Bab 39

395 20 0
                                    

Ariel pelik apabila Arya tiba-tiba mahu berjumpa dengannya , namun dia biarkan sahaja adiknya masuk kedalam bilik office berjuma dengannya yelah apa je yang adik dia nak kan ?

" Hm kau nak apa " tanya Ariel dengan nada malasnya

Arya yang duduk di hadapannya tiba-tiba tersenyum

" Isteri kesayangan kau pergi mana tadi ? " tanya Arya tiba-tiba

" Asal pulak kau tanya macam tu ? " tanya Ariel semula

" Ugh aku tanya tu jawab jelah , dia pergi mana tadi ? " tanya Arya lagi

" Dia keluar sekejap tadi , asal ? "

Arya mengeluarkan telefonnya sebelum beberapa gambar di tunjuk kepada Ariel , Ariel melihat dengan pandangan beku nya

" Pergi menggatal maksud kau ? " tanya Arya sinis

Ariel hanya berdiam , dia tidak tahu siapa lelaki yang mengikut Zarra dan memegang lengan Zarra itu , namun apa yang pasti dia mahu cekik lelaki yang berani menyentuh isterinya itu

" Mana kau dapat gambar ni ? " soalan Arya dibiarkan , Ariel bertanya lagi

" Aku ada dekat situ tadi , tak tahu pulak ternampak dia yang tengah keluar dengan jantan tu , siap pegang tangan lagi " tambah Arya lagi

Ariel panas mendengarnya , apa yang jadi sebenarnya ni ?

" Itu je kau nak bagitahu ? " tanya Ariel

Arya mengerut dahi , tak marah ke lelaki itu ?

" Kau tak marah ? Kau tak nampak ke apa isteri kau buat dekat kau along ? " tanya Arya geram , kenapa alongnya seperti tiada perasaan

Ariel mengangkat kedua belah bahunya

" Kalau tak ada apa sila keluar dari office aku " selamba Ariel menghalau adiknya

Arya bengang , macam tu je kena halau ?

" Along , apa yang kau nampak sangat dekat dia ? Kak Maya tu seribu kali jauh lebih baik kot " dan terus Ariel melepaskan tawanya

Arya mula pelik .. dah kenapa alongnya ini tiba-tiba gelak tak ingat dunia

" Kau percaya sangatlah dengan Maya tu , memang senang jelah kau kena bodoh dengan dia " kata Ariel apabila dia berhenti ketawa

" Kau tu yang buta abang , kau tak reti beza mana permata dengan batu jalan macam isteri kau tu ! "

Pap !

Terdiam Arya apabila Ariel menumbuk kuat meha kerjanya , Ariel memandang tajam ke arah adiknya

" Sekali lagi kau hina isteri aku memang tangan aku melayang dekat muka kau ! Hormat dia sebagai kakak ipar kau ! " kuat Ariel menengking Arya

Arya turut berdiri sebelum menayangkan senyuman sinis

" Aku takkan terima orang yang dari keluarga hina macam dia ! Dia tak layak ! "

" Get out !! " Ariel menengking kuat adiknya , Arya terus menghentak kaki keluar daripada office Ariel , pintu bilik Ariel di tutup kuat

Ariel menghembus nafasnya , penat dengan perangai adik perempuannya ini ..

.

Zarra duduk di sofa menunggu kepulangan Ariel , sekejap lagi Ariel mesti balik untuk makan tengah hari bersamanya , lengannya yang merah itu dilihat , kuat Fazli memegangnya sehingga merah pergelangan tangannya

" Assalammualaikum sayang " suara Ariel meghentikan lamunannya

Zarra memaniskan mukanya sebelum dia berjalan ke arah Ariel dan memeluk tubuh suaminya

Ariel senyum dalam diam , pelukan Zarra dibalas

" Manjanya isteri abang " kepala Zarra diusap sebelum Zarra melepaskan pelukannya

" Jom makan , Zarra masak spaghetti hari ni " kata Zarra tangan Ariel ditariknya

Ariel hanya mengikut sebelum duduk di kerusi dihadapan meja makan itu , spaghetti goreng di atas meja itu di pandang , sungguh melazatkan kalau dilohat

Pinggan yang berisi spaghetti itu diberi kepada Ariel , Ariel mengambil garpu di tangan Zarra sebelum spaghetti itu digulung sedikit menggunakan garpunya dan dia mula menjamah makanannya

" Sedap ? " tanya Zarra , dia pun baru sahaja mula belajar masak spaghetti goreng itu harini

" Sedap , pandai isteri abang masak " puji Ariel , wajah Zarra yang senyum gembira itu dilihat

Zarra pun mula makan sekali tanpa dia sedar lengan bajunya mula ternaik sedikit dan lengannya yang merah itu terdedah ke pandangan Ariel

Ariel melihat lengan isterinya yang merah itu , dia tahu ada sesuatu yang Zarra sembunyikan daripadanya

The Chosen OneWhere stories live. Discover now