Daniel berjalan memasuki rumah banglo miliknya .Daniel menutup pintu rumah , matanya melihat sekeliling . sunyi sepi je mesti yang lain dah tidur . Jam menunjukkan pukul 1:00 pagi .
Kaki melangkah menuju ke dapur .rasa nak buat kopi pulak . lengan bajunya disisingkan hingga ke siku . Tangannya membancuh kopi yang sudah hampir siap .
Daniel meminum secawan kopi itu dengan penuh nikmat . hilang sikit penat . setelah selesai membersihkan cawan kopinya tadi .Daniel berjalan manaiki anak-anak tangga menuju ke bilik tidurnya .
Pintu bilik dibuka perlahan , kelihatan sosok isterinya yang sudah nyenyak dibuai mimpi .Langkahnya berjalan mendekati katil dan duduk dibirai katil bersebelahan dengan isterinya .
bibir Daniel mengukir senyuman manis , sambil tangannya membelai lembut rambut isterinya .mesti penat sangat ni .
Anak mata hitam miliknya memandang perut isterinya , tangannya mengelus perut Qalisha yang didalamnya terdapat zuriatnya
Daniel memeluk erat Qalisha yang sudah tertidur pulas . isterinya sentiasa cantik , hanya dia yang boleh menempati ruang dihatinya .
bukan orang lain .tidak lama selepas itu dirinya juga terlelap sambil tangannya memeluk tubuh isterinya .
...
Khairul berjalan memasuki cafe . suasana ni cafe itu tidaklah ramai mana , jadi dapat dia menenangkan otaknya yang sedikit serabut ni .
Di meja lain terdapat juga Clara yang sedang menghirup teh di kedai itu .
ring...ring...ring
telefon bimbit milik khairul berdering . tangan Khairul terus menyeluk poket seluarnya untuk mencapai telefon bimbit milikinya . ikon hijau ditekan dan perbualan mereka dimula
perbualannya berjalan lancar sampai sahaja nama Daniel disebut , Clara memandang Khairul yang sedang ralit bercakap dengan orang yang menelefonnya .
banyak soalan yang muncul dibenaknya sekarang ini . Apa kena Daniel dengan lelaki tu dan..siapa Qalisha ? . Clara langsung bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke meja Khairul.
Khairul memerhati Wanita yang berdiri dihadapannya ini . kenapa dia ni . khairul menamatkan panggilan telefonnya . dan seketika memandang clara .
Clara mengambil tempat dihadapan Khairul .mukanya beriak kosong sambil melihat wanita yang berani duduk didepannya ini .
" excuse me , nama i Clara Mikayla " ucap Clara gedik . rasa meluat pun ada Khairul dengan dia ni dah lah main duduk je !.
Namun Khairul hanya diam tanpa beriak apa-apa , hanya riak kosong .
Clara memandang tajam kearah Khairul , " apa kena mengena you dengan Daniel " tanya Clara .
Khairul hairan dengan soalan perempuan didepannya ini . " bukan urusan kau " pendek sahaja jawapan yang diberikan .
" and one more thing..who is Qalisha ?" tanya Clara , anak matanya tajam memandang Khairul .Khairul mendegus perlahan.
" dia tu isteri Daniel dan dia bekas kawan baik aku , aku suka dekat dia " jawab Khairul sekilas sambil menunjukkan gambar Qalisha . terbuntang mata Clara , memang cantik isteri Daniel .
sambil melihat gambar Qalisha , terbit senyuman sinis dibibir Clara .Khairul hanya diam tidak berkata dan tangannya meletak semula telefon bimbit di atas meja .
" i nak you tolong i ... " ucap Clara sambil badannya disandarkan ke kerusi dan kakinya disilangkan .
" tolong apa ..." tanya Khairul . perasaan hairan muncul dibenaknya .
YOU ARE READING
𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐒𝐨𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠![c]
Romance1st Story dibalik sombongnya Daniel , dia tetap menyayangi isteri satunya ini . walaupun jenis mulut murai " kalau terjadi apa-apa dekat saya..." " jangan pernah benci saya " -Qalisha- perjanjian yang dibuat Qalisha untuk Daniel . dan jika mereka...