Angin bertiup lembut ke arah pangkin yang menghadap pemandangan kampung yang sangat menenangkan. Aku duduk di sebelah Zafran. Dia kelihatan sangat kemas pada hari itu. Entahlah. Makin hari, aku semakin menyukai lelaki yang dulu aku benci kerana pernah menodai diriku.
" tak sangka dunia ni kecik sangat. Sini rupanya kampung kau ye?". Aku hanya tersenyum kecil apabila mendengar omongan Zafran.
"Encik Zafran. Saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab...sudi langsaikan hutang arwah ayah saya. Saya...tak tahu macam mana nak balas budi Encik Zafran. Saya dah termakan banyak budi Encik Zafran"
" Tak perlu berterima kasih. It's just a small matter. Mana yang aku boleh tolong, aku tolonglah". balas Zafran. Angin petang meniup rambut Zafran. Lelaki itu membetulkan rambutnya sambil melihat kawasan kampung.
" Encik Zafran. Saya nak tanya sesuatu boleh? Kenapa Encik Zafran tolong kami sekeluarga?". Zafran diam seketika. Dia berfikir panjang sebelum menjawab soalanku.
"Sebabnya hutang tu ialah hutang arwah ayah kau. Hutang tu antara ayah kau dan papa aku. Kau dan ibu kau tak tahu pun tentang hutang tu. Jadi, korang berdua tak sepatutnya ambil tanggungjawab untuk langsaikan hutang tu. Memandangkan kau satu keluarga tak boleh settlekan, aku tolong langsaikan sebab...aku rasa kesian dengan korang. Tambah-tambah, bila aku tengok keadaan ibu kau yang tak sihat dan adik kau yang masih kecik."
" ohh, baru saya faham. Saya ingatkan Encik Zafran tolong saya sebab saya pekerja Encik Zafran"
"Aku mestilah tolong orang yang dalam kesusahan. Especially orang yang aku kenal"
Aku tersenyum melihat ke arah gelagat Zafran. Kini, baru aku kenal hati budi seorang lelaki bernama Zafran. Walaupun dia kelihatan dingin, tetapi dia memiliki hati yang sangat murni. Aku berasa terharu apabila dapat melihat sisi dirinya yang berbeza seperti yang aku tahu sebelum ini.
Aku mengeluarkan sampul surat berisi duit RM3,500. Aku berhasrat untuk memulangkan duit itu kerana aku tidak perlukannya lagi. Aku letakkan sampul surat itu di hadapan Zafran.
"Encik Zafran, ni duit yang saya pinjam haritu. Saya tak guna pun duit ni. Jadi, saya nak pulangkan balik"
"Guna duit ni untuk family kau"
"Huh? Untuk family saya?". Zafran memberikan semula sampul surat itu kepada aku. Aku melihat Zafran.
"ye, for your family. Belilah barang dapur, makanan dan benda-benda yang family kau perlukan."
"Encik Zafran...pasti ke?
" berapa kali aku nak kena ulang, Iman? Ye, aku pastilah"
"Terima kasih sekali lagi Encik Zafran. Nanti, saya akan bagi duit ni untuk ibu saya dan adik saya"
Aku masih mempunyai persoalan mengenai perjanjian yang kami berdua buat di Gemini. Aku melihat ke arah Zafran.
"Encik Zafran...saya nak tanya tentang perjanjian yang kita berdua buat dulu. Pasal...saya kena puaskan Encik Zafran tu?"
"Abaikan perjanjian tu. Aku dah tukar fikiran aku. Aku tak patut mintak benda bukan-bukan dari pekerja aku yang betul-betul susah" jelas Zafran dengan ringkas. Aku hanya diam.
"By the way, aku nak tanya kau soalan. Macam mana kau boleh survive hidup dalam keadaan macam ni?"
"Saya...bertahan hidup pun sebab ibu saya dan adik saya. Saya anak sulung dalam keluarga saya. Jadi, sayalah yang perlu pikul tanggungjawab untuk menyara family saya.Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat perhatian sesiapa. Tapi,saya nak Encik tahu yang saya sanggup buat apa sahaja demi keluarga saya. Keluarga saya adalah segalanya untuk saya"
"Aku tak sangka, kau still boleh survive walaupun hidup dalam keadaan susah macam ni. Kau memang malang. Dilahirkan dalam kemiskinan, disusahkan oleh bapa kau sendiri. Susah nak jumpa orang yang kuat macam kau. Kalau aku ada dekat tempat kau, aku tak tahulah macam mana aku akan hidup kuat?
"Dahlah Encik Zafran. Kang saya nangis pulak bercerita pasal hidup saya. Sekarang ni, hidup saya dah bahagia dah disebabkan Encik Zafran"
"Ceh,bahagia sebab aku pula. Asal aku pulak?"
" ye laa, Encik Zafran dah tolong langsaikan hutang family saya. Lepas tu, Encik Zafran bagi duit belanja lagi. Encik Zafran dah angkat beban berat dari keluarga saya tau. Dan sampai bila-bila pun, kami satu keluarga akan terhutang budi dengan Encik Zafran"
"Dah la tu. Asyik berterima kasih je dengan aku. Penatlah aku dengar"
"Eh, takkan saya tak berterima kasih pulak? Orang buat baik, mestilah kena cakap terima kasih". Aku tersengih kecil. Zafran juga tersengih kecil mendengar suaraku.
" banyak mulut rupanya kau ni. Aku peliklah dengan kau. kau ni kan...dari awal kerja sampai sekarang, terlalu formal. Memanjang panggil aku Encik Zafran. "
" habis tu, nak saya panggil apa?"
"Panggil je Zaf. Luar waktu kerja, guna je aku kau. Anggap je aku macam abang kau,"
"Zaf...?"
"Ye, Iman?"
"Hahaha. Rasa macam orang bercinta pulak"
" kalau bercinta pun, kenapa? Kau tak suka?"
Aku tersengih kecil. Aku terus berdiri dan beredar dari pangkin kerana malu. Zafran memerhatikan sahaja tingkah lakuku yang seperti kanak-kanak itu. Aku berlari masuk ke dalam rumah.
Entah mengapa aku berasa terhibur apabila memanggil Zafran dengan gelaran "Zaf". Makin lama, aku semakin menyukai Zafran. Bahkan, aku turut berasa selesa ketika berada di samping dia. Walaupun perasaan ini hanyalah sementara, biarkanlah aku nikmatinya buat seketika waktu !
YOU ARE READING
Hanya Satu : Aku & Kamu
Fanfiction[ Musim Pertama ] Takdir telah menemukan dua insan yang berbeza. Hadi Iman yang tersepit dalam kehidupan telah dipertemukan dengan Zafran Mikael yang hidup dengan penuh kemewahan. "Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat...