[chapter 15 ]

392 12 1
                                    

Jam menunjukkan pukul 10:30 malam .Khairul hanya mundar mandir di markasnya kerana tiada kabar dari anak buahnya . Adakah gagal rancangannya ataupun anak buahnya tertangkap .

Khairul cuba untuk berfikiran Positif , mungkin anak buahnya sedang sudaya upaya menjalankan tugasnya untuk menculik Qalisha

[di markas Black Angel]

Alex menarik Kain hitam yang menutupi muka Lelaki berhoodie itu . Edward hanya bersandar di balik dinding manakalah Easter sedang membersihkan pisau yang dipegangnya .

Nampaknya lelaki itu masih nyenyak tidur ,sedap ye tidur .

"Bro , ni phone dia " ucap Edward selangkah mendekati Alex dan menghulurkan Telefon bimbit itu , setelah telefon bimbit itu bertukar tangan Alex membuka talefon milik lelaki itu .

memang benar lelaki ini orang suruhan Khairul untuk menculik Isteri kawannya itu , kau ingat senang ke nak culik wife kawan aku , sedikit pandangannya dialihkan menghadap lelaki itu .

kedengaran bunyi tapak kaki seseorang , mereka dapat mengagak siapa yang akan datang ,pintu dibuka .

sosok bertubuh tegap berjalan memasuki bilik penyiksaan itu , sudah tentu ketua mereka Daniel .Daniel tersenyum melihat mangsanya kali ini walaupun bukan orang yang mereka cari tapi mereka perlu mendapat sedikit info daripada anak buah Kumpulan Khairul .

Edward mengambil sebaldi air dan berjalan mendekati lelaki berhoodie itu ,tanpa lengah masa baldi yang berisi air tadi langsung disiram tepat di kepala lelaki berhoodie itu .

dia langsung tersedar dari pingsannya .lelaki itu perlahan-lahan membuka mata . alangkah terkejutnya melihat beberapa orang yang tidak dikenalinya berada tepat di hadapannya .

Dimanakah dirinya sekarang bukankah tadi dia berada di depan rumah Daniel untuk menculik Qalisha .

Dia tersedar tangan dan kakinya sudah terikat , lelaki itu meronta-ronta untuk dilepaskan tapi tidak berhasil tangan dan kakinya sudah diikat kemas .dia tidak dapat mengingat apa yang terjadi tadi siang kepalanya terasa sangat sakit

" sedap tidur nampak " ucap Alex sekilas memandang dingin Lelaki berhoodie itu .Lelaki itu berasa tidak sedap hati kerena ia dapat merasakan aura hitam di sekeliling orang di hadapannya ini .

" siapa kau ?!..kau orang nak apa dekat aku ! " tanya Lelaki berhoodie itu lantas suaranya ditinggikan . tangannya sudah mula kebas kerana mungkin ikatannya terlalu kuat .

Daniel tersenyum sinis . berani sungguh lelaki dihadapannya ini , tachoodd kita . langkah demi selangkah Daniel berjalan mendekati Lelaki itu .

tanpa segan silu tangan kekar Daniel menarik kasar rambut lelaki itu .yang membuat lelaki berhoodie itu kesakitan .

" aku nak tanya kau...apa rancangan boss kau terhadap wife aku " tangannya yang memegang kasar rambut lelaki itu terus didekatkan kemukanya yang membuat Lelaki itu gerun.

Siapakah lelaki dihadapannya ini . adakah dia suami kepada Nur Qalisha , tetapi kenapa dia terlihat seperti kumpulan mafia . Lelaki itu seketika membulatkan matanya , tidak mungkin lelaki ini seorang ketua mafia !

" A-aku tak tahu..." menyempat lagi lelaki ini berbohong jelas-jelas lelaki itu disuruh untuk menculik isteri Daniel .

Lantas Easter bangun dari tempat duduknya dan memberi sebuah rakaman audio kepada Daniel .

Seketika Daniel tersenyum sinis , tangannya sudah melepaskan rambut lelaki itu , terasa perih di bahagian kulit kepala rasa macam nak tercabut je .setelah mendengar rakaman audio yang diberi Easter lantas Daniel memandang lelaki itu sinis

" kau ingat , senang ke nak culik isteri dari Tengku Daniel Mikael ? " tangannya melipat lengan kemejanya hingga ke sikunya .

" let's start our game " semua orang berkumpul dihadapan lelaki berhoodie itu , lelaki itu tahu yang hidupnya akan tamat sebentar lagi .

