Episod 23

3.7K 59 10
                                    

Selepas makan malam, aku dan Lydia berada di dapur. Aku sedang sibuk mencuci pinggan di singki. Manakala, Lydia pula sedang duduk di meja makan sambil membelek telefonnya. Zafran pula berada di ruang tamu dan sibuk menonton perlawanan bolasepak.

"Abang Iman, meh laa duduk sini. Lydia nak sembang dengan Abang Iman.". Aku mengelap tanganku yang basah dengan tuala kecil sambil tersengih. Entah mengapa aku berasa pelik apabila Lydia memanggilku abang.

"Kita sebaya kan? Tak payahlah panggil abang. Panggil je Iman. Kan senang?". Lydia tersenyum sambil anggukan kepala. Dia melihat ke arah diriku yang sedang duduk di depannya.

"Iman...Lydia nak tanya soalan ni. Iman dah lama ke bercinta dengan Along?"

" kitaorang baru je bercinta. Dalam 3 minggu lepas."

"Ouh, baru lagilah maksudnya? "

" yup. Macam tulah. Kenapa Lydia tanya? Ada apa-apa ke?"

"Taklah. Lydia sebenarnya happy sangat bila dapat tahu yang Along dah bercinta balik. Sebelum ni, dia dah cakap yang dia tak nak bercinta dah dengan siapa-siapa"

"Kenapa...dia tak nak bercinta? Ada...apa-apa ke yang berlaku sebelum ni?". Lydia melihat ke arah ruang tamu untuk memastikan Zafran tidak mendengar perbualan mereka. Lalu, dia melihat ke arah diriku kembali.

" dulu...Along pernah bercinta juga. Waktu Along belajar dekat Australia dulu, dia bercinta dengan seorang lelaki. Lelaki tu..."

"Kenapa dengan lelaki tu?"

"Lelaki tu...meninggal disebabkan kanser. Dia meninggal waktu bercinta dengan Along. "

"Kanser? Seriuslah Lydia?"

"Haah. Waktu partner Along meninggal dekat Australia, dia terus jadi murung. Bila balik Malaysia, asyik berkurung dalam bilik, tak makan , tak minum. Sampai sakit." Aku terdiam. Aku tidak sangka yang Zafran pernah menghadapi dugaan sebesar itu.

" kalau Iman nak tahu. Along sampai kena pergi jumpa therapist untuk kawal emosi dia. Dia asyik terbayang yang...partner dia still hidup. Tapi, nasib baiklah sekarang Along dah sihat banyak. Siap boleh bercinta balik"

"Iman...sebenarnya tak tahu pun tentang hidup Zafran sebelum ni. Thank you tau Lydia sebab berkongsi sikit tentang keadaan Zafran sebelum ni"

"Welcome. Cuma, Lydia ...nak mintak Iman janji satu perkara dekat Lydia"

"Janji? Nak janji apa?"

"Iman...tolong bahagiakan Along, ye? Jangan pernah kecewakan dia. Along ni...orangnya simple. Sekali dia cinta seseorang tu, dia akan sayang orang tu betul-betul. Jadi, Iman tolong janji untuk hargai Along. Lydia...dah tak nak tengok Along menderita macam dulu". Aku melihat Lydia.

" tapi Lydia...Iman tak sempurna. Iman tak berani janji...Iman takut yang Iman tak boleh bahagiakan Zafran. Ada banyak kekurangan dalam diri Iman"

" Iman...percintaan bukanlah terbit dari kekurangan. Tetapi cinta muncul bila masing-masing saling melengkapi. Lydia tak nak Iman tengok kekurangan diri Iman. Sebaliknya, Lydia nak ..Iman anggap diri Iman sebagai pelengkap hidup Along. Iman...faham kan?" Aku terdiam seketika. Aku tidak sangka yang Lydia sangatlah matang walaupun dia sangat riuh. Aku tersenyum sambil anggukan kepalaku tanda bersetuju.

"Haa? Borak apa lama-lama ni dekat dapur? Bergosip laa tu?" ujar Zafran yang sedang berjalan menuju ke dapur.

" mana ada. Sembang je laa dengan Iman ni. Maklumlah, Iman kan abang ipar Lydia ?" jelas Lydia sambil tersenyum.

"Haa, besok tak kerja kan? Tidurlah rumah aku malam ni." jelas Zafran

"Boleh ke? Tak...menganggu ke Along dengan isteri tercinta?" balas Lydia.

"Kalau Lydia nak tidur sini, boleh je. Iman pergi kemaskan bilik tetamu kejap" kata diriku kepada Lydia.

"Eh, tak payah tak payah. Suruh je Lydia tu kemas sendiri. Bukannya dia tak pernah tidur sini. Awak tak payah mengada dengan Lydia ni" ujar Zafran. Dia berdiri di belakangku sambil memicit bahuku perlahan-lahan.

" cehh. Orang baru je nak bermanja dengan abang ipar kesayangan aku ni. Dah la, Lydia nak masuk bilik dulu. Penat" jelas Lydia. Dia terus mencapai telefonnya lalu berjalan menuju ke biliknya.

Aku terus bangun untuk mengambil selimut dan bantal untuk Lydia.

"Kejap eh, saya nak ambilkan selimut dengan bantal untuk Lydia.". Namun, aku dihalang oleh Zafran.

"Tak payah awak. Dalam bilik tu dah ada selimut dengan bantal. Biar je Lydia ambil sendiri" jelas Zafran.

" Kang dia tak jumpa, macam mana?"

"Dia dah banyak kali tidur dekat rumah saya. Ni umpama rumah kedua dia dah. Awak rehat la. Dari tadi asyik buat kerja je". Zafran meletakkan kedua-dua tangannya di bahuku. Dia memerhatikan sahaja wajahku sambil tersenyum.

Aku pun duduk kembali akibat kepenatan. Zafran menarik kerusi dari meja makan lalu segera duduk di sebelahku.

"Awak nak kopi? Saya pergi bancuh eh?" soal aku kepada Zafran.

"Eii. Duduk je dekat sini. Kan tadi saya suruh awak rehat? Degil ni..." balas Zafran. Aku pun akur dengan permintaan Zafran. Aku pun meluangkan masa dengan Zafran di dapur sehingga tengah pagi.

Pada jam 3:45am, aku dan Zafran berada di dalam bilik tidur. Aku tidak boleh untuk tidur kerana asyik memikirkan tentang hubungan aku dengan Zafran. Aku melihat Zafran sudah memejamkan mata.

"Awak...awak dah tidur ke?". Aku berbaring menghadap Zafran. Kelihatan Zafran membuka matanya perlahan-lahan sambil merapatkan dirinya ke arah diriku.

"Belum lagi. Kenapa ? Tak boleh tidur ke?" Soal Zafran dengan suara yang macho. Dia melihat ke arah diriku.

"Sorry kalau ganggu. Awak...saya nak tanya. Awak memang betul cintakan saya ke? "

"Kenapa tanya?"

"Hurm...entahlah. Tiba-tiba saya overthinking tentang relationship kita. saya takut kalau satu hari nanti awak akan tinggalkan saya bila awak bosan. Saya ...sedar yang saya ni bukan sesiapa pun"

"Sayang...kenapa cakap macam tu?". Zafran bingkas bangun perlahan-lahan dan membuka lampu sisi meja. Cahaya lampu yang malap di sisi katil menerangi kami berdua. Dia duduk sambil melihat ke arah diriku.

" tahlah. Saya rasa...yang satu hari nanti, awak akan tinggalkan saya. Saya rasa yang saya ni orang yang membosankan. Nanti awak mesti akan jemu"

" awak, janganlah fikir macam tu. Sejak dari awal kita jumpa, saya memang cintakan awak. Kalau boleh, saya nak bersama dengan awak sampai ke hari tua." jelas Zafran. Dia memegang sebelah tanganku. Lalu diletakkan di dadanya.

" dari dulu, saya dah cakap dekat awak. Awak kena percayakan saya. Saya tak pernah menipu tentang perasaan saya dekat awak." kata Zafran lagi. Dia mengusap pipiku.

" saya tahu, awak risau tentang hala tuju hubungan kita. Awak mesti fikir yang hubungan kita ni hanyalah sementara dan tak akan kekal pun, kan? Tapi percayalah, selagi saya ada kudrat. Selagi tu saya akan pertahankan hubungan kita. Awak cuma perlu percaya saya je sayang". Aku terus menitiskan air mataku selepas mendengar apa yang Zafran katakan.

"Dengar sayang. Apa pun kekurangan awak, saya akan tetap terima awak. Kita manusia, masing-masing tak sempurna. Saya pun tak sempurna. Tapi, kekurangan tu...kita boleh sama-sama atasi kalau kita saling percaya antara satu sama lain. Awak percaya saya kan?"

"Percaya". Aku melihat wajah Zafran. Zafran mengelap air mataku dengan jari jemarinya. Mata Zafran turut berair. Namun, dia menahannya.

"Bagus. Lepas ni, jangan fikirkan lagi tentang kerisauan awak. Selagi kita berdua percaya antara satu sama lain, kita akan tetap bersama.". Zafran terus mencium dahiku sambil tersenyum. Aku bingkas bangun dan terus memeluk Zafran. Lalu, menitiskan air mata saat memeluk Zafran. Kini, dialah duniaku.

Hanya Satu : Aku & KamuWhere stories live. Discover now