Ariel membetulkan tali leher yang dipakainya , dia berasa harini badan dia terasa lebih segar berbanding semalam , sungguh dia rasa letih semalam tanpa sebab .
" Abang " Zarra berdiri dibelakang Ariel sebelum dagunya di sandarkan dibelakang badan lelaki itu
" Ye sayang abang , kenapa ? " tangan Zarra ditarik ke hadapannya sebelum dia memeluk tubuh isterinya itu
" Tak ada apa .. abang betul ke dah okey harini ? " tanya Zarra hanya inginkan kepastian , kang kalau tengah buat kerja tiba-tiba muntah haa
" Not really .. tapi kerja abang banyak dah tertangguh " kata Ariel sebelum mengemaskan rambutnya pula
" Hm yelah .. tapi kalau merengek cari Zarra kat tempat kerja abang nanti haa Zarra tak tahu eh " Zarra mengangkat kedua belah bahunya sebelum menjauhi Ariel
" Tak ada lah .. semalam je " Ariel gelak kecil sebelum dia mengikuti isterinya keluar daripada bilik itu
Ariel berjalan dahulu ke pintu rumah sebelum kasutnya dipakai . Zarra hanya memandang Ariel yang sedang memakai kasut itu
" Abang pergi kerja dulu eh " Zarra mengangguk sebelum tangan Ariel disalamnya
Ariel menunduk sedikit sebelum mencium dahi dan kedua belah pipi Zarra seperti selalu
" Bye abang " Zarra melambai tangan ke arah Ariel
Ariel senyum nipis sebelum mengenyitkan sebelah matanya kepada Zarra sebelum masuk ke dalam kereta . Zarra hanya senyum malu sebelum dia masuk ke dalam rumah . Kereta Ariel yang meluncur laju keluar itu dilihat sebelum pintu rumah ditutup
Masa untuk kemas rumah !
.
Zarra yang baru selesai sapu sampah duduk rehat di sofa ruang tamu . Peluh di dahinya dikesat sebelum dia duduk berehat di sofa itu
Tuk ! Tuk ! Tuk !
Pintu rumahnya diketuk dari luar . Zarra pantas bangun sebelum tudung sarungnya dicapai dan dipakai . Kakinya melangkah ke hadapan pintu rumah sebelum kunci dibuka dan pintu dibuka separuh
Lelaki yang memakai kot hitam dihadapannya dipandang , Shah ?
" Puan Zarra ? " tanya Shah . Zarra mengangguk
" Awak buat apa dekat sini Shah ? " tanya Zarra
" Boss suruh ambik Puan dekat rumah " kata Shah sebelum tergelak kecil
Zarra mengerut dahi . Bos ? Siapa bos dia ?
" Um siapa ya bos awak ? " tanya Zarra
" Ariel " jawab Shah
" Oh kenapa ya ? " tanya Zarra lagi . Ialah kenalah tahu kenapa Ariel suruh pembantunya ambik dirinya dirumah kan ?
" Um .. boss merengek suruh ambil Puan pergi office dia " serbasalah Shah memberitahu Zarra
Terus terlepas tawa halus Zarra dibuatnya sebelum dia menepuk dahi sendiri . Aku kata dah !
" Awak tunggu sekejap " Shah mengangguk sahaja
Zarra terus masuk ke dalam biliknya untuk menujar baju . Haih orang dah cakap dah Ariel tu tak boleh berenggang dengannya . ' Tak ada ' konon !
Selepas 15 minit menukar bajunya Zarra keluar daripada rumah dan mengunci pintu rumah itu sebelum mengikuti lelaki itu masuk ke dalam kereta . Dia duduk di seat belakang dan lelaki itu memandu ke office Ariel
.
Shah membuka pintu untuk Zarra . Zarra keluar sebelum bangunan tinggi di hadapannya dilihat . Wah ! Sungguh mewah kelihatannya
" Ikut saya Puan " Zarra mengikuti lelaki itu masuk ke dalam bangunan itu . Formal betul Shah ni .. mungkin di tempat kerja kot
Zarra melihat sekeliling . Kemas sungguh dan kelihatan mewah bukan di luar sahaja . Di dalam sekali . Zarra hanya menunggu lift itu naik ke tingkat 7 sebelum dia keluar bersama lelaki itu
" Itu bilik Boss .. saya minta diri dulu "
" Terima kasih Shah " Zarra berjalan ke hadapa pintu bilik itu sebelum mengetuk pintu dahulu
" Ughh , Shah ! Aku dah cakap taknak diganggu kan ! " dengan Ariel menjerit dari dalam . Wah nampak tak ada mood betul hahaha
Takut-takut Zarra membuka pintu sebelum kepalanya ditinjau ke dalam . Kelihatan kepala Ariel di atas meja dengan beralaskan sebelah lengannya
" Sejak bila kau- " terhenti percakap Ariel apabila melihat isteri kesayangan dia yang berada di pintu itu
" Erk .. abang " Zarra melambai tangan ke arah Ariel dengan senyuman nipis
" Sayang .. " suara Ariel berubah lembut semula dan matanya juga menjadi layu semula bukan seperti tadi macam mahu makan orang !
Ariel mendepakan tangannya meminta agar Zarra datang ke arahnya
Zarra perlahan-lahan berjalan ke arah Ariel . Terkejut dia apabila Ariel menarik tangannya sebelum dia jatuh terduduk atas riba suaminya itu dan tangan Ariel memeluk kemas pinggangnya
" Abang kenapa ? " tanya Zarra . Dia menyandarkan kepalanya di dada suaminya
" Nak Zarra " Ariel makin memeluk kuat tubuh itu . Lemas Zarra dibuatnya
" Ha orang dah cakap dah . Abang nak jugak pergi office kan " geram Zarra dibuatnya
" Manalah abang tahu " Ariel masih memeluk pinggan Zarra dari belakang
" Kerja dah siap belum ? " tanya Zarra melihat banyak kertas di atas meja Ariel itu
Ariel menggeleng kepala sahaja
" Siapkan kerja cepat .. nanti baliklah " kata Zarra
" Taknak " Ariel menggeleng kepalanya
" Mengada . Buat cepat . Zarra duduk kat sofa sana " Zarra berdiri sebelum duduk di sofa yang sedia ada di situ
Ariel mengeluh sebelum dia sambung membuat kerjanya . Kerjanya itu harus disiapkan . Entah kenapa dia tak boleh berjauh dari Zarra sekarang . Pelik
![](https://img.wattpad.com/cover/325510486-288-k986638.jpg)
YOU ARE READING
The Chosen One
RomanceKARYA KETIGA Ariel Qriss x Zarra Riena Zarra , seorang gadis yang tidak mempunyai keluarga yang indah seperti orang ramai , dan jalan cerita yang menyedihkan nasib beliau , bertemu pula dengan Ariel yan menjadi pelindung setia kepada dirinya " Will...