[ Chapter 24 ]

283 9 0
                                    

Daniel membasuh mukanya ,mukanya beriak kosong , di dalam otaknya hanya terpapar wajah isteri kesayangannya . sudah masuk 18 jam Qalisha menghilang .

tangannya meraup rambutnya ke belakang . fikirannya sangat berserabut .

" tuan saya dah belikan makanan , jom makan " ucap salah satu lelaki berbadan tegap dan berpakaian serba hitam .

" korang pergi lah makan dulu .." jawab Daniel , dia dan yang lain baru sahaja balik dari pemakaman Pak samad ,

harini ialah hari yang paling teruk untuknya , banyak perkara buruk berlaku , isterinya sudah diculik , pemandu yang dipercayainya sudah tiada .

Daniel melabuhkan diri di sofa berdekatan dengan ruang tamu , lengan sasanya menutup segenap mukanya . rasa sebak dihatinya tidak dapat ditahan .

tiba-tiba kepalanya terasa seperti seseorang tengah mengusap kepalanya , matanya perlahan-lahan dibuka , iya tengku syahida sedang duduk disampingnya.

Semasa pengebumian Pak samad tadi ahli keluarga Daniel turut hadir , dia juga menceritakan hal yang terjadi .

manakala Easter sedang memastikan jejak terakhir kereta yang menculik Qalisha sebelum mereka bergerak kesana .

Daniel bangun dari baringnya " mama dengan papa pergi lah makan dulu , tadi Daniel dah suruh anak buah Daniel belikan makanan " suruh Daniel , bibirnya dipaksa mengukir senyuman nipis .tidak mahu membuat papa dan mamanya risau .

" takpelah , mama dengan papa tak lapar lagi .." jawab Tengku Syahida , jari runcingnya mengesat air mata yang tersisa di pipi anak terunanya ini .

" macam mana dengan Qalisha , kamu dah jumpa ? " jawab Tengku Asyraf sekilas , dia mengambil tempat di sebelah anaknya .

" Easter nak pastikan lokasi terakhir diaorang , kemungkinan malam ni daniel dengan yang  lain terus flight ke langkawi " ucap Daniel

Tengku Syahida hanya memandang wajah sayu anaknya , sungguh berat ujian yang perlu dihadapi anaknya ini , sudahlah isterinya sedang berbadan dua . harap-harap tiada perkara buruk yang berlaku .

" mama , papa dengan adam mungkin duduk dekat sini dulu untuk sementara waktu " ucap Tengku syahida.

Daniel hanya mengangguk

daniel berpamit untuk keluar rumah sekejap ,langkahnya dituju ke arah Easter yang kelihatan sedang sibuk dengan komputer ribanya .

" ada apa-apa information ? " tanya Daniel sekilas . matanya turut memandang kearah komputer ribanya .

" lokasi terakhir sempadan pulau langkawi .." jawab Easter , sudah diagak pasti si Khairul membawa puan majikannya ke markas miliknya .

Daniel mengangguk , dia mengarahkan semua anak buahnya untuk bersiap sedia , semua ahli kumpulan black angel akan pergi ke langkawi kecuali Alex , dia harus menjaga isterinya kerana keadaan isterinya yang masih belum stabil .

semua orang hanya mengangguk patuh dengan arahan yang diberikan ketua mereka .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Qalisha perlahan-lahan membuka matanya ,dia perasan yang tangan dan kakinya sudah diikat menggunakan tali . rasa sakit masih menyelubungi badannya .

matanya melilau melihat sekeliling , dimanakah dirinya sekarang ini , tiba-tiba pintu dibuka sesorang .

" oh , kau dah bangun " ucap Clara , dia memandang sinis kearah Qalisha . kalau boleh dia nak bunuh Qalisha sekarang ni tetapi dia harus menunggu masa yang sesuai .

" saya dekat mana ..?" tanya Qalisha , matanya tajam memandang Clara .

" kau tak perlu tahu .." clara menyandarkan badannya dibalik dinding .

" kenapa awak buat saya macam ni ..saya tak tahu apa-apa .." jelas Qalisha , tubir matanya sudah berkaca-kaca bukan sebab takut atau apa tetapi sakit , sangat sakit .

Clara berdecit geram , langkahnya diatur mendekati Qalisha , bibirnya mengukir senyuman sinis , PAKk! kakinya menendang peha Qalisha .

