" Assalamualaikum Nek Mah ! " suara seorang gadis yang memberi salam diluar menarik perhatian Zarra dan Nek Mah
" Takpelah nek .. Zarra pergi tengok kejap " Zarra membasuh tangannya sebelum dia mengelap tangannya diseluar sahaja
Tudungnya dicapai sebelum dipakai , dia terus pergi ke hadapan pintu sebelum dia terdiam melihat gadis dihadapannya
" Eh , anak penagih ni baru ingat jalan rumah " sinis gadis itu berkata sebelum dia memeluk tubuh dan memandang Zarra atas bawah
Zarra hanya tersenyum nipis , faham sangat dengan perangai Wani dihadapannya ini , Wani memang dari dulu tidak suka padanya .. sebab ? Dia sendiri tidak tahu
" Wani .. ada apa ? Nak jumpa nenek ya ? " Zarra bertanya dengan nada suara biasa
Wani menjeling Zarra , kenapa gadis ini tidak tahu rasa marah ? Barangkali dia hanya tenang dan masih tersenyum
" Yelah , takkan nak jumpa engkau " kasar nada suara Wani berkata
" Ha Wani , ada apa datang rumah nenek ni ? " Nek Mah yang baru tiba dihadapan itu menegur Wani
Wani terus memaniskan mukanya sebelum dia menolak sedikit tubuh Zarra ketepi sebelum dia menyalam tangan Nek Mah
" Nenek .. Wani nak tumpang tidur sini tiga hari boleh ? Mak suruh , sebab Mak ada kerja luar kampung , dia risau Wani duduk sorang-sorang " kata Wani , lengan Nek Mah dipeluk
" Oh .. " Nek Mah memandang Zarra sekilas
" Kenapa nenek pandang dia ? Kenapa ? Dia nak marah ? Marah lah " kata Wani sinis sebelum menjeling Zarra
" Bukan macam tu Wani .. tapi Zarra ni ada- "
" Assalammualaikum " suara garau dibelakang Zarra membuat mereka semua menoleh kebelakang
Ariel yang baru masuk ke dalam rumah dengan membawa plastik-plastik yang berisi barang dapur itu memandang mereka bertiga
Wani tidak berkelip mata melihat lelaki dihadapan Zarra itu , hensemnya ! Wani membetulkan tudungnya sebelum tayangkan senyuman manis kepda Ariel , walaupun Ariel sedikit pun tidak memandang dia
" Waalaikummussalam.. " Zarra menjawab perlahan , plasti ditangan Ariel cuba diambil namun Ariel menghalang
" Tak apa sayang , abang boleh bawa .. nenek , Ariel letak dekat dapur ya " Ariel terus berlalu sebelum dia pergi ke dapur meletak barang-barang itu
Wani terkelip-kelip memandang Zarra , lelaki itu baru memanggilnya dengan gelaran .. sayang ?
" Nek Mah .. siapa tu ? Hensemnya ! " suara teruja Wani menarik perhatian Zarra , Nek Mah memandang Wani sebelum menggelengkan kepalanya
" Dia tu suami Zarra , kamu jangan macam-macam Wani " tegas Nek Mah berkata
Wani terdiam
S-suami ?
" S-suami ? Za-Zarra dah kahwin ? " jelas nada suaranya terkejut , sudah lama Zarra tidak pulang kesini dan apabila pulang pula sudah berkahwin
" Yelah , tulah sebab Nek Mah tak alu-alu kan sangat kamu tinggal dekat sini sebab ada suami Zarra , dia bukan mahram kamu " Wani sudah masam muka
" Ala , tak lama pun Nek Mah , tiga hari je .. lepastu Wani baliklah " Wani masih lagi cuba memujuk Nek Mah , lengan wanita tua itu digoyangkan
Nek Mah mengeluh perlahan
" Kamu tanya Zarra " Nek Mah terus berlalu pergi ke dapur
Zarra terkebil-kebil sebelum dia memandang Wani yang sedang menayangkan pandangan menyampah kepadanya
" Uh apa-apa jelah , aku tetap nak duduk sini , kau jangan nak memekak ya perempuan " bahu Zarra ditolaknya , Zarra terundur sedikit namun nasib baik dibelakangnya ada meja yang boleh dia berpaut
Wani tersenyum sinis sebelum dia juga pergi ke dapur , nak tengok Ariel !
Zarra mengeluh lagi .. tak cukup Maya , nak menghadap sotong lagi sorang ni pula
YOU ARE READING
The Chosen One
RomanceKARYA KETIGA Ariel Qriss x Zarra Riena Zarra , seorang gadis yang tidak mempunyai keluarga yang indah seperti orang ramai , dan jalan cerita yang menyedihkan nasib beliau , bertemu pula dengan Ariel yan menjadi pelindung setia kepada dirinya " Will...