" yes i'm Qalisha Khayra your wife "
tangan Daniel mengelus lembut kepala isterinya yang sudah ditutup hijab shawl .Sebuah senyuman diukir Daniel yang membuat Qalisha terpegun melihat senyuman nya . Limited edition!
" i really wait this time.." Daniel menarik Qalisha menuju dekapannya . Qalisha tersenyum bahagia " kalau mama dengan papa tahu mesti dia orang happy " Daniel melepaskan dekapannya .
" dah jom turun , Mak som dah nak siap masak dah " Qalisha mengangguk , mereka bersama berjalan menuruni tangga sambil berpegangan tangan .
Edward berjalan memasuki sebuah cafe.Sosok wanita cantik dipandang Edward iaitu Easter yang sedang leka bermain laptop .
Edward tersenyum nakal , langkah dituju kearah Easter yang sedang duduk bersendirian di cafe itu , Easter sedar akan kehadiran mamat yang sering mengganggunya itu namun dirinya buat tidak tahu .
" hmm..kau ingat aku tak perasan ke ? " ucap Easter sambil matanya tertuju ke laptop miliknya .
Easter cloudia wanita kacukan italy dan philippines , berkerja di T.D HOLDING sebagai juruwang dan juga salah satu dari anak buah Black Angle . Edward dan Easter berkerja ditempat yang sama yang membuat Easter tidak menyukai Edward kerana Edward sering mengganggunya .
galit ako sayo edward!
" lah baru nak suprise kan you , dah terkantoi pulak " Edward menggaru kepalanya yang tidak gatal .
Easter sekilas menjeling tajam wajah Edward .mahu sahaja dipukulnya wajah tampan Edward . tangan Easter tidak berhenti manaip keyboard laptop nya .
Edward melabuhkan punggung di sebelah Easter namun Easter manjauhkan sedikit jaraknya dengan Edward .
" kenapa kau cari aku ? " Easter berhenti menaip dan menongkatkan dagunya sambil memandang Edward .Edward sekilas memandang Easter sambil tersenyum , tak pernah tak cantik wanita depannya ini .
" Boss nak you cari lagi maklumat khairul dengan kumpulan dia " . Easter hanya mengangguk , lalu dirinya menyambung kerja di laptop je . Edward sekilas curi-curi pandang apa yang sedang Easter lakukan .
Easter sudah naik menyampah dan langsung menutup laptop nya bergegas ingin pergi dari cafe itu .Edward hanya memerhati Easter dari kejauhan.
Memang benar Easter sosok wanita idaman Edward . Tidak suka diganggu lebih ingin bersendirian .Namun Easter sudah menutup pintu hatinya untuk lelaki angkara bekas teman lelakinya yang curang dibelakangnya .
" i will make sure you will be my wife...Easter cloudia " senyuman diukir Edward sambil melihat kereta Honda cr-v milik Easter meninggalkan kawasan cafe itu .
Qalisha melabuhkan punggung bersebelahan dengan Daniel di sofa ruang tamu .Mata Daniel tidak memandang sosok qalisha yang sedang memandangnya comel . mesti ada yang nak di mintak ni.
Daniel mendengus perlahan sebelum mengambil remote dan menukar siaran TV3 yang sedang menayangkan cerita MEH SANDAR PADA AKU .
Qalisha memuncungkan bibirnya melihat suaminya langsung tidak memandang isterinya yang comel ni .
baru nak mintak peluk , Qalisha menyilang tangannya tanda merajuk dengan Suaminya itu .
Daniel perasan yang isterinya inginkan perhatiannya , Daniel mengukir senyuman kecil sebelum memandang sosok isterinya yang sedang membelakangi nya . Merajuk lah tu
" abang pergi je pandang TV tu , TV tu kan lebih cantik daripada saya " Qalisha menjeling sekilas wajah tampan Daniel .
Daniel hanya tersenyum mengejek ada orang cemburu dengan TV lain macam bini aku ni.
" abang?..."tanya Daniel hairan , satu senyuman nakal diukir Daniel ,Daniel mendekatkan jaraknya dengan Qalisha yang membuat dirinya terkaku .
" A-abang ni dah kenapa?..salah ke saya nak panggil abang " tergagap-gagap Qalisha ingin bertanya suaminya . Daniel memandangi Qalisha dengan senyuman mengejek
" kenapa tiba-tiba panggil abang..." Daniel memandangi wajah isterinya yang semakin lama semakin memerah .Daniel mendekatkan sedikit mukanya dengan Qalisha .