" Argghh! " Qalisha sudah sangat kesakitan , air mata yang tertakung sudah tidak dapat ditahannya . dia harus kuat demi semua orang , dia tahu suaminya pasti sedang mencarinya .

tangan Clara manarik kasar rambut Qalisha untuk melihat tepat kearahnya . " jangan risau aku akan buat lebih dari ini ...sampai aku puas !...engkau selamba je ambik hak milik aku ! " ujar Clara Sinis .

" apa maksud awak ?!..saya tak tahu apa-apa " jawab Qalisha , ya allah kuatkanlah hamba .

Clara sudah geram dengan jawapan Qalisha , tangannya menolak kasar tubuh Qalisha , sampai kepalanya terbentur ke dinding .

Qalisha sudah meringis kesakitan . tangan Clara dinaikkan seperti mahu menampar wajah cantik Qalisha tetapi tangannya ditahan seseorang .

Khairul menghentikan tindakan Clara , kalau nak nak dia cepat sangat mati jangan buat dia macam tu .

" dia tengah berbadan dua ..jangan buat dia macam tu " tangan Clara yang dipegangnya dilepaskan .

Clara menepis Kasar tangan Khairul , prihatin sangat dengan perempuan ni dah kenapa ! . dia berjalan meninggalkan ruang itu , pintu dihempas kuat .

Khairul membuka ikatan Qalisha dan menolong Qalisha untuk duduk , makanan dihulurkan ke Qalisha . dengan cepat Qalisha menepis kasar tangan Khairul , nasi yang dibawanya tadi habis bertaburan dilantai .

" SAYA NAK BALIK !! " bentak Qalisha

" listen to me ..if you don't fight me, I won't hurt you " ucap Khairul untuk menenangkan keadaan .jarinya bergerak mendekati pipi Qalisha

belum sempat Khairul berbuat sedemikian , cepat-cepat Qalisha menggigit jari Khairul , tidak tahu kenapa dirinya berani dengan apa yang dia buat sebentar tadi .

Khairul maraung kesakitan sambil memegang jari-jarinya yang digigit Qalisha .

manakala Qalisha cuba untuk menyelamatkan dirinya dari lelaki durjana ini . secara tiba-tiba kaki tersungkur kabel wayar yang berada di situ .

dari belakang Khairul sudah penat dengan perangai Qalisha , dia mengangkat Qalisha lalu mencampaknya ke lantai .

" aku dah cakap kan ... tapi kau pilih untuk tersakiti jadi enjoy "

BUKKK!! satu pukulan terkena tepat di wajah Qalisha , dia sudah tidak kuat melawan matanya perlahan-lahan tertutup.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
semua ahli kumpulan Black Angel sudah tiba di villa pribadi Tuan Asyraf . kerana pada malam ini Daniel dan yang lain akan menaiki pesawat pribadi milik Tengku Asyraf untuk pergi ke pulau langkawi .

" semua dah siap tuan " jawab salah satu anak buah Black Angel .

yang lain sudah sibuk menyiapkan perlengkapan senjata yang akan digunakan untuk melawan musuh . menurut data yang diperoleh Easter , terdapat banyak anak-anak buah Khairul yang menjaga kawasan markas dia .

Sebagai tanda berjaga-jaga bom juga turut dibawa .

semua benda penting sudah dimasukkan ke dalam pesawat . semua orang juga telah mengambil tempat masing-masing di dalam pesawat .tinggal Daniel sahaja .

Disana juga terdapat tengku Syahida dan Tengku Asyraf sedang berdiri tepat dihadapan Daniel .

Daniel tersenyum nipis sebelum dia mencapai tangan kedua ibu bapanya dan mengucup lembut kedua tangan itu .

" jaga diri kamu Daniel , mama sentiasa berdoa yang terbaik untuk anak mama " ucap tengku Syahida tangannya mengusap lembut bahu anaknya .

Daniel hanya mengangguk , senyuman tidak lekang dari bibirnya .mama dan papanya juga tahu yang dirinya seorang ketua mafia dan sentiasa menyokongnya dan tengku syahida pernah memesan sesuatu untuk dirinya.

jangan biarkan kejahatan menguasi dirimu dan jengan buat lebih daripada itu tetapi..dia tidak akan membiarkan orang yang sudah melukai orang tersayang bebas di kehidupan ini .

hidup ini tidak akan adil jika tidak membalas apa yang diaorang buat dekat kita .

" tunggu abang sayang..."

𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐒𝐨𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠![c]Where stories live. Discover now