cahaya pagi yang cerah menghiasi ruangan bilik itu . Daniel membuka tirai di balkoni bilik mereka sebelum dirinya berdiri di balkoni sambil menghirup udara segar .
Daniel mengalihkan pendangannya ke arah Qalisha yang masih belum bangun . Daniel Berjalan mendekati Qalisha ,dirinya duduk di birai katil sebelum mengusap dahi Qalisha .
Daniel tersentak kerana dahi Qalisha sedikit panas kemungkinan Qalisha demam . Qalisha membuka perlahan matanya dan seketika itu melihat Daniel yanyg sedang duduk disebelahnya.
" dah pukul berapa ni...saya dah nak kena buat breakfast " Qalisha yang ingin turun dari katilnya ditahan oleh Daniel .
" kau demam...kau kena rehat " perlahan-lahan Daniel membaringkan semula posisi Qalisha .
Qalisha hanya diam , dia juga tahu yang dirinya berasa tidak terlalu sihat . Daniel menutup badan Qalisha dengan selimut sebelum mengusap lembut pipi isterinya .
" awak tak pergi office ke? " sekali lagi mata Qalisha melirik ke arah jam di bilik mereka . Daniel menggeleng kepala .
" harini aku ambik cuti...sebab saya nak jaga kau .." Daniel melangkah keluar bilik , dan menutup perlahan pintu .
terharu kita ..
Qalisha hanya terdiam sebelum matanya mula tertutup kembali .
Daniel menuruni anak tangga sebelum menuju ke dapur . sambil melihat sekeliling dapur . disebabkan isterinya demam , dia patut memasak bubur untuk isterinya .
otak Daniel seketika itu blurr sekejap , kerana tidak tahu macam mana nak memasak bubur . tanpa berkata-kata lagi Daniel mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket sebelum mendail nombor ibunya .
[ibu🌹]
.............
Hello..
Assalamualaikum mama..
Waalaikumussalam ,Haa Daniel kenapa tu?
Hmm Daniel nak mintak tolong mama boleh tak ?
Boleh Daniel , nak mama tolong apa tu?
Daniel nak buat bubur untuk Qalisha sebab dia demam tapi...Daniel tak tahu
Ya allah takkan bubur pun tak tahu nak buat . hmm takpelah nanti mama datang rumah kamu tu , sambil nak tengok menantu mama
ok mama assalamualaikum
Waalaikumussalam
call end..
Daniel menarik nafas panjang.nasib baik mama ada .Daniel berjalan menaiki tangga semula .
Daniel membuka perlahan pintu biliknya terlihat sosok isterinya yang sudah nyenyak , Daniel berjalan mendekati Qalisha Qalisha sebelum mengucup lembut dahi isterinya .
tok..tok...
Daniel seketika keluar dari bilik dan berjalan menuruni tangga .
Daniel membuka pintu sebelum melihat dua orang yang amat dirindui oleh daniel .Tengku Ashraf dan Tengku Syahida .Daniel lantas menyium tangan kedua orang tuanya .
" Assalammualaikum , Daniel dah lama papa tak jumpa kamu , kamu pun jarang nak call papa " Tengku Ashraf memukul lembut kepala anak lelakinya itu .
YOU ARE READING
𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐒𝐨𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠![c]
Romance1st Story dibalik sombongnya Daniel , dia tetap menyayangi isteri satunya ini . walaupun jenis mulut murai " kalau terjadi apa-apa dekat saya..." " jangan pernah benci saya " -Qalisha- perjanjian yang dibuat Qalisha untuk Daniel . dan jika mereka...