Bab 20

467 24 0
                                    

Ariel terdiam , mungkin tidak menyangka soalan itu yang akan keluar dari mulut Zarra

" Of course no , abang tak akan terima dia lagi sebab dan 2 kali dah dia kantoi kes macam ni .. huh , abang juga bodoh bagi dia peluang , tapi dia sia-sia kan " Ariel teringat lagi waktu memang pertama kali keadaan Maya sama seperti dengan Akram itu namun dia masih beri peluang kerana sayangkan gadis itu

Namun semuanya silap , dan berakhir begitu sahaja hanya kerana sikap Maya sendiri

" Jadi abang .. tak sayang dia dah ? " tanya
Zarra lagi , tiba-tiba sahaja mulutnya gatal mahu bertanya

" Mestilah tak , abang sayang Zarra je " tangan Zarra diciumnya sebelum dia meletakkan semula ke pehanya , namun tangan Zarra masih tidak dilepaskan , masih dipegang

Zarra tersenyum malu , rasa berbahang wajahnya namun dialihkan dari pandangan Ariel

" Eleh malu pulak .. " hidung Zarra dicuitnya namun Zarra menepis perlahan , malu woi

" Sayang abang tak ? " tanya Ariel semula

" Sayang .. " rasa mahu ditanam sahaja wajahnya sekarang , malu kerana mereka masih berada di kedai makan sekarang

" Jom lah abang , abang pun nak kena masuk office abang balik " jam ditangannya dilihat , Ariel mengangguk kepala sahaja

" Abang pergi bayar kejap "

.

Zarra yang baru sahaja mahu masuk kedalam biliknya terhenti apabila ada orang mengetuk pintu rumahnya dengan kuat , dia berkira antara mahu bukak pintu itu atapun tidak

" Woi abang ! Kau bukak sekarang ! "

Mendengar suara itu Zarra sudah tahu itu siapa , pasti Arya , tapi macam mana pula gadis itu tahu alamat rumah baru mereka ?

Zarra mencapai tudung sarungnya sebelum dia terus turun kebawah , pintu rumah itu dibuka dan terlihatlah wajah Arya yang kelihatan marah itu

" Arya- "

" Hey perempuan ! Ariel mana ?! Aku nak jumpa dia , kau panggil dia sekarang ! " belum apa-apa lagi Arya sudah mengamuk , dia mahu masuk namun kerana Zarra berada dihadapannya dia tidak boleh masuk

" Abang Ariel takde .. dia belum balik kerja , kenapa Arya ? " lembut nada suara Zarra bertanya

" Huh , kau buat apa dekat abang aku sampai dia pandang sangat kat kau ? Perempuan macam kau yang asal usul pun tunggang terbalik ni tak layak dengan abang aku ! Kau boleh sedar diri tak ? " tidak dapat marah Ariel , Zarra pula jadi mangsa amarahnya

Zarra hanya diam tidak membalas kata-kata Arya , sudah biasa

" Kenapa Arya marah sangat ni ? " tanya Zarra lagi

" Kak Maya bagitahu aku yang Ariel halau dia semata-mata sebab kau ! Hey , Ariel tak pernah marah Kak Maya , tapi sebab perempuan macam kau dia boleh marah Kak Maya , kau memang tak guna tahu ! " bahu Zarra ditolaknya akibat terlampau geram

Zarra terundur sedikit namun dia masih memegang tombol pintu

" Arya cari abang esok ya ? Abang belum balik kerja lagi " Zarra tersenyum nipis kepada Arya , dia mahu menutup pintu namun Arya menghalang

" Hey kau dengar sini ! " pintu dirahan oleh Arya sebelum Arya memandang sinis ke arahnya

" Aku yakin Ariel kahwin dengan kau sebab dia nak gunakan kau untuk sakitkan hati Kak Maya je , percaya cakap aku yang dia masih sayang dan cinta dekat Kak Maya .. jadi kau , boleh get ready lah kalau Ariel ceraikan kau nanti , and benda tu tak lama lagi akan jadi " Arya tergelak sinis dihujung ayatnya

Melihat wajah Zarra yang mula berubah itu memuaskan hatinya

" Ingat Zarra , Ariel tak akan pernah cintakan kau sebab hanya Maya yang ada dekat hati dia " selepas berkata begitu Arya terus melangkah pergi

Zarra perlahan-lahan menutup pintu rumahnya , air mata yang mahu mengalir itu ditahan .. kenapa dia di uji begini ?

The Chosen OneWhere stories live. Discover now