Zarra terlelap di biliknya apabila kerana terlalu penat dia menangis ..
Zarra terasa sesuatu menyentuh lembut pipinya dan ingatannya terus teringatkan ..
" Fazli ! "
Terus dia bangun tegak dan menepis tangan lelaki itu , matanya turut membulat memandang lelaki di hadapannya
" Sayang ? "
Zarra memandang Ariel dihadapannya yang turut memandang ke arahnya , Ariel senyum manis ke arah Zarra sebelum dia mengelus semula pipi isterinya
" Sayang .. abang ni " suara lembut Ariel menjamah pendengaran Zarra
" A-abang " Zarra mendekati Ariel sebelum dia memeluk leher suaminya
Ariel turut memeluk tubuh isterinya sebelum menggosok lembut belakang tubuh Zarra menenangkan wanita itu , Zarra menyembamkan wajahnya ke leher Ariel
Ariel terasa lehernya mula basah , Ariel mahu menolak sedikit tubuh Zarra namun Zarra makin kuat memeluk lehernya
" Sayang .. " Zarra menggeleng kepalanya tanda tidak mahu lepas lagi
Ariel hanya membiarkan , tangannya menggosok belakang tubuh Zarra dan rambut Zarra , isterinya menangis lagi ..
" Abang .. Zarra takut " adu Zarra yang masih memeluk Ariel itu
" Ye sayang .. abang tahu " balas Ariel
Tubuh Zarra tiba-tiba mengeras , perlahan-lahan dia melepaskan pelukan daripda Ariel sebelum dia menjauh sedikit dari suaminya , Ariel melihat Zarra yang seakan menjauh darinya itu
" Me-mesti abang jijik dengan Zarra .. " Ariel terkejut mendengar apa yang baru Zarra cakap
Ariel mahu menyentuh tangan Zarra namun Zarra menarik tangannya kebelakang dan Zarra menundukkan wajahnya
" Sayang hey .. pandang abang " Ariel memegang kedua belah bahu Zarra namun Zarra menggerakkan bahunya .. tidak mahu di sentuh oleh Ariel
" Sayang stop , look at me " suara tegas Ariel mula keluar
Zarra masih menundukkan wajahnya namun dia tidak lagi menggerakkan bahunya
" Zarra Riena , abang cakap apa ? " sekali lagi Ariel menegur dengan nada keras
Zarra perlahan-lahan mengangkat wajahnya memandang Ariel , Ariel senyum nipis sebelum tangannya bergerak memegang kedua belah pipi Zarra
" Abang tak jijik langsung dengan Zarra , abang tahu semua nya , bukan salah Zarra .. abang sayang Zarra , tak ada rasa jijik langsung " rambut Zarra yang terjuntai dipipi Zarra diselit kebelakang telinga isterinya
Zarra masih berdiam , dia tidak tahu mahu membalas apa . Ariel mendekatkan wajahnya ke dahi Zarra sebelum dahi isterinya dicium lembut , cukup membuktikan yang dia tidak jijik pada isterinya
" Abang .. " tubuh Ariel di peluk semula , wajahnya disembam ke dada Ariel
Ariel memeluk tubuh isterinya sebelum kepala Zarra diusapnya , dicium puncak kepala isterinya berkali-kali
" Dahlah taknak nangis .. comot muka isteri abang nanti " wajah Zarra dipegangnya sebelum ibu jarinya mengesat air mata isterinya
" Kenapa abang balik ? Bukan abang balik lagi 3 hari ? " tanya Zarra dan mengesat air matanya sendiri
" Ingat abang boleh tenang bila dengar isteri abang kena macamtu ? Memang tak lah " Ariel memegang tangan isterinya
" Minta maaf .. sebab Zarra .. abang kena balik awal "
" No sayang .. kerja abang dah siap dah , abang memang patutnya dah boleh balik esok " kata Ariel
" Jom makan , mesti sayang lapar kan ? Sayang tak makan lagi " Ariel turun dari katil sebelum menarik tangan Zarra agar turun sama
Tudung hitam isterinya di capai sebelum disarung ke kepala Zarra dan mengemaskan tudung isterinya
Mereka bersama turun ke bawah sebelum duduk di kerusi meja makan , Ariel pergi ke dapur mengambil pinggan untuk isterinya
" Zarra .. " Maria memegang bahu Zarra
" Kenapa mama ? "
" Mama minta maaf sebab Arya cakap macamtu .. Arya memang melampau tadi .. " kata Maria perlahan , malu dengan sikap anak perempuannya
Zarra hanya senyum nipis sebelum menggeleng kepalanya
" Tak apa lah mama .. " tangan Maria di bahunya di pegang
Maria senyum sahaja kepada Zarra
" Mama naik dulu ya ? " Zarra mengangguk sahaja
Ariel mencedok sedikit nasi goreng itu ke dalam pinggan Zarra sebelum dia duduk di sebelah Zarra , sudu di capai sebelum dia menyudu sedikit nasi goreng itu dan disua ke mulut Zarra
" Bismillah .. nah sayang " Zarra membuka mulutnya sedikit sebelum memakan nasi goreng itu dan dikunyah perlahan
Ariel terus menyuap Zarra sehingga habis nasi goreng itu dan air suam di beri kepada Zarra dan Zarra terus minum air itu
" Sayang nak tidur ke ? Baru bangun tidur kan .. takkan nak tidur " Ariel melihat jam , baru pukul 7.58 malam
" Abang " meleret suara Zarra sebelum memeluk lengan Ariel
Ariel memandang pelik isterinya, dah kenapa ?
" Kenapa sayang ? " tanya Ariel
" Nak cake boleh ? " Ariel diam , cake ? Malam-malan nak cake ?
" Sayang nak cake apa ? Abang order eh " telefonnya sudah dibawa keluar
" Nak cake red velvet " minta Zarra , senyumannya melebar , terasa mahu makan cake pula dia malam ni
" Abang order eh , sayang pergi duduk sana " kepala Zarra diusap sebelum Zarra mengangguk kepala sahaja
Ariel menggeleng perlahan kepalanya , asalkan isterinya gembira
YOU ARE READING
The Chosen One
RomanceKARYA KETIGA Ariel Qriss x Zarra Riena Zarra , seorang gadis yang tidak mempunyai keluarga yang indah seperti orang ramai , dan jalan cerita yang menyedihkan nasib beliau , bertemu pula dengan Ariel yan menjadi pelindung setia kepada dirinya " Will...