Zarra perlahan-lahan mencelikkan matanya , dia melihat sekeliling bilik itu , tiada orang , mana suaminya
Zarra perlahan-lahan bangun sebelum turun dari katil itu dengan langkah mamai dia mahu membuka pintu namun pintu itu sudah terbuka terlebih dahulu dari luar
" Eh sayang dah bangun ? " Zarra mengangguk perlahan
Ariel tersenyum nipis sebelum rambut isterinya yang menutup wajah Zarra itu dibawa kebelakang
" Lapar tak ? Abang dengan nenek dah masak untuk sayang tadi , nak makan ? " tanya Ariel , dari petang tadi isterinya tidak makan kerana tertidur
Zarra mengangguk sahaja , dia masih mamai , Ariel memegang tangan Zarra sebelum mereka bersama pergi ke dapur
" Ha Zarra dah bangun , meh duduk sini , nenek ambikkan nasi jap " kerusi yang sudah ditarik oleh Nek Mah itu Zarra dekati sebelum dia duduk disitu dan Ariel duduk disebelahnya
Pinggan yang Nek Mah sudah sendukkan nasi itu diberi kepada Ariel , Ariel menyambutnya sebelum lauk ayam masak kicap itu diletak kedalam pinggan Zarra
" Nah sayang makan .. " pinggan itu diletak dihadapan Zarra
Zarra mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum dia bangun dan membasuh tangan , dia duduk semula sebelum pinggan itu ditarik rapat ke arahnya , selepas dia membaca doa , baru sahaja dia mahu menarik pinggan itu namun Ariel menghalang
" Takpelah .. biar abang suap , sekejap eh " Ariel berdiri sebelum dia juga membasuh tangan , selepas itu dia duduk semula
Memandangkan Nek Mah sudah naik tadi , kerana waktu pun dah pukul 9 malam jadi memang itu waktu Nek Mah tidur , tinggallah mereka berdua sahaja di dapur itu , jadi Ariel tak ada lah segan
Ariel mencubit isi ayam itu sedikit sebelum digaulkan sedikit bersama nasi dan nasi ditangannya ditiup sedikit sebelum disua ke mulut Zarra
" Makan sayang " Zarra perlahan-lahan membuka mulutnya sebelum memakannya
Ariel senyum nipis sebelum dia kembali menyuap Zarra sehingga habis
Zarra masih berdiam , masih teringkat memori buruknya yang hadir tadi , sungguh sakit waktu itu
" Sayang .. dah habis makan kan ? Pergi solat dulu , sayang tak solat isyak lagi ni " kepala Zarra disentuh sebelum diusap lembut
Zarra mengangguk sahaja , dia berjalan tanpa memandang Ariel sebelum masuk terus kedalam biliknya
Ariel mengeluh perlahan
.
Ariel perlahan-lahan membuka pintu bilik itu dan kepalanya mengintai kedalam , Zarra masih bertelekung duduk di atas sejadah itu dengan wajah menunduk
Ariel masuk kedalam sebelum pintu bilik ditutup dan dia mendekati Zarra , dia terus duduk dilantai disebelah Zarra dan bahu isterinya dipeluk dari tepi
" Sayang kenapa ni ? .. cuba cakap dengan abang " bahu Zarra diusap perlahan bagai memujuk isterinya
Zarra masih berdiam , hanya keluhan kecil keluar dari bibirnya
" Mesti abang .. ingat Zarra gila kan ? " soalan spontan itu membuatkan Ariel memandang wajah Zarra dengan tidak percaya
" Kenapa sayang cakap macamtu ? "
" Zarra ni .. banyak menyusahkan orang .. Zarra minta maaf , Zarra pun tak tahu kenapa Zarra jadi isteri abang " Ariel mengeluh sebelum dia duduk dihadapan Zarra
" Sayang look at me , pandang abang " tegas nada suara Ariel
Zarra perlahan-lahan mengangkat wajahnya sebelum memandang Ariel
" Kan abang dah cakap , Zarra tak pernah menyusahkan abang .. tolonglah jangan cakap yang Zarra asyik menyusahkan abang .. no tak ada , apa yang abang buat memang semua untuk sayang , dan itu tak membebankan abang sikit pun tak " jelas Ariel , kedua tangan Zarra dipegang , tak apa isteri dia dah habis solat
Mata Zarra semakin berair .. tunggu masa sahaja air matanya mahu jatuh
" Come " Ariel terus menarik Zarra kedalam pelukannya
" Abang .. " terus air mata Zarra laju mengalir , tangannya memeluk kuat pinggang Ariel
" Kenapa semua hina ibu abah Zarra .. Zarra tahu diorang mungkin salah tapi .. diorang yang jaga Zarra .. abah jadi marah Zarra pun sebab mulut orang lain , Zarra tak pernah benci diorang tapi kenapa diorang hina ibu abah Zarra .. " luah Zarra semakin laju air matanya mengalir
Ariel mengusap lembut belakang badan Zarra , sayu hatinya mendengar tangisan isterinya , nampak yang Zarra betul-betul sayangkan keluarganya walaupun ramai yang menghina mereka
Zarra seorang yang kuat
YOU ARE READING
The Chosen One
RomanceKARYA KETIGA Ariel Qriss x Zarra Riena Zarra , seorang gadis yang tidak mempunyai keluarga yang indah seperti orang ramai , dan jalan cerita yang menyedihkan nasib beliau , bertemu pula dengan Ariel yan menjadi pelindung setia kepada dirinya " Will...