" Sayangg , abang dah balik " Ariel menutup pintu rumahnya sebelum dikunci , mana isterinya ? Takkan dah tidur
" Sayang ? " panggil Ariel lagi apabila tiada siapa menyahutnya
" Dah tidur agaknya .. " Ariel terus naik ke atas dan pintu bilik tidurnya dibuka
Ariel melihat Zarra yang sudah tidur itu sebelum dia tersenyum nipis , penat betul isteri dia ini , tie dibuka dan diletakkan ke atas meja sebelum dia mendekati isterinya
Wajah Zarra direnung , cantik .. getus hatinya sendiri
Tangannya mula mengusap lembut wajah Zarra , Zarra yang terasa seperti disentuh itu membuka matanya perlahan-lahan
" Eh abang dah balik " dengan suara mamai Zarra bertanya
" Dah .. baru je , sorry buat sayang tunggu , penat dah isteri abang ni " rambut Zarra yang menutupi wajahnya diselitkan ketepi telinga Zarra
" Abang dah makan ? "
" Dah .. sayang tidur lah dulu , abang mandi kejap " Zarra mengangguk kepala sahaja , dia merebahkan dirinya semula , rasa mengantuk masih lagi terasa
Selesai sahaja mandi Ariel mengeringkan rambutnya terlebih dahulu sebelum dia memakai seluar pendek sahaja , memang selalu Ariel tidur tidak berbaju , kenapa semalam dia pakai baju ? Sebab taknak bagi Zarra tidak selesa dengan dia
Tapi kenapa tiba-tiba harini dia tak pakai baju ? Sebab dia tidak selesa tidur , semalam pun dia tidak tidur lena
Ariel merebahkan tubuhnya disebelah Zarra , kepala Zarra diangkat sebelum diletakkan atas lengannya , terus dipeluk pinggang Zarra
" I'm sorry sayang .. " dahi Zarra dicium sebelum dia juga melelapkan matanya
Bukannya dia tidak tahu apa yang terjadi malam ni ..
.
Zarra dan Ariel hanya beriak seperti biasa namun Ariel perasan wajah Zarra yang tidak begitu ceria pagi ini
" Sayang .. kenapa sayang macam tak happy ? " Ariel memegang tangan Zarra yang duduk disebelahnya
Zarra menoleh memandang Ariel disebelahnya sebelum satu senyuman diberikan
" Mana ada .. Zarra ok lah " kata Zarra
" Janganlah tipu abang " Ariel cuba membuat Zarra memberitahunya tentang semalam
" Takde apa abang "
" Zarra Riena " apabila nama penuhnya sudah diseru dia mula menunduk
Dan terus air matanya mengalir , sebelah tangannya yang tak dipegang oleh Ariel diletakkan diwajahnya menutup mukanya yang menangis itu
Ariel mengeluh .. haih lah isteri
" Sayang .. " Ariel mengesot sedikit mendekati Zarra sebelum tubuh Zarra dipeluknya
Zarra masih menangis didalam pelukkan Ariel , segala apa yang Arya cakap semalam mula bermain semula diminda nya
" Sayang .. cakap betul-betul dengan abang please .. " Ariel mengusap lembut belakang badan isterinya bagi menenangkan Zarra
" Semalam Arya ada datang kan ? " Zarra mengangguk perlahan dibahu Ariel apabila Ariel bertanya padanya
" Dia cakap apa dekat sayang ? " tanya Ariel lagi
" D-dia cakap .. a-abang tak sayang Zarra " dengan tersedu-sedu Zarra memberitahu Ariel
" Lagi ? "
" D-dia cakap .. dia cakap .. abang sayang Maya lagi .. dia cakap nanti abang ceraikan Zarra " tidak sembunyikan apa-apa , Zarra memberitahu semuanya
Ariel mengeluh nafas berat , rasa seperti amarahnya naik semula apabila mendengar semua yang Zarra katakan
" Shhh , my sayang , don't trust Arya .. she just try to make you hate me .. " Ariel mengusap pula rambut Zarra seperti memujuk isterinya , Zarra masih menangis
Zarra akhirnya perlahan-lahan berhenti menangis , apabila tidak terdengar lagi esakan daripada Zarra , Ariel menjauhkan sikit tubuh Zarra daripadanya sebelum muka Zarra ditekupnya , ibu jari Ariel naik menyeka air mata Zarra yang sudah kering itu
" Nangis pun cantik .. " puji Ariel membuatkan wajah Zarra seperti membahang
" Don't cry sayang .. apa yang Arya cakap tu semua tak betul .. dia cuma nak sayang tinggalkan abang dan tak percayakan abang sebab kata-kata dia .. sayang percayakan abang kan ? " Zarra perlahan-lahan menganggukkan kepalanya
Ariel tersenyum sebelum kepala Zarra dipegangnya dan satu kucupan dihadiahkan didagi isterinya
Macam mana dia tahu Arya datang ? Huh cctv lah
YOU ARE READING
The Chosen One
RomanceKARYA KETIGA Ariel Qriss x Zarra Riena Zarra , seorang gadis yang tidak mempunyai keluarga yang indah seperti orang ramai , dan jalan cerita yang menyedihkan nasib beliau , bertemu pula dengan Ariel yan menjadi pelindung setia kepada dirinya " Will...