KORNEA mata lily jatuh kearah susuk tubuh Mark yang sedang bercakap dengan doktor yang merawatnya tadi.Tangan lily naik meraup rambut.Kepala dia rasa berdenyut-denyut dan sakit.
Mark kemudian menghampirinya.Tubuh suaminya duduk di samping katil.Lily membalas pandangan Mark dengan tatapan sayu.Entah kenapa dia rasa letih, letih sangat macam semua tenaga dalam tubuhnya lesap.
"Okey?" Tanya Mark lembut.
Lily menganguk lemah.Dia kemudianya bangun dan bersandar di kepala katil.Matanya memandang kearah Mark semula.
"Lily, saya faham awak trauma dengan apa yang pernah awak nampak dahulu, tapi sekalipun awak tak boleh lupakan trauma itu..awak perlu ada adab lily.Tuan Aran dia Papa awak.Hormat dia sebagaimana awak hormat saya,faham?" Kata Mark dengan tegasnya.Langsung dia tak beri muka pada isterinya.
Kadang-kadang perlu juga dia jadi serius.Bukanya semua perkara yang lily buat itu betul.Kalau salah dia cuba tegur baik-baik.
"Faham.." Jawap lily rapuh.Lily bermain dengan jari-jarinya untuk menghilangkan rasa takut.
"Pandang sini." Panggil Mark tegas.
Lily memandang Mark dengan wajah sayu dan pucatnya.Dah macam ayah marah anak dah gayanya.
"Esok, bincang baik-baik dengan Papa.Dengar penjelasan dia dulu" Kata Mark.
Lily hanya menganguk.
Lily menurunkan tubuhnya kembali.Selimut ditarik dan tubuhnya di selubung ke dalam selimut.Rasa nak nangis la pulak tapi takpe la...
Lily dapat rasakan yang katil itu memberat.Mesti Mark naik dan baring disampingnya.Hinggalah tangan mark menyentuh pinggang rampingnya.
"Saya bukan marah, saya tegur sebab saya taknak awak berkasar dengan Papa awak. Boleh kan berbaik balik dengan papa? Emm? " Kata Mark.
Bukan dia tak tahu, tengok air muka Lily pun dia boleh agak yang isterinya terkesan dengan kata-katanya.
Lily diam tidak menjawap.
Mark membuka selimut yang menutup wajah Lily.Dia tersenyum selepas melihat wajah lily yang sudah menutup mata.Dah tidur agaknya, letih kut.Biarlah, tak mahu dia mengacau waktu rehat lily.
Tuan Aran menjauh dari bilik itu.Fikirannya masih memikirkan keputusannya.Adakah hal itu perlu dilakukan? atau tidak?.Entahlah dia serabut memikirkan hal itu.
"Saya bukan marah, saya tegur sebab saya taknak awak berkasar dengan Papa awak. Boleh kan berbaik balik dengan papa? Emm? " Kata Mark.
Kata-kata Mark terus bermain di fikirannya.Mark lelaki yang baik untuk anaknya Lily, entah kenapa dia boleh terfikir untuk memisahkan mereka berdua.Salahnya juga sebab tidak jujur dengan lily selama ini.
"I will fix the situation." Kata Tuan Aran.
———
JAY meletakkan beberapa kertas di atas meja kerjanya.Matanya memerah namun masih setia memandang skrin komputer dihadapanya.
"Arghh—" Kepalanya dihembaskan keatas keyboard.Sakit kepala nyah.
Dringg dringg..
Bunyi deringan talefon membangunkan Jay kembali.Talefon diraih dan diangkat pangilan itu.
"Emm?" Tanya Jay duluan.
"Jay kau kena datang dekat pusat Oxyuranus sekarang.Now!!" Jerit Chris keras.Bunyi nada kerisauan itu terdengar di telinga Jay.
"Kau kenapa? ada hal apa sampai aku kena pergi sana? malas la Chris." Balas Jay dengan nada sayunya.
KAMU SEDANG MEMBACA
REVENGE Oꎇ THE PRINCESS
AzioneTrajedi berdarah telah membuatkan dirinya memecahkan segala rahsia dan misteri yang disimpan oleh keluarga sendiri, tiada langsung sisa rahsia yang tertinggal. Kehadiran seseorang tak terduga telah menolong dirinya mencari pembunuh bapanya selama i...