ROTP! 040

15 3 5
                                    

Setelah apa yang dia lalui kelmarin lily menjadi tidak boleh melupakan apa yang berlaku kepada dirinya.Dia dan Mark hampir kehilangan anak mereka.

Dari semalam dia merintih kesakitan.Tapi dia tidak mahu terlalu membebankan Mark jadi dia menahan sakit sendiri dengan memeluk erat bantal.

"Sayang,muka awak dah pucat sangat ni!,"Kata Mark.

Dia kemudian menelefon seseorang sebelum dirinya mendekat kearah lily.

"Tak apa saya boleh tahan,Argh!,"Baru je dia nak acah kuat tiba-tiba je perutnya sakit kembali.

"Saya tahu awak masih sakit kan,mari berendam dalam air panas kejap.Nanti kurang la sikit sakit di perut awak tu,"

Usai sahaja lily berendam dalam kolam air panas,dia kembali berbaring.Rasa sakit diperutnya mulai berkurang tapi tetap sahaja masa terasa.

Lily mengenakan baju T-shirt putih kosong dan berseluarkan seluar pendek separas lutut.

Pintu ditolak perlahan dari luar.Mark menghulurkan kepadanya dulu dan badan berada diluar.

"Sayang,pakai seluar pendek ke?,"Tanya Mark lembut.Lily menganguk sambil memandang Mark.

Mark tersenyum.

"Urm Masuk dalam selimut kejap,boleh?,"Lagi-lagi lily menganguk.Dia dengarkan saja apa yang Mark suruh.Yelah kalau tak dengar kan nanti derhaka.

Kepala mark ditarik sebelum pintu kembali dibuka meluas.Lily mengerutkan dahi tatkala melihat satu susuk tubuh lain di belakang Mark.

"Siapa?,"Tanya lily perlahan.

"Ini Dc.Vin,dia akan chek perut awak kejap,"Jawap Mark.

Dr.vin kemudian duduk tampa disuruh ditepi Lily.Dia memandang kearah lily seperti meminta izin terlebih dahulu.

Lily mengiyakan.Tangan Dr.vin kemudian membuka selimut yang menutupi perut gadis itu.Baru sahaja dia ingin menarik habis tangan mark mencegah tindakannya.

"Sampai situ je,"Katanya dingin.Dia kemudian naik ke atas katil dan berada di sebelah lily.

Dr.vin mula melakukan pemeriksaan terhadap lily.Mark menahan rasa cemburunya dari tadi lagi ketika tangan Dr.vin memegang perut lily.Dia tahu la yang itu semua perubatan tapi biar la dia tetap cemburu.Tak kesah la Tua atau muda i tetap cembulu.

"Ms lily,Make sure lepasni jangan banyak buat kerja-kerja berat.Banyakkan rehat ye?,"Kata Dr.vin.

"Baik Dr.,"Terkejut juga dia tiba-tiba dr ni boleh berbahasa melayu tapi riaknya tetap biasa.

"Buat masa sekarang saya boleh katakan yang awak punya rahim sedang lemah lily,Ya saya pun tahu Janin Keturunan Xavier sangat bermakna,namun tetap la dengar apa yang Daren dan Mark katakan pada kamu,"

"Anak saya masih selamat kan doktor? Atau dia takkan selamat?,".Lirih Lily

"Lily,kamu dalam fasa kritikal jadi saya harap kamu dapat kawal emosi kamu dengan baik,Boleh? Baby korang perlukan Kehangatan kasih sayang dari kedua ibu bapa diorang,"

Mark berpaling kearah lain.Hatinya sakit jika ditakdirkan anak yang lily kandung tidak dapat bertahan lama.Namun dia harus tetap kuat di mata lily dan terus menyemangati isterinya.

"Pastikan Kamu makan ubat seperti yang saya tulis disini,ingat jangan Skip tau.Saya minta diri dulu la ye kalau semuanya dah selesai,"Pamit Dr.Vin.Dia mengemas barang-barangnya sebelum dihantar keluar oleh Mark.

***

Mark duduk bersandar di Balkoni utama rumahnya.Biarlah dia rehat sejenak,fikirannya buntu buat masa kini.

REVENGE Oꎇ THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang