Aku dibawa ke sebuah klinik swasta bersama Zafran. Jam menunjukkan tepat pukul 2:44 pagi. Aku hanya memegang bahagian dahiku yang berdarah dengan tisu yang diberikan oleh Zafran sewaktu berada di dalam kereta.
Selepas mendaftarkan diri, kami duduk di kerusi menunggu. Zafran duduk di sebelahku. Dia hanya kekal tenang seperti dirinya. Aku mengeluh perlahan tanda lega.
" nasib baiklah awak datang. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi. Silap-silap, dah kena bunuh dengan stranger tu"
" sebenarnya stranger tu...regular customer dekat Gemini Club. Nama dia Luke. Memang suka cetuskan masalah"
" ouhh ye ke? Saya...tak perasan pun dia regular customer dekat kelab kita"
" dia selalu datang. Maybe, kau tak perasan kot. by the way, dia...tak sempat buat apa-apa dekat kau kan? "
" maksud awak?"
" ye laa...dia tak buatlah kan?"
"Jap, tak faham. Tak buat apa ni?"
" dia tak sempat guna lubang kau,kan?". Aku berasa pelik. Reaksi wajah Zafran kelihatan terdesak saat menginginkan jawapan daripada aku.
" tak...mana ada. Cuma, dia sempat buat benda lain laa..."
"Sempat buat benda lain....dia buat apa?"
Aku terus menunjukkan lengan bajuku di bahagian tangan yang terkoyak. Zafran melihat ke arah diriku dengan tenang.
"Dia koyakkan lengan baju sebab dia nak tengok badan. Lepas tu, dia cium"
"CIUM?!" balas Zafran. Matanya terbeliak. Suaranya kedengaran agak kuat juga. Aku tergamam seketika.
"Haah, dia sempat cium je laa". Aku membalas dengan nada tenang. Aku memerhatikan Zafran. Wajahnya seperti seseorang yang sedang cemburu. Tangan kanannya digenggam seperti sedang geram.
" dia, cium kau dekat mana? Bibir? Pipi?"
"Dekat leher. Ni, dekat sini". Aku pun menunjukkan bahagian leherku yang dicium oleh Luke. Zafran memerhatikan. Dia melihat tidak ada tanda bekas mahupun "lovebite". Zafran menghembuskan nafas lega.
"Nasib baik leher. Kalau mulut, memang pecah laa muka mamat tu aku kerjakan."
" awak...jealous ke?"
"cehh, buat apa aku nak jealous?. Aku cuma risaukan je kau. Aku takut dia apa-apakan kau, itu je. Lagipun, aku kan boss kau? Apa-apa yang jadi dekat kau, aku yang kena bertanggungjawab"
Aku menganggukan kepala. Beberapa minit kemudian, aku dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan. Aku ditemani oleh Zafran. Sewaktu berada di dalam bilik rawatan, doktor merawat luka di bahagian dahiku.
" macam mana Dr? Kena jahit ke?"soal aku kepada Dr dengan wajah yang risau.
"don't worry. Tak perlu jahit. Lagipun, luka ni kecil je. Saya akan cuci dulu and sapu iodin dekat bahagian luka ni" jelas Dr itu.
Selepas beberapa minit, bahagian luka di dahiku dicuci perlahan-lahan oleh Dr dengan menggunakan kapas. Sesekali aku memejamkan mata kerana terasa pedih dengan cairan yang disapukan di dahiku. Aku melihat Dr mencapai sebotol cairan berwarna kuning. Dia menyapukan sedikit iodin di dahiku.
Semasa menunggu ubat di klinik, aku dan Zafran berbual lagi. Entah mengapa aku berasa tidak larat. Aku memicit tanganku yang dicengkam oleh Luke dengan ganas. Kelihatan tanganku kemerah-merahan.
"Sakit lagi?" soal Zafran. Aku menganggukkan kepalaku perlahan-lahan sambil menunjukkan bahagian tangan yang dicengkam oleh Luke.
Zafran segera memegang tanganku dan memicitkan tanganku perlahan-lahan. Mungkin dia risau sekiranya aku dalam kesakitan. Zafran melihat ke arah wajahku sambil tersengih kecil.
" budak manja"
" mana ada manjanya. Sakit betul-betul ni, Zaf"
" ada ke sakit main-main?" Zafran tersengih kecil sambil menyerabaikan rambutku dengan tangannya.
" besok, kau tak payah datang kerja. Dr dah bagi mc tiga hari kan?". Aku hanya menganggukan kepalaku.
"Kau...rehat dekat rumah aku. Nak?"
"Eh, tak nak lah. Tak sukalah susahkan orang lain. Lagipun, awak mesti sibuk kan Zaf? Saya tak nak ganggu awak"
"Tak ganggu pun. Lagipun, aku cuti dua tiga hari ni. Kau rehat je rumah aku. Aku boleh jaga kau?"
"Jaga saya?"
"Ye lah. Aku jaga kau. Nak?"
"Hurm...ikutlah. Tapi, baju semua tak ada. Macam mana?"
"Tak pe. Kau pakai je baju adik aku. Size badan kau lebih kurang sama dengan dia. Lagipun, dia dah tak pakai dah baju-baju tu"
Aku tersengih lalu menganggukan kepala perlahan-lahan. Akibat keletihan, aku memejamkan mata sambil sebelah tanganku diurut oleh Zafran. Tanpa sedar, aku menyandarkan kepalaku di lengan kanan Zafran.
Zafran memerhatikan sahaja apa yang berlaku. Dia tersengih kecil melihat karenahku. Aku sejujurnya rasa bahagia saat bersama dengan Zafran. Mungkin aku tamak tetapi sekiranya diberikan peluang, aku rela untuk menerima Zafran sebagai kekasihku.
YOU ARE READING
Hanya Satu : Aku & Kamu
Fanfiction[ Musim Pertama ] Takdir telah menemukan dua insan yang berbeza. Hadi Iman yang tersepit dalam kehidupan telah dipertemukan dengan Zafran Mikael yang hidup dengan penuh kemewahan. "Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat...