Aku masih belum memberikan apa-apa jawapan kepada Zafran. Aku masih memerlukan masa untuk memikirkan tentang masa depanku dengan penuh teliti. Sewaktu balik ke KL, mujurlah Zafran terlupa dengan niatnya untuk membawa diriku untuk belajar bersama dirinya ke luar negara. Tambahan pula, Gemini sudah hampir siap diubahsuai dan bakal dibuka dalam masa yang dekat. Zafran menjadi semakin sibuk.
Dua minggu kemudian, Gemini kembali beroperasi seperti biasa. Aku masih lagi menjadi pelayan di Gemini yang baharu. Hiasan di Gemini menjadi lebih cantik selepas direnovasi. Ruangan bar tempat Aaron bekerja pula turut dibesarkan dan dihiaskan dengan dekorasi yang lebih moden berbanding sebelumnya.
" Iman, dah settle dah ke kerja?" soal Haris.
"Dah, tapi aku nak gi tolong Aaron dekat bar. Kenapa Haris?"
"Ouh, tadi Encik Zafran suruh aku panggil kau. Dia cakap yang dia nak jumpa kau dekat pejabat dia"
"Sekarang?"
"Yup, sekarang. Pergilah. Macam perkara mustahak je?"
Aku pun segera berjalan menuju ke pejabat Zafran yang terletak di tingkat atas. Setelah sampai di hadapan pejabatnya, aku mengetuk pintu perlahan-lahan lalu masuk ke dalam bilik tersebut. Kelihatan Zafran sedang berada di atas sofa sambil berbaring.
Aku menutup pintu pejabat dan merapati Zafran yang terbaring di atas sofa.
"Awak? Tadi awak panggil saya ke?"
Kelihatan Zafran membuka matanya perlahan-lahan. Dia terjaga dari lenanya sambil melihat ke arah diriku. Aku duduk di sofa yang bertentangan dengan dirinya.
"Dah pukul berapa dah ni?" soal Zafran. Aku segera melihat ke arah jam tanganku. Jam menunjukkan pukul 2:30am.
"2:30 pagi. Awak okay tak ni"soal diriku. Aku melihat ke arah Zafran yang kelihatan penat. Aku mendekatinya perlahan-lahan dan memeriksa suhu di dahinya. Dahinya terasa panas.
"Awak demam ni...baru je ke demam?"
"Tak...dari pagi tadi lagi."
"Lah, kenapa tak bagitahu saya awak tak sihat pagi tadi? Kan dah demam dah ni..?". Aku berasa kasihan dengan Zafran. Aku segera membaringkan tubuhnya semula ke atas sofa supaya dia berehat.
"Ada kerja yang tak settle lagi. Kalau saya tak datang, kerja tak siap."
" awak...berapa kali dah saya pesan? Kerja memang penting. Tapi, kesihatan kita ni lagi penting. Duit boleh cari bila-bila masa".
" ye tahu...." balas Zafran dalam nada yang perlahan. Dia memejamkan matanya perlahan-lahan untuk berehat.
"Saya hantar awak balik eh? Awak rehat dekat rumah" soal aku kepada Zafran. Zafran hanya menganggukan kepalanya.
Aku segera turun ke pejabat dan meminta Haris untuk membantuku untuk menghantar Zafran pulang ke apartmentnya. Sejujurnya, aku tidak mahu menyusahkan Haris. Tetapi, disebabkan keadaan Zafran yang tidak sihat, aku tidak mahu mengambil risiko.
" Haris, Encik Zafran tak sihat. Dia nak balik rumah. Boleh kau tolong aku hantarkan dia balik ke rumah dia?"
"Boleh tapi...aku tak tahu rumah dia dekat mana"
"Aku tahu. "
"Macam mana kau tahu? Kau pernah gi rumah dia eh?"
"Pe...pernahlah. Sekali je."
"Eh, asal aku rasa macam ada something wrong je ni. Kau...buat apa gi rumah Encik Zafran?"
