" Abah sakit ! "
Rayuan anak gadis itu tidak dihiraukan malah lelaki yang digelar abah itu lebih galak memukul dirinya dengan tali pinggang itu dengan kuat
" Diam ! Aku nak duit je susah sangat ke ?! " makin kuat Zahri melibas anak perempuannya yang sedang terbaring sambil memeluk tubuh itu
" Abah .. Zarra taknak abah beli arak lagi sebab tu Zarra taknak bagi abah duit " Zahri terhenti seketika dari memukul anaknya sebelum pandangan sinis ditayang
" Suka hati aku lah nak buat apa dengan duit tu ! Kau tak payah sibuklah ! "
Pang !
Satu tamparan hinggap dipipi kanan Zarra dengan kuat
" Bagi aku duit kau cepat ! " melihat Zarra yang diam sambil menangis itu membuatkan Zahri rasa bingit
Matanya melihat beg tangan Zarra yang terletak elok di atas meja disebelahnya
Terus dia mencari beg duit Zarra sebelum beg duit Zarra diselongkar
" Abah jangan abah ! " Zarra dengan susah berdiri sebelum dia cuba merampas duitnya semula dari tangan abah nya
" Lepaslah perempuan ! "
Pang !
Terus terjatuh semula Zarra apabila Zahri menamparnya lagi menggunakan belakang tangan lelaki itu
" Ini je ?! " duit yang berada ditangannya dicampak kasar ke arah Zarra
" Kau ni memang tak boleh pakai ! Baik aku bunuh je kau lepastu aku jual organ kau ! "
Zahri terus pergi kedapur mencari pisau , memang dia tidak boleh berfikir dengan waras waktu itu , hanya duit yang ada di fikirannya ketika itu
Zarra yang sudah cemas apabila Zahri pergi kedapur itu terus berdiri sebelum dia ke pintu , baru dia mahu memegang tombol pintu , Zahri sudah muncul sebelum menarik tudung Zarra dengan kuat
" Ah ! Abah ! Lepaskan Zarra " tangan Zahri yang memegang kuat tudungnya serta rambut disebalik tudungnya sungguh menyakitkan
" Baik aku bunuh je kau ! "
Terus pisau ditangannya mahu dibenamkan ke perut Zarra namun sempat Zarra menahan tangan Zahri
Dengan segala kekuatan yang dia ada terus dia tolak Zahri dengan kuat sehingga Zahri terjatuh kebelakang dan pisau ditangannya juga tercampak jauh
Dengan peluang yang ada terus Zarra keluar daripada rumah itu
" Zarra Riena ! "
Zarra tidak menghiraukan panggilan abahnya , dia tetap berlari meninggalkan rumah itu
Zarra yang sedang berhenti mencari nafasnya semula terkejut apabila melihat Zahri melaung namanya dan mengejarnya dibelakang , terus dia berlari semula
" Zarra ! Kau berhenti sekarang ! "
Zarra terus berlari sebelum dia ternampak seorang lelaki yang berkemeja hitam sedang berjalan ke arah kereta mewah itu , kereta lelaki itu sendiri mungkin
Terus Zarra berlari ke arah lelaki itu
" Encik tolong ! "
.
Ariel yang sudah memilih air yang dia mahukan itu terus ke kaunter dan membayar minuman yang dibelinya
" Terima kasih " baki diambil sebelum dia terus keluar daripada kedai itu
Sedang dia berjalan ke arah keretanya , baru sahaja dia mahu membuka pintu , suara seorang gadis meminta tolong menghentikan dirinya
" Encik tolong ! "
Ariel memandang pelik gadis itu yang berlari ke arahnya , dia nampak seorang lelaki tua yng sedang mengejar gadis itu dari belakang
Gadis itu terus ke arah nya sebelum gadis itu berdiri dan sembunyi dibelakang Ariel , dapat Ariel rasakan gadis itu memegang kuat kemeja nya
" Perempuan ! Kau sini ! " lelaki itu cuba mendekati gadis dibelakangnya namun Ariel menghalang lelaki tua itu , walaupun dia tidak kenal siapa gadis ini dan tidak tahu apa situasi sekarang ini , namun dia dapat rasakan lelaki tua ini ada niat buruk
" Jangan dekat " itu sahaja Ariel kata , dia lihat lelaki itu memegang pisau
" Kalau kau taknak aku bunuh kau baik kau tepi ! " pisau ditangan lelaki itu dihala ke arah muka Ariel namun sedikit pun Ariel tidak gementar
" Sebelum aku call polis baik kau blah " lelaki itu memandang tajam ke arah Ariel sebelum dia memandang pula gadis dibelakangnya
" Kau jaga " lelaki itu terus beredar selepas itu
Ariel memandang gadis dibelakangnya yang hanya berdiam diri itu , dapat dia lihat pinggir bibir gadis itu yang berdarah
" Kau ok ke ? "
Serentak itu juga gadis itu terus pengsan disitu namun sempat Ariel menangkap tubuh kecil gadis itu
Ariel sedikit cemas sebelum dia menepuk pipi gadis itu , namun gadis itu tidak sedarkan diri
" Aduhai .. "
YOU ARE READING
The Chosen One
RomanceKARYA KETIGA Ariel Qriss x Zarra Riena Zarra , seorang gadis yang tidak mempunyai keluarga yang indah seperti orang ramai , dan jalan cerita yang menyedihkan nasib beliau , bertemu pula dengan Ariel yan menjadi pelindung setia kepada dirinya " Will...