ROTP! 042

18 3 5
                                    

Hari-hari lily berlalu seperti biasa.Walaupun tampa Mark disisi dia tetap terasa seperti sedia kala hidupnya memang kena duduk rumah pun.Terperap macam orang sakit jiwa.

Kebetulan pula rasanya.Hari ini Puan Liana dan Tuan Daren bertolak awal ke syarikat masing-masing.Katanya banyak kerja yang nak disiapkan sebelum hari pelantikan Jawapan Alpha baru Oxyuranus.Iaitu suaminya sendiri la siapa lagi.

Lily menatap sayu kearah meja dapur.Apalah nasibnya.Dia dah la tak pandai masak sangat,kenapa lagi sebab kawin muda la dia tak sempat nak belajar masak semua ni!.Tapi Mark tak pernah mempermasalahkan hal itu.Dia kata duit banyak buat apa simpan.

Lily dah tak ada pilihan lain.Dia perlu juga keluar mencari makan pagini.Iphone di poket seluar ditarik keluar.Cuba dia menelefon Chris dan Sam.Aik? Keduanya-duanya tak mengangkat.

Mark dah pesan banyak kali kalau nak keluar pastikan dia diiringi pengawal ataupun Chris dan sam sementara dia ke italy.Tapi aku kan malu nak keluar kalau Bodyguard ikut,berlebihan sangat kalau macam tu.

Terpaksa jugalah dia pergi sendiri.Sorry Mark saya bukan nak derhaka tapi perut saya dah berbunyi menandakan bukan saya sorang je yang lapar.

LILY meminta pemandu memberhentikan kereta di area pejalan kaki yang terhubung dengan kedai-kedai di tepi jalan.

Kakinya mulai melangkah kedepan seraya matanya memandang kekiri dan kekanan mencari kedai makan yang sesuai.Nasib kau la lily sebab ada dekat Spain ambik kau semua tulisan bertuliskan bahasa spain.Dia dah la tak pandai sangat berbahasa spain ni kalau nak bercakap sempoi-sempoi dengan Mark tu bolehlah.

Takpe kita kena Confident.Cuba nasib.Lily melangkah kedalam sebuah kedai makan masakan Arab.

Usai dia memberikan ordernya ke pelayan tanganya mula bermain dengan Handphone miliknya sehingga dia tidak perasan dengan perubahan sekeliling.

Bau perfume menempel ke hidungnya,Bau yang sangat dia kenali.Matanya menatap kearah orang yang mengunakan perfume tersebut.Emny!.

"Well aku tak sangka yang kau hidup lagi..dan aku juga tak sangka yang aku boleh terjumpa kau dekat Spain waktu aku tengah bercuti.Nampak sangat dunia ni kecil sampaikan muka si*l kau pun asyik nak muncul depan muka aku,"

"Takda siapa yang suruh kau datang Spain dan aku pun tak nak tengok muka kau,"Balas lily.Tatapanya sangat tajam ke Emny.

"Ouh macam tu,kau mengandung? Ah! Baru aku faham! Kau datang kerja dekat Spain jadi Pel*c*r ke? Sebab tu la ada buah! HAHAHAHAH,"Katanya seraya menepuk-nepuk meja.Sumpah biar author yang masuk dan lempang si keparat ni.

Plakk

Tangan lily sampai ke wajah Emny.Kalau boleh dia nak ajak bertumbuk je terus tapi ingatkan kalau dia masih berada dalam kedai jadi dia kena tahan hasratnya.

"Beb! Relax la benda biasa..tapi aku pun nak tahu yang,"Wajahnya didekatkan.

"Beramai ramai lelaki dah yang kau layan,"Katanya hampir terdengar bisikan.Dia sambung kembali ketawanya.

Wajah lily berang.Matanya mahu mengeluarkan api.Baru sahaja tanganya ingin naik ke wajah emny kembali aksinya terhenti.Suasana Restaurant yang sangat bising sebentar tadi tiba-tiba menjadi sunyi.Nampak hantu ke?.

Wajah pelangan ada yang berubah pucat dan ada yang menunduk seperti tidak melihat apa-apa.Lily yang hairan memandang ke arah mata-mata yang utuh memandang kearah pintu masuk restaurant.

Sekumpulan lelaki muda berbaju hitam memasuki restaurant tersebut.Wajah mereka sangat tampan namun terlihat sangat berbahaya dengan gaya mereka.

Dalam lily memandang kearah mereka.Emny memanfaatkan hal itu dengan menarik rambut lily kebawah dan hal hasil kepala lily terbentur kuat kemeja.Hingga bunyi memenuhi restaurant yang sunyi itu.

REVENGE Oꎇ THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang