" Ariel kenapa ni ? " Maria yang mendengar bising-bising dari tadi turun kebawah
" A-Ariel tak tahu mama " Ariel mendekati Zarra sebelum dia melutut dihadapan Zarra , wajah gadis itu dipandang
" Zarra .. "
" Jangan sentuh ! " tangan Ariel yang cuba menyentuhnya ditepis
" Jangan pukul saya .. jangan pukul saya .. " bergetar-getar nada suara Zarra
Ariel yang mendengar itu mula berasa kesian dengan Zarra , apa yang gadis ini sudah hadapi dalam hidupnya ..
" Zarra .. hey,hey .. aku ni , angkat muka kau " lembut suara Ariel seperti sedang memujuk itu
Zarra perlahan-lahan mengangkat wajahnya , wajah Ariel dipandang sebelum tanpa dia sedar dia memeluk tubuh Ariel
Ariel yang terkejut itu terus menolak perlahan tubuh Zarra yang memeluk dirinya
" Kau tak boleh peluk aku .. kita bukan mahram " Ariel tersenyum nipis kearah Zarra .. Zarra yang seperti tersedar tindakannya tadi mula termalu sendiri
" Zarra , sini sayang dekat mama " Zarra mengangkat muka memandang Puan Maria sudah memegangnya itu perlahan-lahan berdiri sebelum dia masuk kedalam pelukan wanita itu , Maria mengusap lembut belakang badan Zarra menenangkan gadis itu
Ariel yang melihat hanya tersenyum nipis , namun matanya masih melekat ke arah Zarra .. kesian sungguh dia kepada gadis itu
Arya yang melihat mereka dihujung tangga itu membuat muka menyampah , nak raih simpati lah tu
.
Zarra duduk di atas katil itu sambil merenung ke dinding
Benarkah dirinya ini satu beban buat semua orang ? ..
Semua orang pasti akan menganggap dirinya ini beban dan selalu menyusahkan ..
Mungkin benar mak abah nya tidak baik seperti yang lain .. namun dia tetap sayangkan mereka .. mereka yang melahirkan dia kedunia ini , menjaga dia dari kecik .. namun mak nya meninggal dunia .. akibat ? Mengambil dadah berlebihan .. ya , apa yang dikatakan oleh Arya tu tiada apa yang salah .. namun .. dia sakit menerima kenyataan itu
Perlahan-lahan air matanya mengalir .. dia memang lemah .. namun dia harus hadapi semua ujian ini ..
Dia duduk daripada baringnya
Kenapa dia harus bergantung kepada keluarga ini ? Dia sudah banyak menyusahkan mereka .. dan dengan apa yang Arya katakan .. tidak mungkin dia hanya boleh duduk disitu tidak berasa segan
Dia mencapai tudungnya dan dipakainya , cardigan miliknya turut diambil sebelum dipakai , telefon miliknya juga diambil sebelum diletak kedalam poket seluarnya
Hari pun sudah malam , mungkin tiada orang akan perasan jika dia keluar sekarang ?
Dengan perlahan-lahan dia membuka pintunya sebelum ditutup rapat , dia turun kebawah sebelum melihat kiri dan kanan , tiada orang
Terus dia membuka pintu rumah sebelum menutupnya dengan berhati-hati , dengan langkah perlahan dia keluar daripada rumah itu , dia melihat yang kereta milik Ariel tidak ada di dalam kawasan rumah ini , mungkin Ariel keluar ?
Ah biarlah
Zarra berjalan tanpa hala tuju , dia pun tidak tahu hendak kemana , mahu balik kerumah lamanya ? Hm apa lah yang akan Encik Zahri lakukan kepadanya nanti
Tiba-tiba hujan mula menitis sebelum hujan turun dengan lebat , membasahi tubuh Zarra , dengan laju Zarra berlari sebelum berhenti dan berteduh di bas stop berdekatan disitu , tubuhnya dipeluk bagi menghilangkan rasa sejuknya
Perlahan-lahan tubuhnya dibaringkan disitu sebelum dia menutup matanya .. cuba untuk tidur kerana sudah letih berjalan
Tanpa dia sedar , ada sepasang mata yang memerhati dirinya dari jauh
YOU ARE READING
The Chosen One
RomanceKARYA KETIGA Ariel Qriss x Zarra Riena Zarra , seorang gadis yang tidak mempunyai keluarga yang indah seperti orang ramai , dan jalan cerita yang menyedihkan nasib beliau , bertemu pula dengan Ariel yan menjadi pelindung setia kepada dirinya " Will...