ROTP! 047

16 3 10
                                    

Tak terasa sudah 3 minggu peristiwa buruk itu berlalu.Mark masih setia menjaga lily yang masih memerlukan perawatan yang utuh dengan baiknya.Alhamdulilah dalam fasa pemulihan ini lily sangat turut dan patuh akan segala hal yang mark suarakan.Dah jadi tanggungjawap lily untuk taat akan perintah suaminya.

Tentang keguguran anak pertama mereka,mark masih tidak buka mulut tentang hal itu.Jantina anak mereka ialah lelaki.Itupun Mark dapat tahu sebelum dia memandikan jasad bayi lelaki yang sudah cukup sifatnya.Iya!Putra sulung mereka.Sepatutnya anak lelaki itu yang akan mewarisi tahta dan gelaran yang dia ada namun takdir berkata lain..

Mungkin dia akan berdua dengan lily hingga hembusan akhir nafas mereka.

Sejujurnya..Mark sangat ingin mempunyai anak bersama lily tapi jikalau kesihatan lily tidak mengizinkan..'Tidak punya anak pun tidak masalah bagi Mark'.

"Awak.. Awak!," Panggil lily seraya menepuk bahu Mark.

Mark yang masih merenung kearah luar tingkap dipecahkan lamunannya oleh tepukan lily dibahunya.

"Kenapa sayang,"Tanya Mark lembut.Lebihan rambut yang menghalagi wajah Lily ditolak ke belakang telinga.

"Dah 3 minggu awak suruh saya duduk dalam bilik ni,sebenarnya kita dekat mana sekarang? Dah lama saya nak tanya tapi saya nampak awak sangat overprotective jadi saya turunkan niat saya untuk tanya awak," Balas lily tak kalah lembut macam mark.

Mark yang mendengar itupun menundukkan pandangannya.Rambut coklat miliknya diserabaikan.

"Awak sayang saya tak?,"

Lily terkejut sejenak.Soalan apa yang mark tanya ni?.Kenapa perlu dia tanya soalan yang dah terang-terang dia tahu jawapannya?.

"Mestilah saya sayang awak..awak hilang kejap pun saya dah runsing tahu tak," Jari jemari Mark dicapai dan digengam erat.Tak mahu la dia berjauhan dengan Mark.Dia sayang sayang sangat dengan cik husband dia ni.

Mark tersenyum tipis sambil menahan sakit di lubuk hatinya.Haishh macam mana dia nak lepaskan isteri yang patuh dan taat macam lily.

Perempuan boleh dicari.Walaupun Mark menunjukkan sifat kejinya, wanita manapun tetap mahu kan dirinya.Tapi dia tak buta untuk terima wanita lain sebab hatinya setia berpaut dengan ikatan cinta dia dan lily.Dia hanya mahukan lily,bukan orang lain!.

"Kenapa awak tanya? Saya ada buat salah ke? Kalau ada..saya minta maaf la sebab ada buat salah," Lagi-lagi lily berkata dengan lembut.Lelaki mana yang tak cair kalau dapat tengok wajah suci lily sekarang.

"Mana ada, awak mana ada pernah buat salah dengan saya.Saje je saya test," Balas Mark.

"Suka hati la,"

Mark melentangkan tangan.Tampa segan silu lily masuk ke pelukan Mark.

"Saya minta maaf sebab tak dapat jaga anak kita baik-baik,"Ujar lily sayu.Dah nak mula dah drama korea dia.

"Bukan salah awak.Kita kena terima takdir,jadi awak jangan salahkan diri awak okey?,"Kata Mark cuba memujuk lily.

"Saya dah redha tapi iyelah awak faham kan perempuan macam mana.Dia macam datang secara tiba-tiba,entah la," Balas lily terbata-bata.Sakit sangat kalau dia mengenang kembali peristiwa itu.

"Saya faham sayang,"Dahi lily dikecup lama.

Lily pun dah cukup manja dengan dia jadi boleh la hal itu perlahan-lahan mengubati rasa trauma yang baru lily lalui.Mesti perit.

———

MANSION kediaman Keluarga Xavier's menjadi sedikit kucar kacir disebabkan pertikaman lidah yang sedang hangat berlaku sekarang.

REVENGE Oꎇ THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang