Episod 26

3.6K 51 2
                                    

"Tak pe. Kalau awak perlukan masa, fikirkanlah masak-masak. Saya cuma nak bagitahu yang saya akan tanggung kos perbelanjaan untuk awak sambung belajar nanti" kata Zafran.

"Tapi...kenapa awak sanggup buat semua ni? Kita cuma bercinta 3 bulan, tapi awak sanggup buat macam-macam yang saya nak dan perlukan"

"Jawapan saya mudah. Saya nak bahagiakan awak dengan cara menunaikan setiap impian awak. Dengan kemampuan saya, saya akan cuba untuk tunaikan setiap satu permintaan awak . Sebab apa? Sebab saya...cintakan awak. Saya sanggup lakukan apa sahaja demi orang yang saya cinta". Aku melihat Zafran. Aku tiba-tiba teringat tentang apa yang pernah diberitahu oleh Lydia ketika di rumah Zafran.

"Along tu...kalau sekali dia dah cinta seseorang, dia akan sayang betul-betul orang tu. Apa yang orang tu mahu, dia akan tunaikan tanpa banyak soal"

Aku tidak tahu hendak berkata apa. Aku terharu dengan usaha dan layanan yang diberikan oleh Zafran. Namun, dalam pada masa yang sama, aku harus memikirkan terlebih dahulu mengenai soal sambung belajar di luar negara. Aku berasa takut dan seronok bila memikirkan mengenai perkara itu.

Keesokan harinya, aku dan Zafran membantu ibuku untuk menyediakan makanan tengahari. Ibuku sudah ke pasar tani pada awal-awal pagi lagi. Dia membelikan ikan patin segar untuk dijadikan lauk untuk makan tengahari. Ibuku menyuruh aku dan Zafran untuk membersihkan ikan patin itu.

Zafran melihat ke arah diriku. Dia terpinga-pinga kerana dia tidak pernah melakukan kerja seperti itu. Bahkan, dia tidak pernah menyentuh ikan segar mahupun memasak ikan. Di rumahnya, aku sahajalah yang sering memasak. Kalau harapkan dia memasak, memang lambat lah lagi !

Aku sengih ke arah Zafran dengan angkuh. Lalu, aku mengambil pisau yang sudah diasah di tepi singki.

" watch and learn." ujarku ringkas dan padat. Aku pun mengeluarkan ikan-ikan patin yang dibeli oleh ibuku dari plastik yang berwarna kuning. Aku membuka air paip singki dan mula membersihkan ikan-ikan itu supaya tidak berlendir dan berbau. Zafran hanya memerhatikan sahaja diriku.

Ibuku pula sedang sibuk menyediakan bahan-bahan tumisan untuk menyediakan masak lemak ikan patin bersama dengan lauk-lauk sampingan yang lain.

" lepas kita dah basuh dia, kita kena potong dia kecik-kecik. Pastu terus keluarkan isi perut dia" jelas diriku. Aku terus memotong ikan patin yang besar itu menjadi bahagian-bahagian yang kecil. Kelihatan percikan darah mulai mengalir ke dalam singki. Zafran melihat sahaja diriku.

"Asal tengok macam tu? Geli ke?"

"Bukan geli. Tapi, tiba-tiba rasa takut pula bila tengok awak pegang pisau"

"Lah, asal pulak? Nampak jahat ke?"

"Nampak...menyeramkan." Jelas Zafran.

"Ada-ada je. Saya guna pisau ni untuk siang ikan je laa. Ada ke fikir benda bukan-bukan". Aku tersengih kecil sambil gelengkan kepalaku perlahan-lahan. Zafran hanya berdiri di sebelahku sambil memerhatikan sahaja diriku. Dia tidak berbuat apa-apa.

Selepas itu, aku mula mengeluarkan isi perut ikan di setiap bahagian. Aku menarik dengan kuat sehingga setiap isi perut keluar. Selepas itu, aku membersihkan darah-darah dan kotoran yang masih melekat pada ikan itu.

"Okay, sekarang awak tolong cuci ikan ni dengan limau nipis. Bersihkan betul-betul. Kalau tak, nanti hanyir pulak"

"Ha...hanyir?"

"Yup. Bersihkan betul-betul. Sentel ikan tu dengan limau nipis. Kalau malas, rendam je ikan tu dalam air limau nipis. Saya nak gi toilet kejap" . Aku terus beredar.

Semasa makan tengahari, kami sekeluarga berhimpun di dapur lagi. Kelihatan lauk yang pelbagai disediakan oleh ibuku untuk kami semua. Tetapi, menu utama yang menjadi tumpuan kami semua ialah masak lemak ikan patin. Aku pun mencedok seketul ikan patin dan sedikit kuah masak lemak ke atas nasi.

Lalu, aku makan perlahan-lahan sambil melihat ke arah Zafran.

"Kenapa? Ha...hanyir ke?" soal Zafran. Wajahnya kelihatan berdebar. Ternyata tidak hanyir langsung. Aku gelengkan kepala. Zafran terus berasa lega.

"Nasib baiklah tak hanyir. Kalau tak, mesti tak disentuh lauk tu" kata Zafran. Dia pun segera mencedok lauk ikan patin itu. Ibuku juga turut merasai ikan patin yang dibersihkan oleh Zafran. Dia terus memuji Zafran.

" iya lah, tak hanyir langsung. Pandai Zafran cuci walaupun first time buat." jelas ibuku.

" elehh, cuci je pun. " balas diriku.

"Eh, Iman. Kamu nak tahu tak, nak cuci ikan patin ni bukan senang. Orang kampung cakap, ikan patin tak akan hanyir kalau dibasuh oleh orang-orang yang "pandai". Kalau tak pandai basuh, bau lumpur tau. Hanyir"

"Ye ke makcik? Zafran baru je tahu pasal ni." soal Zafran. Zafran tersengih sambil melihat ke arahku dengan bangga. Aku menjelirkan lidahku kepadanya.

Semasa mencuci pinggan, Zafran datang ke arah singki untuk membantu diriku. Aku mencuci pinggan-pinggan dengan sabun cuci pinggan. Manakala, Zafran membilas pinggan-pinggan itu dengan air bersih. Aku tersengih melihat ke arah kekasihku yang prihatin itu.

"Seronok tak duduk kampung? Apa perasaan jadi orang kampung"

"So far...seronok jugaklah duduk kampung. Yang paling best ialah tenang tanpa gangguan."

" lepas ni, kalau nak healing ke apa ke, kita bercuti je dekat kampung saya."

"Kampung awak, kampung saya jugak kan?" kata Zafran sambil tersenyum.

"Mengade"

"By the way, awak patut rasa bangga tau."

"Bangga sebab?"

"Sebab dapat boyfriend yang boleh beradaptasi dengan suasana kampung. Siap dapat pujian ye dari ibu awak sebab pandai basuh ikan patin"

"Cehh..."

"Alaa, supportive laa sikit."

"Ye sayang, intan, payung, emas, permata, kasih. Saya bangga sangat dengan pakwe saya yang handsome ni sebab pandai buat kerja dekat kampung ni. "

"Haa, macam tulah. Barulah saya makin semangat" jelas Zafran. Kami berdua ketawa kecil sambil membasuh pinggan di dapur.

Hanya Satu : Aku & KamuWhere stories live. Discover now