[Chapter 18 ]

348 12 0
                                    

Daniel membawakan segelas susu untuk isterinya .tahu-tahu usia kandungannya sudah menjejaki 4 bulan . perutnya juga sudah sedikit membesar .

Qalisha sedang giat membaca buku tentang nama-nama anak . haishh baru 4 bulan dah sibuk dah nak cari nama anak tu . Daniel hanya menggelengkan kepala .

dia meletak susu itu di atas meja , Daniel duduk di birai katil bersebelahan dengan Qalisha .

" dah dah lah tu , gender anak kita pun kita tak tahu lagi tau " ucap Daniel sambil tangannya mengambil buku yang dibaca oleh isterinya.

Qalisha memuncungkan bibirnya . biarlah , nanti-nanti pun tahu jugak . tangannya mengusap perutnya yang sedikit membesar itu . Daniel hanya tersenyum nipis . isterinya sudah terlalu excited nak timang cahaya mata yang pertama .

" abang , saya rasa kan ..saya macam nak beranak cepat-cepat lah " ucap Qalisha dengan nada teruja . dalam fikirannya tidak memikirkan rasa sakit yang akan dialaminya di saat melahirkan nanti .

dia mahu melihat muka anaknya , ikut muka mama dia atau papa dia ... aaaaa tak sabar lah . Daniel memandang Qalisha dengan tatapan pelik .

lain macam bini aku ni , orang lain time nak beranak takut ...tapi bini aku...uishhh aku pulak yang takut .

" aippp...jangan cakap macam tu .. walaupun kau excited sangat tapi tidak dengan aku.." jawab Daniel sambil matanya tertuju ke telefon bimbit yang dipegangnya.

Qalisha tersenyum misteri.hehehe husband kita care lah pasal kita , sukanya kita...ibuu suami isha care pasal isha lah hahaha.

" abang.." panggil Qalisha , matanya melirik suaminya yang sedang leka bermain telefon bimbit . hishh dia ni tak nampak ke aku tengah nak perhatian dia ni .

" hmmm?" hanya sepatah ayat yang keluar dari mulut Daniel .

" hmm..alang-alang kita dah nak ada baby ni ..cuba abang tukar nama panggilan saya " ucap Qalisha hanya matanya dikedipkan comel.

Hati Daniel seperiti terkena panahan hati . comel nyaaaa! . " awak nak saya tukar dengan panggilan apa ? " tanya Daniel sambil tangannya disilangkan .

" hmm..saya nak abang panggil saya ..sayang lepastu jangan guna dah perkataan kau aku  " jawab Qalisha sambil bibirnya mengukir senyuman manis .

blurr sekejap Daniel . haruskah dia panggil isterinya sayang . tapi aku tak biasa ,aaaa mama tolong Daniel .

Daniel berdehem untuk meghilangkan rasa gugupnya .

" haa ye lah " jawab Daniel sambil mengalih pandangannya ke arah lain .tenga blushing nih!...

Qalisha tersenyum bahagia . Akhirnya impiannya menjadi kenyataan . tak sabar nak dengar suami sombongnya ini panggil dirinya sayang

." terima kasih abang "

" abang nak turun bawah kejap..kalau ada apa-apa awak panggil saya " sampai lupa apa yang dijanjikan untuk Qalisha .

" aippp! panggil saya siapa " tanya Qalisha dingin . matanya memandang tajam kearah Suaminya .

" hmm ye lah ..abang nak turun dulu kalau ada apa-apa sayang panggil abang ye " jawab Daniel pasrah . tidak mengapa yang penting isterinya bahagia.

Suasana di club sangat meriah . ianya hanya dipenuhi dengan lampu berwarna-warni . masing-masing memiliki kegiatan mereka .

muzik disko kedengaran kuat memenuhi setiap ruangan Club malam itu .

seorang perempuan berjalan sambil membawa dua gelas minuman yang berisi arak . langkahnya berhenti tepat di hadapan kawannya dan memberikan secawan arak itu kepadanya .

𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐒𝐨𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠![c]Where stories live. Discover now