Aku membuka mata. Badanku terasa lemah. Aku terbaring di atas katil yang selesa. Suasana sepi di sekelilingku. Udara terasa sejuk akibat penghawa dingin yang dipasang di dalam bilik yang kecil itu. Dahiku terasa sejuk.
Aku menyentuh dahiku. Terdapat tuala kecil basah yang terletak kemas di dahiku. Suhu badanku terasa suam. Badanku berasa tidak selesa. Mungkin disebabkan oleh kepenatan kerana seharian berjalan tanpa henti. Ku memejamkan mata buat seketika. Aku terlena sekali lagi.
Beberapa minit kemudian, aku terdengar bunyi tombol pintu dipulas dan pintu dibuka. Kedengaran bunyi tapak kaki yang melangkah masuk ke dalam bilik. Aku tidak dapat melihat dengan jelas kerana penglihatanku kabur. Aku mendengar suara orang yang sedang berbual sambil melihat ke arah diriku. Aku melihat ada dua kelibat lelaki berada di sampingku.
" dekat mana kau jumpa dia?"
" belakang club kita. Aku tak kenal siapa dia. Budak-budak yang kerja dekat club kita pun tak kenal siapa dia. Semua orang terkejut bila nampak dia terbaring dekat pintu belakang club"
"Siapa yang jumpa dia?"
"Radzi. Dia yang jumpa budak ni. Aku pun terkejut bila tengok dia terbaring dekat atas lantai. Radzi periksa nadi. Radzi cakap masih hidup. Terus aku suruh dia bawak naik bilik rehat"
Aku tidak mengenali mereka berdua. Tetapi menerusi perbualan mereka, aku tahu yang kini aku sedang berada di bilik rehat dalam sebuah club malam. Aku menelan air liurku. Lalu mengagahkan diri untuk duduk di atas katil saat dua orang lelaki itu sedang berbual.
"Sa..saya dekat mana? "
" kau ada dekat Above Night Pub. Kau pengsan dekat belakang kelab kami."
" maaf kerana menyusahkan encik berdua. Saya...nak pergi dari sini"
" tak perlu. Keadaan kau masih lemah. Kau kena berehat. Lagipun, kami tahu yang kau tak ada tempat lain untuk bermalam"
"Macam mana encik berdua boleh tahu?"
" beg pakaian kau dan juga resit tiket bas kau"
Aku terdiam seketika saat mendengar penjelasan mereka. Aku berbaring kembali di atas katil. Aku memegang perutku yang berkeroncong. Terasa pedih kerana sudah seharian aku tidak makan apa-apa. Kedua-dua orang lelaki itu saling memandang diri masing-masing. Salah seorang daripada mereka keluar daripada bilik manakala seorang lelaki kekal berada di dalam bilik bersama diriku.
" kau datang Kuala Lumpur untuk apa? "
"Saya datang Kuala Lumpur sebab saya nak cari kerja. Saya datang sini sorang diri. Tak kenal sesiapa pun dekat sini. "
"Bahaya kalau kau datang sini tanpa kenalan. Kau dah ada rumah sewa? Dah dapat pekerjaan?"
"Belum encik. Saya baru sampai sini hari ni. Saya tak sempat cari rumah sewa."
" kalau macam tu, kau tumpang bermalam dekat rumah aku malam ni. Aku pun pernah merasa benda yang sama macam kau"
" saya tak menyusahkan encik ke?"
" baik kau diam sebelum aku berubah fikiran"
Aku hanya diam. Aku tidak sangka orang yang aku tidak kenali sudi untuk memberikan bantuan kepada diriku. Aku melihat ke arah lelaki itu sambil tersenyum kecil. Lelaki itu berkulit putih, mempunyai lesung pipit yang manis di pipi dan bertubuh sederhana. Aku memejamkan mata seketika.
Beberapa minit kemudian, seorang lelaki masuk ke dalam bilik semula. Dia membawa minuman panas di dalam cawan serta dua bungkus roti gardenia berperisa jagung. Dia meletakkan di meja kecil yang berada di tepi katil.
" makanlah. Roti ni je yang ada dekat pantri kelab kami. Lagipun, sekarang dah pukul 3 pagi. Kedai banyak tutup"
"Terima kasih encik."
Aku pun segera makan. Entah mengapa, aku berasa sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan dua orang stranger yang aku tidak kenali ini. Walaupun pertama kali berjumpa, mereka sangat baik kepada aku. Sanggup merawat aku di kelab malam.
" Nama kau siapa?"
" nama saya Hadi Iman. Boleh panggil Adi. Boleh panggil Iman"
" nama aku Zahil. Kau panggil je aku Zack. Dekat kelab ni, ramai panggil aku dengan nama tu. By the way, yang dekat sebelah aku ni, Joe."
"Tak yah lah bahasakan diri saya/awak. Macam budak-budak skemalah kau ni. Umur kau berapa?"
"Umur ? Umur...aku baru 18 tahun."
"Mudanya. Kau buat apa kat KL ? Mak bapak kau tahu tak kau datang KL? Berani betul kau datang sini sorang-sorang"
" aku datang sini sebab aku nak kerja. Keluarga aku tahu yang aku datang sini. "
" kau tengah cari kerja? Dah dapat ke belum?"
"Belum lagi. Tapi, aku memang terdesak sangat-sangat. Aku perlukan kerja dengan cepat"
" aku tahu satu tempat yang ada jawatan kosong. Kawan aku ada kerja dekat satu nightclub dekat area sini jugak. Dia cakap nightclub dia perlukan pelayan lelaki"
"Pelayan dekat nightclub? Boleh kau bawak aku nanti pergi sana, Zack?"
"Boleh. Tak pe, buat masa sekarang, kau stay je dekat rumah sewa aku dengan Joe. Kau jangan risau. Kitaorang akan tolong kau sampai kau dapat kerja."
"Terima kasih sangat-sangat Zack. Bila kita boleh pergi? Aku nak kerja"
"Sabarlah Adi. Kau tu belum sihat lagi. Nanti bila kau dah kuat, barulah kami bawak kau pergi nightclub tu"
Aku hanya mengangguk perlahan sambil mengunyah roti. Aku tidak sabar untuk mendapatkan pekerjaan nanti.
YOU ARE READING
Hanya Satu : Aku & Kamu
Fanfiction[ Musim Pertama ] Takdir telah menemukan dua insan yang berbeza. Hadi Iman yang tersepit dalam kehidupan telah dipertemukan dengan Zafran Mikael yang hidup dengan penuh kemewahan. "Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat...