ROTP! 007

97 7 0
                                    

Kawasan Sekolah itu menjadi riuh-rendah akibat kemalangan yang ditimpa oleh gadis bernama lily itu.

Kemalangan atau kes pembulian yang telah sampai ke telinga pengetua membuatkan Kevin dan Sarah dikenakan hukuman gantung sekolah selama 1 bulan juga hukuman rotan yang setimpal.

Murid-murid yang melihat aksi pukul yang dilakukan oleh kevin pada kelmarin hari telah menyatakan benar tentang kes tersebut.

Ada juga murid yang memberitahu pada pengetua tentang kes sarah yang selalu membuli lily di dalam kelas.

Dua pasang kaki yang panjang berseluar hitam laju berjalan menuju kearah bilik mesyuarat guru.Mereka menampakkan wajah serius dan tegas pada hari ini.Nampak seperti bodyguard je.

Daun pintu ditolak kuat dengan amarah yang membuak-buak,kaki dilangkah cepat menuju kearah remaja lelaki dan perempuan itu.

PLAKKK!!!

PLAKKK!!!

Kedua-dua pipi mereka ditampar kuat oleh lelaki berbaju serba hitam itu.Lelaki itu tampak sedang menahan amarah dari memukul dua orang bangsat ini.

"Aku tak sangka dalam sekolah ni ada manusia sampah macam korang.
Kalau nak bergaduh sekalipun jangan sampai ada yang tumpah darah.FAHAM TAK!!!!.."

Mereka berdua terkejut akan nada tengking yang bergema itu.Wajah ditundukan kelantai tidak mahu memandang keatas.

"KALAU AKU BERCAKAP PANDANG MUKA AKU BUKAN LANTAI,"Ucap lelaki itu lalu duduk dikerusi yang berada di depan mereka berdua.

Kepala dinaikkan lalu mata bertatap mata dengan lelaki yang beraura yang seram sejuk ini.

"Saya mintak maaf Tuan Endra,"Ucap Sarah sayu untuk meminta belas kasihan.

Tuan Endra atau dikenali lagi dengan nama Endra William Louise merupakan pengasas kepada Howard Academic High School.Sekolah yang terkenal akan repotasi yang bagus dan kecemerlangan yang memuaskan.

Sekolah yang mempunyai pelajar dari pelbagai buah negara ini menjadi pusat minat ibu bapa untuk mendaftar anak mereka ke sekolah ini.

"Tuan Endra saya mintak maaf banyak-banyak tolong jangan gantung saya,"Kata kevin penuh makna untuk meminta simpati.

"Korang kalau dah nampak ada kuasa langsung tak fikir kedepan,Apa yang akan jadi kalau berita tentang korang ni viral? Korang nak suruh aku ni kesian,simpati kat korang yang dah cemarkan nama baik sekolah."Ucap Tuan Endra tegas.

"Entah korang ni, kalau dah nampak nak jadi samseng sangat kat sekolah ni buat lah sekolah sendiri lepastu letak nama sekolah tu samseng dihati!Cun tak,"Kata empunya suara yang dari tadi senyap ditepi meja.

"Han kamu boleh duduk dekat tepi Sarah,"Ucap Tuan Endra lembut.

Han melabuhkan punggung lalu duduk bersandar dengan tenang disitu.Melihat Muka pucat Dua pembuli sekolah ini ingin membuatnya ketawa.Tapi kena tahan nanti kena halau dengan Ayah sendiri.

"Saya dah whatsApp ibu bapa korang berdua jadi buat masa sekarang kita tunggu ketibaan diorang,"Kata Tuan Endra menatap tajam kearah Sarah dan Kevin.

"Saya tak mahu bertanggungjawap tentang hal korang berdua dengan Mark,jadi korang settle kan sendiri."

"Kenapa dengan Mark?,"Ucap mereka bersama.

"Entah tak tahu,"Jawap Tuan Endra mudah.

Hampir 10.00 minit mereka menunggu kedatangan ibu bapa kevin dan sarah akhirnya tepat pada pukul 9.30 a.m pagi mereka sampai juga di bilik mesyuarat itu.

Tuan Endra mempersilakan kedua ibu bapa mereka untuk duduk di depan anak mereka masing-masing dan pembicaraan dibuka.

Tuan Endra menjelaskan kesalahan Kevin dan Sarah tampa tercicir sepatah dua kata.Penjelasan itu cukup serius hingga membuatkan bilik itu sunyi dan hanya terdengar suara Tuan Endra yang sedang berbicara.

REVENGE Oꎇ THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang