Episod 12

4.1K 60 5
                                    

Sudah beberapa hari aku berada di kampung. Sejujurnya, hatiku terubat dengan suasana kampung yang jauh lebih tenang jika dibandingkan dengan kehidupan sibuk di bandar. Aku meluangkan masa untuk berehat di kampungku. Menikmati udara yang nyaman tanpa pencemaran asap kereta. Terubat rinduku di kampung halaman yang tercinta.

Aku duduk di pangkin rumah Mak Lang. Kami sekeluarga dijemput untuk minum petang di rumah Mak Lang. Sejak dari dahulu lagi, Mak Lang sering berkongsi rezeki dengan keluarga kami. Mak Lang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah manakala suaminya merupakan seorang pegawai di jabatan pendidikan.

Meskipun mereka mempunyai kerjaya yang baik, mereka tidak pernah melupakan nasib keluarga kami yang sejak dari dahulu susah. Sekecil-kecil perkara, merekalah yang sentiasa membantu dan tidak lokek memberi.

Saat aku, ibu dan Mak Lang berada di pangkin, kami bertiga menikmati air teh'o a suam bersama dengan keropok lekor yang baru digoreng Mak Lang. Kelihatan adik perempuanku, Laila sedang bermain di halaman bersama dengan anak-anak kampung yang lain.

" iman, macam mana rasa balik kampung ? Terubat rindu?"

"Rasa seronok sangat sebab dapat jumpa Mak, Laila dengan Mak Lang. Terubat lah juga kerinduan dekat kampung ni"

"Iman, kerja apa dekat KL?"

"Ouh, Iman kerja jadi cleaner je Mak Lang. Tak kerja hebat pun"

"Eish, tak baik cakap macam tu. Ada pekerjaan tu satu rezeki tau Iman. Iman sepatutnya rasa bersyukur tau. Walaupun setakat kerja cleaner, itupun dah besar rahmat dah sebab dapat cari rezeki yang halal "

"Nampak gayanya macam tulah Mak Lang."

" Haa, result SPM dah keluar bulan lepas. Iman, tak nak pergi ambik result ke dekat sekolah?"

"Biarlah dulu Mak Lang. Lagipun, tak guna pun sijil tu. Nanti kalau Iman free, Iman gi je laa ambik kat sekolah."

" haa, kalau tak ada kat sekolah, bagitahu je dekat Pak Lang. Nanti, dia pandai-pandailah tolong uruskan"

Kami bertiga meluangkan masa menikmati suasana petang di kampung yang tenang itu. Sewaktu Mak Lang masuk  ke dalam rumah sebentar, aku berbual dengan ibuku. Aku mengeluarkan sampul surat berisi duit bernilai RM3,500 yang dipinjamkan oleh Zafran kepada diriku. Lalu, aku letakkan di hadapan ibuku.

"Ibu, ni. Iman dah dapat duit. Nanti, kita bolehlah bayar duit hutang arwah ayah tu"

" banyaknya Iman. Iman, pinjam daripada kawan-kawan kerja ke?". Ibuku memeriksa wang yang berada di dalam sampul surat berwarna perang itu.

" Tak. Iman pinjam dekat boss"

" pinjam dekat Boss?"

"Haah, Iman cakap yang nanti boss boleh je potong duit Iman tiap-tiap bulan."

"Potong berapa sebulan?"

" entahlah". Aku terpaksa menipu ibuku. Aku tidak mahu dia risaukan tentang diriku. Yang penting, hutang arwah ayah perlu dilangsaikan segera.

"Iman, ibu sebenarnya rasa lega bila Iman balik sini. Ibu rasa tenang sebab anak ibu ada depan mata ibu". Ibuku tersenyum sambil melihat ke arah diriku.

"Haa, ibu jangan nak buat drama air mata pulak dekat sini. Kang Iman tak balik KL pulak"

" Iman duduk je laa dekat sini. Cuba mintak tolong dengan Pak Lang. Manalah tahu, dia tahu ada mana-mana tempat kerja kosong dekat Kuantan ni?"

" tak naklah Ibu. Lagipun, kerja kat KL best. Kawan-kawan pun ramai"

"Bagus anak ibu ni. Pandai bawak diri ke tempat orang. Berdikari pulak tu"

"Mestilah, ini kan Hadi Iman?"

Kami berdua tersenyum sambil bermanja mesra. Ibuku mengusap kepalaku perlahan-lahan sambil tersenyum. Dia melayan celoteh anak lelakinya itu tanpa rasa jemu.

Pada hujung minggu, rumah kami didatangi oleh sebuah kereta Hilux berwarna hitam. Kereta itu berhenti tepat di hadapan perkarangan rumah kami. Kelihatan seorang lelaki berkulit sawa matang dan bertubuh besar turun dari kereta itu. Lelaki itu tidak keseorangan. Ternyata, dia datang bersama dengan "boss"

Bossnya turut turun daripada kereta Hilux beberapa saat kemudian. Kelihatan lelaki itu memakai kaca mata hitam, berbaju kemeja putih dan berseluar jeans. Aku melihat sosok tubuh lelaki itu. Aku tergamam. Rupa-rupanya Zafran Mikaeil merupakan "big boss" kepada orang yang mengutip hutang arwah ayah.

Aku dan ibu hanya berdiri di beranda rumah sambil memerhatikan mereka berdua. Selepas menghampiri, Zafran melihat keadaan rumah kampung kami yang sudah uzur.

"Boss, nilah keluarga yang tak bayar hutang kita." kata orang suruhan Zafran kepada Zafran. Zafran menanggalkan kaca mata hitamnya lalu diselitkan di tengah-tengah baju kemejanya.

" ohh, i see. Bob, hutang keluarga makcik ni...tinggal lagi berapa?" soal Zafran kepada Bob. Bob membuka telefonnya dan mula mengira semula hutang-hutang mereka. Aku hanya diam sambil berdiri di sebelah ibu. Kami berdua berasa ketakutan.

" baki hutang yang masih lagi tak dibayar selama 3 tahun ialah sebanyak RM35,000" Zafran mengangguk-anggukan kepalanya sambil tersengih melihat Iman dan ibunya.

"Aduh,banyak lagi hutang arwah suami makcik ni. "

"Makcik faham Encik...cumanya, makcik minta supaya kami sekeluarga diberikan tempoh untuk bayar hutang arwah suami makcik."

" tak apalah Makcik. Saya tengok keadaan makcik pun sudah uzur, saya tak boleh paksa makcik."

Zafran mengeluarkan sesuatu dari dompetnya. Dia mengeluarkan sebuah buku cek bersama dengan pen hitam. Kemudiannya, dia mengisi cek itu di hadapan kami bertiga

Aku memandang sahaja Zafran. Aku berasa pelik dengan tindakan Zafran. Aku fikirkan yang dia berkunjung ke rumah ku kerana ingin mengutip hutang daripada keluarga kami. Tetapi, dia bertindak sebaliknya.

"Boss nak buat apa ni?" soal Bob kepada Zafran. Zafran tidak membalas apa-apa. Dia kemudiannya mengoyakkan sehelai cek dari buku itu. Lalu diberikan kepada Bob.

"Kau tak payah banyak tanya Bob. Kau ambik cek ni. Untuk pengetahuan kau, aku dah tolong bayarkan hutang makcik ni. Mulai hari ini, dia tak berhutang apa-apa dah dengan papa aku. Faham?"

"Tapi boss, mana boleh buat macam tu."

"Sekarang ni, aku boss atau kau yang boss?". Bob terdiam. Ibuku kelihatan tergamam. Dia melihat ke arah Zafran dengan wajah yang tidak sangka. Air mata mulai mengalir turun. Lalu dia mengelap air mata kegembiraan yang membasahi pipinya. Dia menangis teresak-esak.

Aku tidak sangka yang Zafran sanggup menolong keluargaku untuk melangsaikan hutang. Dia sanggup menggunakan duit poketnya sendiri untuk melangsaikan hutang kami terhadap papanya Pertolongannya telah meringankan beban yang dialami oleh kami sekeluarga setelah sekian lama arwah ayah pergi. Aku berasa bersyukur kerana penderitaan kami sudah berakhir. Aku boleh hidup dengan berlapang dada.

"Mak...makcik tak tahu nak cakap apa. Makcik nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi tolong keluarga makcik. Kami susah dan kami tak sangka yang Encik  ni akan tolong kami"

"Tak apa makcik. Saya faham". Zafran melihat ke arah diriku sambil tersenyum. Itulah kali pertama aku melihat senyuman Zafran yang manis. Siap ada lesung pipit lagi !

"makcik...saya nak mintak izin dari makcik, boleh? Saya..nak berbual sekejap dengan anak lelaki makcik"

"Ouh, nak berbual ye? Ha, Boleh..boleh. Silakan berbual ye Encik. Berbual laa dekat pangkin tu, kejap lagi makcik bawakkan minuman". Ibuku terus beredar masuk ke rumah untuk menyediakan minuman di dapur.

Aku dan Zafran berjalan bersama-sama ke pangkin. Aku terdiam kerana tidak masih lagi percaya dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

Hanya Satu : Aku & KamuWhere stories live. Discover now