Qalisha melirik jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 12:56 malam . biasanya suaminya sudah pulang pada jam begini tapi kenapa harini lewat , adakah dia diculik ! atau entah-entah kena samun ! . Oh NO !!

Qalisha cuba untuk mengusir fikiran negatif yang muncul di otaknya .mungkin jalan sesak , come on Qalisha fikir positif jangan negatif !

kedengaran pintu dibuka seseorang , Sosok Daniel berjalan memasuki rumah . Suaminya sudah pulang ! . yeay .

terlompat Bahagia Qalisha sambil berlari menuju ke arah suaminya . tidak lupa untuk memeluk suaminya tetapi ada sebuah bau yang janggal

Hidung Qalisha cuba menghidu bau yang agak pelik itu .Riak muka Daniel langsung berubah cuak . haa sudah dia cam bau darah dekat baju aku , haa sudah ! mama tolong Daniel !

" bau darah..."

Sudah diagak isterinya sudah dapat menebak bau darah yang tersisa di bajunya . Daniel sudah cuak nak bagi jawapan apa .

air liurnya diteguk payah . manakala Qalisha masih menatap tajam muka Daniel.

" do you hide something from me ? " tanya Qalisha sambil anak mata hazel miliknya memandang tajam kearah Daniel yang masih diam membisu .

haa ayok Daniel engkau yang buat pandai pandai lah engkau jawab .

Daniel mendengus perlahan , dia rasa sudah tiba masanya untuk menceritakan hal sebenar kepada isterinya . dirinya tidak mahu berbohong lagi tentang dirinya yang juga seorang mafia .

" i can explain this , kita duduk dulu ya " ucap Daniel sambil kakinya melangkah menuju ke sofa di ruang tamu . punggungnya dilabuhkan di sofa empuk diikuti dengan Qalisha .

Qalisha masih memandang tajam kearah suaminya .

" saya harap awak tak terkejut dengan apa yang saya akan cakap kejap lagi " ucap Daniel sekilas memandang Wajah isterinya ,di dalam kepala otak Qalisha sudah banyak soalan yang hendak ditanya . Qalisha sekilas mengangguk perlahan .

" aku ketua mafia..." ucap Daniel sekilas

Qalisha tertawa kecil mendengar apa yang diucap suaminya itu ." hahahhah saya tahu lah abang suka main game tembak-tembak tapi kenapa abang nak kena cakap yang abang ni mafia hahahahah " terkekek ketawa Qalisha .Sempat lagi Suaminya buat lawak di masa-masa ini .

" aku cakap benda betul Nur Qalisha Khayra " nada cakap Daniel langsung ditinggikan . tiba-tiba terus hilang gelak tawa Qalisha .

adakah betul apa yang dicakap suaminya ? biar betul . tetapi bau darah yang dihidunya sebentar tadi .Blurr sekejap .

" j-jadi selama ni saya berkahwin dengan ketua mafia .." ucap Qalisha tergagap .

mungkin betul apa yang diucap Daniel .terasa seram sejuk pulak duduk sebelah dia ni . naik bulu roma Qalisha .

Daniel mengangguk perlahan.

" awak jangan risau saya jenis mafia yang baik-baik je " ucap Daniel selamba padahal banyak musuhnya yang sudah dibunuh .

boleh percaya ke dia ni .matanya dikecilkan memandang Suaminya itu . nak percaya ke tidak entah-entah dia jual dadah macam mana .banyak soalan negatif yang muncul di benaknya .

" a-awak jual da...." tidak sempat dia menanya habis soalannya . Daniel sudah menyampuk .aishhhh sebok je dia ni !

" saya tak jual dadah ataupun benda lain " sampuk Daniel sambil matanya tertuju ke televisyen .

" jadi suami Elly pun mafia jugak ke ? " tanya Qalisha . haa sudah husband masing-masing mafia .ya allah .Daniel mengangguk

Qalisha hanya berdiam diri . tidak mahu mananyakan soalan lagi .Daniel hanya memerhati Qalisha yang sudah berdiam diri .

Daniel menarik Qalisha menuju ke dekapannya .

" maafkan abang...abang sembunyikan sisi gelap abang selain aku ni CEO.." Daniel memeluk Qalisha erat , walau apa pun yang terjadi dirinya akan sentiasa melindungi bidadarinya .

" it's okay abang..saya doakan yang abang sentiasa dalam lindungan Allah " Qalisha membalas pelukan daniel .dia tidak kisah suaminya mafia ataupun apa .yang penting suaminya pulang dengan keadaan selamat .

" Ya allah lindungilah suami hamba ini ya allah "

𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐒𝐨𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠![c]Where stories live. Discover now