[chapter 8 ]

541 20 1
                                    

kereta yang dipandu Elly berhenti di simpang jalan kerana Elly bimbang dengan Qalisha yang masih terdiam .Elly tiba-tiba memegang tangan Qalisha yang sejuk itu .

" Qalisha kau okay tak ni , kenapa kau tiba-tiba nak keluar dari mall tu , ada something wrong ke ? tell me .."ujar Elly dengan nada perlahan .

secara tiba-tiba air mata Qalisha membasahi pipinya itu , yang membuat Elly semakin risau dengan keadaan Qalisha .

" a..aku tadi jumpa k..khairul..dia pegang tangan aku ..aku takut lah Elly ..aku masih belum boleh lupa apa yang dia dah buat dekat aku.." air mata Qalisha terus mengalir mengingat kejadian 3 tahun lepas.

flashback

khairul menarik tangan Qalisha dengan sangat kuat dan sampai membuat Qalisha kesakitan.Khairul menolak kasar tubuh Qalisha ke dinding.

Qalisha tidak dapat menahan sakit di pergelangan tangannya yang sudah lebam , Qalisha meneteskan air mata melihat perlakuan Khairul.

" Apa awak nak lagi ni Khairul !! " ucap Qalisha dengan nada marah .khairul hanya menayangkan senyuman sinis , seketika itu tangan Khairul membelai pipi Qalisha yang sudah dibasahi air mata . lantas Qalisha terus menepis kasar tangan Khairul yang mencuba menyentuh pipinya

" i nak you .. just that .." tangan Khairul yang masih mencuba memegang muka Qalisha lantas langsung ditepis oleh Qalisha lagi.

" Kan saya dah cakap ..saya taknak !! awak faham tak .. kita ni hanya kawan tak lebih dari itu..lepaskan saya ! " mata Qalisham sudah dibasahi oleh air mata .

" kalau awak taknak ..saya akan tetap paksa awak kahwin dengan saya.." senyuman sinis dilakarkan sebelum tangannya mengunci pergerakan Qalisha . Qalisha meronta ronta untuk dilepaskan namun Khairul menampar kuat pipi Qalisha .

datang sosok kawan Qalisha dari belakang tanpa disedari Khairul . Elly langsung memukul kepala Khairul dengan buku novel berkulit tebal miliknya .

Khairul mengerang kesakitan dan dirinya langsung terbaring di lantai sambil menahan kesakitan di kepalanya

Elly langsung menarik tangan Qalisha keluar dari kawasan itu menuju ke tandas perempuan . disitu Qalisha menangis dan bersyukur kerana Allah menyelamatkannya dari lelaki itu .

" Qalisha kau okay tak ni .. dia ada buat apa-apa dekat kau ke ? or ada luka mana-mana " mata Elly tertuju ke pergelangan tangan Qalisha yang sudah membiru .Elly lantas memeluk Qalisha untuk menenangkan kawannya itu .

" a..aku dah taknak sekolah dekat kolej ni lagi..aku taknak.." Qalisha masih tersedu-sedu untuk bercakap mengingat kejadian yang menimpanya tadi.

Elly hanya diam kerana dia juga memahami perasaan Qalisha mujur dirinya ternampak Qalisha tadi kalau tak entah apa yang akan dibuat khairul.

" shh shh aku ada..don't worry..kita lalui sama-sama okey" Elly mengelus air mata Qalisha.

setelah kejadian itu Elly dan Qalisha pindah ke Kolej lain tanpa pengetahuan murid yang lain termasuk Khairul . yang hanya tahu keberadaan Qalisha dah Elly hanyalah pengetua.

End Flashback


" dia dah ada dekat KL ? " ucap Elly sambil memegang tangan Qalisha .Qalisha hanya mengangguk . Elly manarik nafas panjang sebelum memandang muka Qalisha .

" don't worry nanti aku bagitahu husband aku , lagipun husband aku kerja dengan husband kau..biar dia yang bagitahu husband kau " ujar Elly .

Suami Elly bernama Alex william , dia berkerja dengan Syarikat T.D dan juga sebagai orang kanan tengku Daniel.

Qalisha hanya diam tidak bersuara . Elly hanya boleh diam dan menepuk perlahan bahu Qalisha seketika itu Qalisha memandang Elly . dia sangat bersyukur kerana memiliki kawan baik seperti Elly walaupun mereka berbeza agama mereka tetap memahami satu sama lain

" aku hantar kau balik rumah kau ea , kau nak kena rehat . Jangan fikir dah pasal Khairul tu " ujar Elly . kereta Elly langsung bergerak menuju ke rumah Qalisha

sesampai mereka di rumah Qalisha . Qalisha langsung keluar dari kereta diikuti dengan Elly . Pak samad yang menyedari kahadiran Qalisha dan Elly langsung membuka pagar rumah .

" puan dah balik ? ..tuan Daniel dah ada dekat dalam dengan Encik Alex " ujar Pak samad . Elly terkejut atas kehadiran Suaminya itu . mereka berjalan bersama-sama sebelum memasuki rumah banglo itu .

" assalamualaikum.." ucap Qalisha sebelum melihat figura dua lelaki tampan iaitu suaminya dan suami Elly yang sedang duduk di sofa ruang tamu .

Daniel perasan kehadiran Qalisha langsung menatap wajah isterinya itu ."waalaikumussalam". Qalisha berjalan mendekati suaminya sebelum mengucup tangan suaminya .

" saya naik dulu ya , saya rasa macam tak sedap badan sikit " ujar Qalisha sebelum berjalan menaiki tangga meninggalkan mereka bertiga

Elly hanya mengeluh , jika dirinya berada di tempat qalisha dirinya juga akan turut merasai benda yang sama .

Elly memandang wajah suaminya sebelum duduk disebelah Alex ." you buat apa dekat sini ?" tanya Elly kepada suaminya

" aku dengan Daniel tengah bincang pasal kerja tadi .." jawab Alex . Elly hanya mengangguk tanpa berbicara .

lantas pandangan Elly langsung beralih ke sosok Daniel . " Daniel saya nak cakap sesuatu dekat awak ni ..pasal Qalisha "

Daniel mengerutkan Dahinya , dia juga menyadari tingkah isterinya sebentar tadi , sangat berbeza seperti ada masalah yang dipendam Qalisha.

Elly menarik nafas panjang sebelum menceritakan kejadian yang menimpa Qalisha tadi .Alex turut mendengar cerita yang disampaikan oleh isterinya .

Daniel mengertap giginya dan mengempalkan tangan nya menahan amarahnya . Sungguh berani Khairul berbuat sedemikian kepada isterinya yang membuat isterinya trauma .

" habistu kau nak buat apa sekarang ?..aku rasa dia akan kacau wife kau balik" ujar Alex .Elly hanya duduk diam disebelah Alex dan dirinya hanya berharap yang masalah ini cepat selesai.

" tak apa , kita biarkan dulu , tapi dari sekarang aku nak budak black angle jaga isteri aku . kalau dia still nak kacau isteri aku .. aku tak teragak-agak hantar dia ke neraka " senyuman sinis diukir oleh Daniel .

selain memiliki syarikat T.D , daniel juga memiliki kumpulan yang bernama "Black angle" Alex juga salah satu daripada ahli kumpulan Black angle . markas mereka berada di suatu tempat yang terpencil , hanya Daniel dan Alex yang mengetahuinya .

Alex hanya mengangguk sebelum memandang sosok isterinya yang masih terdiam dan raut wajah Elly juga berubah menjadi sedih kerana dirinya risau akan keselamatan kawan baiknya itu .

dirinya kenal sosok Khairul , firasatnya mengatakan yang Khairul akan terus mencari Qalisha sampailah dirinya dapat memiliki Qalisha semula .

Alex mengelus rambut Elly sebelum mengucup lembut ubun-ubun isterinya . Daniel yang melihat itu hanya menjeling sekilas .

" jom balik " ajak Alex sebelum menghulurkan tangannya ke Elly . Elly menyambut tangan Alex sebelum berdiri .

" Daniel , aku ngan wife aku balik dulu , kalau ada apa-apa call je aku " ujar Alex . Daniel hanya mengangguk .

setelah Elly dan Alex pulang . Daniel menarik nafas panjang sebelum mengehembusnya , dia meraup kasar wajahnya dah juga memahami perasaan isterinya yang sudah mula diganggu khairul .

Daniel berjalan menaiki tangga sebelum dirinya berjalan menuju bilik tidurnya .terlihat jelas sosok isterinya yang sudah dibuai mimpi .

daniel berjalan medekati Qalisha sebelum duduk dibirai katil sebelum membelai rambut Qalisha dengan lembut . sebelum membisikkan sesuatu

" i will protect you.."

walaupun dirinya tahu yang isterinya tidak akan mendengarnya kerana isterinya sudah terlena . dia juga hanya berharap yang hanya dirinya saja yang mendengarkannya .

muka Daniel sudah mula mendekati bibir Qalisha sebelum mengucup lembut bibir merah isterinya . Daniel terus melabuhkan badan disebelah isterinya sambil memandang wajah bersih dan putih isterinya .

" sleep well sweety "

𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐒𝐨𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠![c]Where stories live. Discover now