Episod 22

3.9K 58 16
                                    

Aku dan Zafran secara rasminya sudah menjadi pasangan kekasih. Dialah lelaki pertama yang menjadi kekasih aku. Sejujurnya, aku tidak pernah bayangkan bahawa aku akan bercinta dengan seorang lelaki. Meskipun aku tahu hubungan ini ialah hubungan yang salah, aku mengabaikannya. Kerana hatiku sudah ditawan oleh seorang lelaki bernama Zafran Mikail.

Memandangkan Gemini masih lagi tidak dibuka dan sedang direnovasi, aku sering berkunjung ke rumah Zafran. Entah mengapa aku suka berkunjung ke rumah Zafran. Mungkin kerana aku dan Zafran lebih bebas untuk melakukan apa sahaja yang kami suka di rumahnnya.

Pada suatu malam, Zafran baru pulang dari Gym. Aku menantikan sahaja kepulangannya di rumah seperti seorang isteri. Saat dia masuk, dia melihat ke arah diriku yang sedang berada di dapur. Aku sedang memasak makanan kerana berasa lapar.

Zafran meletakkan begnya ke tepi dan segera menghampiri diriku yang sedang berada di dapur. Dia memeluk tubuhku dari belakang. Bajunya sedikit basah akibat berpeluh ketika bersenam di gym. Aku biarkan sahaja. Tangan kananku sedang mengacau masakan di dalam kuali.

" awak masak apa tu? Macam sedap je?" tanya Zafran. Dia meletakkan dagunya di bahuku.

" saya buat mi goreng je. Saya lapar sebab tu saya masak. Cari bahan dalam peti ais, nasib ada"

" sejak awak selalu datang rumah saya, dapur saya selalu berasap. Dan perut saya pun makin besar tau?"

"Makin besar? Kenapa pula?" Aku melihat ke arah Zafran.

" ye laa. Setiap kali saya pergi gym, awak akan masak. Lepas tu awak ajak makan sekali bila saya balik. Sebab tulah saya makin besar"

" salah saya pulak. Awak yang nak makan, saya pulak yang awak salahkan". Aku tersengih sambil menutup api. Aku menoleh ke arah Zafran.

" ni belum mandi lagi kan?"tanya aku kepada Zafran.

"Belum...saya nak mandi dengan awak. Nak awak sabunkan badan saya ni"

"Eh, mengade. Tak de tak de. Awak gi laa mandi. Ni dengan baju berpeluhnya. Masam tau tak?"

"Masam? Mana ada masam, lah. Saya wangilah"Zafran menghidu bau badannya.

Aku terus memegang lengan Zafran dengan lembut. Lalu menarik dirinya menuju ke bilik air. Aku mengambil tuala putih yang bersih lalu berikan kepada Zafran.

"Jom laa mandi dengan saya."ajak Zafran.

"Ah tak de. Awak pergi mandi. Sabun badan bersih-bersih. Kejap lagi kita makan sama-sama"

"Tapi..."

"Zafran Mikail....mandi sekarang". Aku melihat sahaja Zafran dengan wajah yang serius. Zafran terus masuk ke dalam bilik mandi dengan segera. Aku tersengih kecil melihat gelagat Zafran.

Sewaktu kami sedang makan bersama-sama di dapur. Aku melihat ke arah Zafran yang sedang menikmati makanannya. Aku meneguk minuman.

"Awak, saya rasa saya nak ambik cutilah. Penat dengan kerja-kerja renovation dekat kelab tu." kata Zafran.

" ambiklah. Kenapa nak kena tanya saya? Saya bukan boss" balas aku sambil ketawa kecil.

" saya cadang nak ambik cuti around dua minggu. Memandangkan Gemini still under renovation, saya bercadang nak honeymoon dengan awak"

"Honeymoon?" Aku ketawa kecil lagi.

"Orang serius, dia gelak pulak."

" okay,okay. Saya tak gelak dah. Saya okay je kalau nak honeymoon. Tapi, awak nak honeymoon dekat mana?"

"Dekat...kampung awak, Kuantan"

"Kuantan? Kenapa situ?" Aku tengok ke arah Zafran. Lalu tersengih kecil.

