punya Alex.Dah la bawak aku pergi habistu sedap-sedap je tinggal aku sorang-sorang.Nampak sangat taknak kena marah.
Tuan Daren mengembuskan nafas berat.Langkahnya dibawa mendekat ke lily.
"Lain kali kalau nak keluar bagitahu daddy dulu okey? Risau sampai merata-rata daddy cari kamu,"Kata Tuan Daren dengan lembutnya.
"Baik,maaf sekali lagi,"
"Kamu pergi mana?,"Tanya dia
"Alex bawa lily jumpa mama,"Jawapnya yang membuat Tuan Daren membisu.
"Mama?,kamu pergi jumpa Aurelia?,"Tanya Tuan Daren lagi dan lagi.
"Iye,lily dah tahu cerita sebenar jadi lily rasa berasalah kalau lily tak jumpa dia,"
"Akhirnya kamu tahu,dah lama daddy tahan untuk buka mulut tentang Aurelia tapi Alex dan pesan awal-awal jangan beritahu dulu dekat lily,"
"Lily faham,lily masuk dulu ye,"Kata lily dan langkahnya mula dibawa ke tangga.
"Dah makan belum?,"Tanya Daren kepada lily yang berada di anak tangga.
"Sudah,"
***
SAM mendekat kearah Chris yang berada di ruang santai.Tanganya membawa beberapa snack dan air tin.
"Bro,kau tidur sini ke malam ni?,"Soal Sam yang baru melabuhkan duduk.
Sam bagaikan tahu apa yang chris akan katakan,dia kemudian menghulur air tin kepadanya.
"Aku tahu kau letih bro,tidurlah kejap sementara aku bersihkan bilik kau,"Kata sam.
Baru sahaja dia ingin beranjak pergelangan tanganya ditarik.
"Aku letih,maafkan aku sebab tumpang rumah kau,"Kata Chris.
"Kau nak tinggal sini terus pun aku tak kesah.Jangan la memendam sangat,aku ada untuk kau,"Sam melabuhkan duduk kembali.
"A—aku tak boleh ada dekat rumah,aku serabut.Aku Sak—
"Sakit Sam sakit!,"Dadanya ditepuk berkali-kali.Air mata jantannya turun dengan laju.
"Chris,weh sabar.Aku ada dengan kau.Apa lagi yang bapak kau dah buat dekat kau!,"Sam menyelak paksa baju Chris.
Matanya membesar ketika melihat adanya luka seperti terbakar di bahu lelaki itu.
"Chris kau bagi tahu aku sekarang! Apa yang bapak kau buat dekat kau!,"Cemas Sam beserta teriakkan.
"Hati aku lebih sakit kalau nak dibandingkan dengan luka tu,"
Amarah Sam membuak-buak.Iphonenya diraih.Contact seseorang hendak dia telefon.
"Kau nak call siapa?,"Tanya Chris dengan wajah dingin yang mengalirkan air mata.
"Mamá,"
"Sam tak payah,"
"Bapak kau dah melampau kau sedar tak!,"Tengking Sam.
Bgrh!
Sam memegang hujung bibirnya.darah,bibirnya pecah.Dia berpaling dan ingin beredar dari situ.Dah besar fikir la dengan otak bukan lutut.
"Sam,bro aku tak sengaja,"
"Disebabkan ego kau,kau sanggup tumbuk kawan yang dah bertahun-tahun ada dengan kau.Dah la,aku dah penat Chris,kau buat aku macam kawan yang tak guna.Buat apa kalau Papa aku Inspector General of police dan Mama aku Hakim mahkamah tinggi kalau aku sendiri pun tak boleh nak tolong kawan aku,"
KAMU SEDANG MEMBACA
REVENGE Oꎇ THE PRINCESS
ActionTrajedi berdarah telah membuatkan dirinya memecahkan segala rahsia dan misteri yang disimpan oleh keluarga sendiri, tiada langsung sisa rahsia yang tertinggal. Kehadiran seseorang tak terduga telah menolong dirinya mencari pembunuh bapanya selama i...