Qalisha cepat-cepat menutup mulut suaminya dengan kedua tangannya , mengahalang Daniel untuk menciumnya .
Qalisha tersengih bangga kerana dapat menghalang suaminya mencium nya . bangga kejap hahaha
Daniel mendengus geram melihat isterinya yang cuba menghalanginya .Senyuman sinis diukir Daniel sebelum daniel berdiri di hadapan Qalisha .
tak padan dengan kecik , geram je . Daniel mencempung tubuh Qalisya , Qalisha tersentak melihat perlakuan Daniel
Qalisha meronta-ronta untuk diturunkan , namun dirinya tidak dihiraukan Daniel . Daniel mengangkat tubuh kecil Qalisha menaiki tangga .
Mak som ternampak sepasang suami isteri itu
" haa daniel , jangan lah dukung Qalisha tu macam dukung beras "
Daniel memberi senyuman untuk Mak som
" takde apa-apa lah Mak som , Daniel ada hal yang nak dibuat . nak main tarik tali sekejap . good night maksom " Daniel meneruskan langkahnya manaiki tangga dan berjalan memasuki biliknya .
pintu bilik ditutup.
"Abangggg!" dirinya hanya boleh pasrah dengan keadaan , menyesal pulak aku bergurau dengan dia ni .
Malam itu adalah malam dimana cinta itu terjalin.
Cahaya pagi menyinari bilik Qalisha . Langkah demi langkah Qalisha menuruni katilnya dan berjalan memasuki bilik air.
Setelah selesai mandi , Qalisha mengambil sedikit masa untuk mengemas biliknya .
Qalisha memegang pinggangnya yang sedikit sakit .Qalisha berjalan keluar bilik dan menuruni anak-anak tangga itu .
Apabila langkah Qalisha sudah mendekati dapur , terlihat sosok Daniel yang sedang menolong Mak Som memasak .
dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya sudah menunjukkan pukul 11:30 pagi .Biasanya Daniel sudah pergi kerja .
" aik..abang tak pergi office ke ? " Qalisha melabuhkan punggung di kerusi dapur . Daniel Sekilas menggelengkan kepalanya sambil tangannya membasuh pinggan di sinki .
" nak saya tolong ?" ucap Qalisha sambil memandang ke arah Daniel dan Mak som yang sedang sibuk di dapur .
" tak payah lah Qalisha , kamu tu rehat je lah Mak Som tengok kamu ni macam kurang bertenaga je harini " Mak Som sekilas memandang wajah Qalisha .
" eh takde lah Mak Som Qalisha cuma sakit pinggang je hehehe" .Mak som berjalan menuju ke Meja Makan dan meletakkan beberapa sarapan pagi , ada nasi lemak sambal kerang
Terliur Qalisha melihat sarapan yang dihidangkan Mak som .
Daniel mengambil tempat di sebelah Qalisha dan meletakkan satu sendok Nasi lemak di pinggan Qalisha yang sudah terhidang .Mereka menjamu selera bersama-sama .
Setelah mereka bersarapan , Qalisha menghampiri Qalish yang sedang duduk di sofa ruang tamu .
Daniel melabuhkan punggung di sebelah Qalisha .
Qalisha yang tersedar suaminya duduk disebelahnya hanya memberikan senyuman .
"petang nanti kita tengok wayang "ucap Daniel sekilas sambil memandang Isterinya yang sedang ralit menonton televisyen .
" owh...WHAT! " Terkejut tak percaya Qalisha mendengar apa yang Daniel cakap .
" awak , biar betul ni ?" Qalisha memandang tajam suaminya tidak percaya .Daniel hanya mengangguk .
Qalisha langsung memeluk Suaminya , sebagai ucapan terima kasih . sungguh tidak percaya harini dirinya akan berdating dengan suaminya yang sombong ini .
YOU ARE READING
𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐒𝐨𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠![c]
Romance1st Story dibalik sombongnya Daniel , dia tetap menyayangi isteri satunya ini . walaupun jenis mulut murai " kalau terjadi apa-apa dekat saya..." " jangan pernah benci saya " -Qalisha- perjanjian yang dibuat Qalisha untuk Daniel . dan jika mereka...