"Ingat tak, awak pernah cakap dulu yang awak suka duduk dekat kampung awak. Awak cakap waktu malam dekat kawasan kampung cantik. Jadi, saya nak experience juga pengalaman tu. Saya kan budak bandar? Jadi, teringin jugak nak rasa suasana duduk di kampung"

" kalau macam tu,saya okay je. Lagipun, dah lama saya tak balik kampung jumpa Ibu dengan adik saya, Laila"

"Nanti, kita balik eh? Awak tunggu eh?" kata Zafran. Dia memegang tanganku sambil mengusapkannya perlahan-lahan. Aku tersenyum.

Jam menunjukkan tepat 8:45pm. Aku dan Zafran sedang bersantai di ruang tamu. Kami berdua menonton televisyen. Aku berbaring di atas peha Zafran. Zafran mengusap rambutku perlahan-lahan. Tiba-tiba, kedengaran bunyi loceng rumah yang ditekan menandakan kehadiran seseorang.

"Kejap, saya pergi tengok". Zafran bingkas bangun dan menuju ke arah pintu. Dia membuka pintu dan kedengaran suara seorang wanita sedang bercakap dengan Zafran.

"Sorry lambat abang kesayanganku ! Lama dah kita tak jumpa, kan?

" diam, tak yah kecoh sangat. Kecoh betul"

Aku duduk di atas sofa. Lalu, melihat ke arah Zafran yang berjalan menuju ke ruang tamu bersama dengan seorang wanita. Wanita itu kelihatan teruja. Entah mengapa aku berasa risau.

"Awak...ni adik saya, Lydia." kata Zafran. Dia duduk di sebelahku. Aku hanya tersenyum ke arah Lydia. Aku sangkakan siapa. Rupanya adik perempuan Zafran.

Lydia pun segera duduk di sebuah sofa. Dia tersenyum sambil melihat ke arah diriku dan Zafran.

" hi abang ipar, apa khabar? !" kata Lydia. Mataku terbeliak. Aku melihat ke arah Zafran kerana tidak sangka yang Lydia tahu tentang siapakah diriku.

" ah, tak sangka. Akhirnya abang saya dah berpunya. Dah umur 27 tahun, baru ada partner. Anyways, congratulation Hadi Iman !" jelas Lydia lagi. Aku berasa tidak selesa.

"Aduh....along, Lydia nak tumpang tandas kejap. Kejap eh !". Lydia terus berdiri dan menuju ke bilik air yang terletak berhampiran dapur. Aku terus menoleh ke arah Zafran.

"Awak...macam mana dia tahu tentang saya? Dia tahu ke yang saya ni...bercinta dengan awak?"

"Dia tahu"

"Huh? Macam mana dia tahu semuanya?"

"Dah saya yang bagitahu dia. Awak jangan risaulah. Adik saya tu memang tahu saya ni gay sejak dari zaman saya masuk universiti lagi"

"Awak punya family? Tahu? "

"Tak. Lydia sorang je yang tahu tentang rahsia saya. Awak jangan risau, dia pandai jaga rahsia."

"Saya...malu lah."

"Awak, nak malu kenapa? Apa yang kita buat ni tak salah lah? Bukannya kita buat jenayah apa pun"

"Awak...hubungan kita ni salah tau? Mana ada lelaki bercinta dengan lelaki?"

"Dah nama pun cinta. Tak kisahlah apa jantina sekalipun, kalau hati dah suka, tak de siapa boleh halang kan? Kita berdua pernah mintak ke diberikan perasaan macam ni, tak pernah kan? So, relax je awak" jelas Zafran. Aku hanya diam kerana apa yang dikatakan oleh Zafran adalah betul.

"Lain kali, bagitahulah saya dulu kalau sesiapa nak datang. Saya still terkejut tau". Zafran tersengih sambil anggukan kepalanya. Dia memegang bahuku sambil usap perlahan-lahan.

"I'm sorry. Salah saya. Lepas ni, saya akan bagitahu awak kalau ada sesiapa nak datang sini okay?". Aku mengeluh sambil melihat Zafran. Zafran tersenyum dan mencium dahiku untuk menenangkan diriku. Aku tersenyum kecil.

Hanya Satu : Aku & KamuWhere stories live. Discover now