"Aku...ada kerja sikit. Sebab tu aku pergi rumah dia. Tapi, kejap je"
"Kau...kena...dah eh dengan dia?"
Belum sempat aku menjawab apa-apa, kelihatan Zafran sudah turun ke bawah. Dia berjalan menuruni tangga dan menuju ke arah kami berdua. Aku terus menyerahkan kunci kereta Zafran kepada Haris. Haris segera ambil dan menuju ke tempat parking.
Aku melihat ke arah Zafran yang kelihatan tidak sihat. Aku memerhatikan sahaja dirinya. Tiba-tiba, dia berjalan terhuyung hayang. Aku terus menyambut dirinya. Aku pautkan sebelah tangannya di bahuku supaya dia tidak terjatuh.
"Awak? Awak okay tak ni?"
"Pening. Saya nak rehat" balas Zafran. Dahinya berkerut seperti orang yang sakit kepala. Aku terus mengiringi Zafran menuju ke pintu keluar Gemini.
Semasa tiba di apartment Zafran, aku memautkan sebelah lengan Zafran di bahuku. Tubuhnya yang lebih besar daripada badanku membuatkan dirinya menjadi berat untuk diiringi.
"Haris, kau balik dulu dengan kereta Encik Zafran. Bila dia dah sihat, dia akan ambik kereta di Gemini."
"Habis, kau nak balik macam mana Iman?" soal Haris.
"Pandai-pandailah aku nanti. Apa-apa nanti, aku roger kau"
Pada malam itu, aku menukarkan baju Zafran lalu aku bersihkan badannya dengan tuala basah. Selepas selesai membersihkan dirinya, barulah aku memakaikan pakaian yang bersih untuk dirinya. Aku melihat ke arah Zafran yang terlantar di atas katil.
"Haish...kuat sangat kerja. Sampai sakit macam ni. " aku berkata dalam hati dengan penuh kerisauan. Aku menarik selimut untuk menutupi tubuh Zafran. Lalu, aku menyediakan tuala kecil untuk diletakkan di dahi Zafran yang panas. Setiap 20 minit, aku akan basahkan semula kain itu supaya suhu badan Zafran menjadi lebih sejuk.
Keesokan paginya, aku tertidur di tepi katil Zafran. Zafran terjaga saat aku tertidur. Dia melihat ke arah diriku yang berada di tepi katil. Dia menyentuh dahinya kerana merasakan sesuatu yang sejuk berada di dahinya.
Zafran bingkas berdiri lalu melihat ke arah diriku. Meskipun suhu badannya sudah menjadi sejuk, tubuhnya masih lagi terasa lemah. Namun, Zafran gagahkan diri juga. Dia terus mengangkat diriku dan membaringkan diriku di atas katil supaya dapat tidur disebelahnya. Namun, aku terjaga saat dibaringkan di atas katil.
"Awak? Kenapa berdiri ni? Baringlah. Awak kena rehat" kata diriku sambil mengosok kelopak mataku.
"Awak tidur tepi katil tadi. Saya tak nak awak sakit badan. So, saya terus bangun and dukung awak supaya boleh tidur atas katil". Aku hanya diam kerana masih mengantuk.
"Awak rehat laa ye? Still awal lagi ni" jelas diriku. Aku berbaring mengiringi ke arah yang bertentangan dengan Zafran. Namun begitu, Zafran terus memeluk diriku dari belakang. Aku menoleh ke belakang.
"Jangan nakal-nakal. Awak tu demam. Faham?" Zafran hanya tersengih kecil. Dia memejamkan matanya sambil memeluk pinggangku. Lalu, kami berdua terlena bersama-sama.
YOU ARE READING
Hanya Satu : Aku & Kamu
Fanfiction[ Musim Pertama ] Takdir telah menemukan dua insan yang berbeza. Hadi Iman yang tersepit dalam kehidupan telah dipertemukan dengan Zafran Mikael yang hidup dengan penuh kemewahan. "Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat...