Bab 18

444 24 1
                                    

" Sayang " laju Ariel ke arah Zarra sebelum wajah Zarra dipegangnya

" Sa-sayang abang nak tolak dia tadi , sumpah ! Abang tak tahu pun dia nak peluk abang , percaya abang sayang , abang memang taknak peluk dia " kalut Ariel menerangkan semuanya kepada Zarra , wajah Zarra masih dipegangnya

Zarra masih diam , dia percaya sahaja suaminya , malah dia pun nampak Maya yang beria memeluk Ariel tadi dan Ariel berusaha melepaskan diri , cuma saja mahu melihat Ariel gelabah sikit huhu

" Kenapa abang tak tolak dia kuat-kuat kalau betul abang taknak dia peluk abang ? " tanya Zarra saja mahu menduga Ariel

" Sayang , abang dah tolak dia , tapi dia peluk abang kuat , abang dah tolak , abang tolak kuat dah tadi , sumpah ! " sebelah tangannya diangkat gaya seperti bersumpah , memang dia tengah gelabah sekarang ni

Nak tergelak Zarra dibuatnya namun ditahan , tangan Ariel diwajahnya dipegang sebelum meletakkan tangan Ariel kebawah

" Sampai hati abang .. " Zarra baru sahaja acah-acah mahu keluar daripada bilik Ariel namun Ariel lebih awal menarik lengannya sebelum Zarra dipeluknya

" Sayanggg please lah percaya , janganlah buat abang macam ni , abang taknak pun peluk dia sayang , abang tak suka dia ! " tubuh Zarra dipeluknya , Ariel meletakkan kepalanya di bahu Zarra , Zarra tersenyum kemenangan sebelum dia tergelak

Ariel meleraikan pelukannya apabila terdengar Zarra seperti sedang gelak itu , Ariel melihat Zarra yang sedang ketawa dihadapannya , bingung dia dibuatnya , apani ?

" Abang ni lawak lah , Zarra main-main je , Zarra pun nampak Maya yang peluk abang dulu " Zarra memegang kedua belah lengan Ariel yang masih kelihatan bingung itu

Ariel kelihatan bingung sebelum dia sedar sesuatu , terus tubuh Zarra ditolak sedikit menjauh

" Sayang ni , sampai hati " wajah Ariel sudah berubah , Zarra tergelak lagi sebelum memeluk pinggang Ariel dari tepi

" Aloo , orang main-main je " Zarra membuat muka comel , Ariel memandang wajah Zarra sebelum dia sendiri tersenyum nipis

" Yelah , datang sini kenapa ? " tanya Ariel , tangan Zarra dipegang sebelum dibawa ke sofa yang berada dihujung bilik kerjanya

" Nak ajak abang lunch , boleh ? "

Ariel senyum sebelum kepala Zarra yang manis bertudung itu dipegangnya

" Mestilah boleh .. jom "

.

Ariel dan Zarra hanya makan di kedai berdekatan dengan tempat kerja Ariel sahaja , malaslah mahu pergi jauh-jauh , lagipun kedai makan itu mempunyai makanan yang Zarra nak iaitu , nasi goreng tomyam !

" Abang .. " panggil Zarra , Ariel memandang Zarra sebelum menaikkan sebelah keningnya tanda ' kenapa ? '

" Maya tu .. ex abang kan ? " Ariel terkejut dengan soalan mengejut Zarra namun dia habya mengangguk sahaja

" Kenapa sayang ? " tanya Ariel semula

" Kenapa abang break dengan dia ? " tanya Zarra sekadar ingin tahu

Ariel hanya diam , dia sendiri pun tidak tahu sama ada nak jawab soalan Zarra ataupun tidak

" Takde jodoh " ringkas jawapan Ariel

" Jawablah betul-betul " kata Zarra

" Nantilah abang cerita .. bosanlah cerita pasal dia buat apa? Baik cerita pasal Zarra " sudu garpu miliknya diletak kedalam pinggan sebelum dia memandang wajah isterinya

" Ha lari jelah kerja abang , bukan nak jawab " dengan wajah tidak puas hati Zarra menjamah semula nasi goreng tomyam miliknya

" Hmmm , abang bukan taknak cerita .. tapi abang tak tahu lah .. " macam susah betul cerita Ariel ni pada Zarra

" Maya .. Maya curang " Zarra terus mengangkat wajahnya memandang Ariel , apakah ?

" Curang ? "

The Chosen OneWhere stories live. Discover now