{(Lilyane Louise)}
Kasut disarung kasar kerana takut akan terlewat ke Sekolah.Kaki melangkah memasuki pagar sekolah dengan keadaan Mood yang bercampur aduk.Lily berjalan menuju ke arah kelasnya yang berada di tepi tangga.
Duduk dilabuhkan ke kerusi miliknya yang bertempat di sebelah jendela.Lily menggunakan masa yang tersisa sebelum kelas dimulai dengan menyiapkan beberapa Kerja yang belum disiapkan.
"Wah anak tunggal dah sampai,"
Lily mengangkat kepalanya lalu melihat siapa yang datang menghampirinya.."Sh*t.
"Urm aku malas nak cakap lama-lama dengan kau,mana kerja rumah aku?Dah tahu aku dah sampaikan? Letaklah atas meja aku." Perempuan itu berkata dengan nada yang agak marah.
Lily menjeling perempuan itu.Dia kembali melihat kerjanya yang hampir siap. Pen digerakkan lalu menyambung menyelesaikan kerjanya semula.
"WOI KAU DENGAR KE TAK APA YANG AKU CAKAP,MANA KERJA RUMAH AKU."Perempuan itu menarik rambut Lily seiring berkata dengan nada hampir menjerit.
Lily dibuat terkejut akan perbuatan perempuan yang menarik rambutnya dengan kuat.
Pergaduhan mereka mengundang beberapa pelajar kelas lain yang ingin menyaksikan pergaduhan antara Lily dan Perempuan itu.
SARAH!!!
Semua orang disitu berpaling melihat kearah sumber suara yang kuat itu. Lily dan Sarah juga berpaling. Ya perempuan yang memarahi Lily bernama Emma Sarah,dia merupakan anak kepada Guru di sekolah ini yang bernama Ms.syera.
Kaki berjalan ke arah meja Lily, Han menampar pipi Sarah lalu meleraikan tangan sarah dari rambut Lily.
"Kau jangan nak buat hal kat sekolah ni..hujung jari aku je,aku boleh buang kau dari sekolah ni."Han berkata kepada Sarah membuatkan Sarah menjeling kearah Lily lalu keluar dari kelas itu.
"Kau Okey?."Soal Han kepada Lily.
"Aku okey je, Terima kasih."Lily menatap Han sambil berkata.
"Eh kauuu, dengan aku bukan main tumbuk sana-sini dengan minah tu tak berani pulak nak pukul dia." Han berkata sambil membuat muka tidak puas hati kepada Lily.
Han merupakan Sepupu kepada Lily mereka sudah lama berkawan, dari kecil lagi mereka sudah dekat.Han juga merupakan anak kepada pemilik sekolah ini iaitu Howard Academic High School,dia sangat terkenal di sekolah ini kerana Ketampanan dia yang dapat mencairkan hati pelajar perempuan.
Lily menumbuk bahu Han dengan Sederhana kuat."ADUHH!! kau ni makin aku cakap makin kau buat."Han mengadu kesakitannya kepada Lily dengan nada perli.
"Eh kau ni kata lelaki sejati jangan lah nak lemah sangat,nak jadi Anak sajat ke?."Lily berkata sambil menuju keluar dari kelasnya kerana kelas pertamanya akan dimulai di Bilik sains.
"Ewah-ewah minah sekor nih kalau 1 hari tak hina aku tak boleh hidup rasanya."Han berkata sambil mengikut langkah Lily keluar dari kelas itu
"LILY!.. JUMPA KAT KANTIN NANTI!!".
Lily berpaling lalu menunjukkan isyarat 'OKEY' Melalui tangannya.Dia berpaling semula ke depan dan meneruskan langkahnya semula.
***
"Urmm kau nak makan apa, Aku belanja." Tanya Han kepada Lily.
"Ikut kau lah nak beli apapun asalkan sedap." Lily berkata sambil melabuhkan punggung ke kerusi kantin.
KAMU SEDANG MEMBACA
REVENGE Oꎇ THE PRINCESS
AkcjaTrajedi berdarah telah membuatkan dirinya memecahkan segala rahsia dan misteri yang disimpan oleh keluarga sendiri, tiada langsung sisa rahsia yang tertinggal. Kehadiran seseorang tak terduga telah menolong dirinya mencari pembunuh bapanya selama i...