Episod 5

4.8K 70 8
                                    

Aku menantikan kehadiran Encik Zafran yang dikhabarkan akan turun ke Gemini Club pada malam ini. Memandangkan aku tidak mempunyai apa-apa kerja, aku membantu rakan sekerjaku yang bertugas sebagai bartender di bahagian bar iaitu Aaron. Aaron merupakan seorang bartender berketurunan cina yang sangatlah kacak dan peramah. Bertubuh tinggi dan memiliki senyuman yang sangat indah.

Sejujurnya, itulah kali pertama aku berada begitu dekat dengan puluhan botol arak yang menjadi penawar malam bagi pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke situ. Aku melihat sahaja rak alkohol yang tersedia di bahagian belakang kaunter. Aku termenung seketika.

" Iman, you dah umur 18 tahun kan?"

"Haah, dah 18 tahun. Baru lepas habis spm. Kenapa Aaron?"

" kalau macam tu, you dah cukup umurlah to take a shot?,right?"

" eh. Tak nak lah. Tak berani lah. Lagipun, tak biasalah dengan benda-benda ni"

"You ni, Iman. Kita ni hidup only once. Why not, you cuba dulu minum. Belum cuba, belum tahu. Minum sikit je. Nak?"

" tak nak lah. Saya takutlah."

Aaron tersengih. Dia melihat sahaja ke arah diriku. Dia mengambil satu gelas kecil dari belakang kaunter. Lalu, dia letakkan di hadapan diri ku. Lalu, dia mengambil sebotol wiski berwarna hitam yang terletak berhampiran dirinya. Dia menuangkan wiski itu ke dalam gelas. Kemudian, dia mengeluarkan satu gelas kecil untuk dirinya dan turun menuangkan wiski ke dalam gelasnya

"You try lah dulu Iman. I dulu takut jugak macam tu. Tapi, now i dah tak takut sebab sedap. Lagipun, tak salah lah Iman. You dah cukup umur, bukannya underage"

"Tapi..."

"Take a shot"

Aku menelan air liurku. Aku melihat Aaron yang sudah memegang gelas dan meneguk wiski berwarna hitam itu. Aku pun segera mengambil gelas kecil itu. Aku memerhatikan sahaja wiski yang berada di dalam gelas itu. Rasa teragak-agak pada awalnya. Namun, akibat Aaron menyuruhku untuk menikmati sahaja minuman itu, aku segera menelan cairan hitam itu. Terasa manis pada awalnya tetapi pahit setelah alkohol itu membasahi anak tekakku. Aku terbatuk seketika.

"Hahaha, are you okay, Iman? Taste good right?"

Aku hanya terdiam. Entah mengapa aku ingin merasai lagi cairan pahit itu. Aku melihat Aaron.

"Rasa dia kuat. Aku rasa pening"

"Pening eh? Kalau nak hilangkan, kena minum lagi seteguk. Let me pour you some"

Aaron pun segera mencapai botol wiski sekali lagi. Lalu dia menuangkan cairan hitam itu buat kali kedua ke dalam gelas. Aku segera meneguk minuman itu. Bahkan, Aaron menuangkan air itu tak henti-henti setiap kali gelasku kosong. Tanpa aku sedar, fikiranku sudah melayang-layang. Aku terasa diriku terapung di udara dan aku tidak boleh berfikir.

"Bro, you're wasted ! Iman, you sekarang dah jadi...what they call that in malay...haa ! Anak jantan"

Aku mula berasa mual-mual. Aku berasa seperti mahu memuntahkan kembali cairan hitam itu keluar dari tubuhku. Rasanya begitu kuat sehingga tubuh anak kampung ini tidak dapat untuk menerimanya. Aku memegang leherku. Lalu segera berjalan keluar untuk menuju ke tandas.

Kedengaran bunyi muzik yang sangat kuat. Dj memainkan lagu rancak yang membingitkan telingaku. Aku meredah puluhan orang yang sedang berada di dalam Gemini. Aku tidak endahkan sesiapa pun kecuali diriku. Namun, tubuhku berasa sangat lemah. Aku berjalan terhuyung hayang dan tidak mampu mengawal diriku.

Aku meredah lautan manusia. Kakiku terasa berat. Aku melanggar seorang lelaki yang aku tidak kenali. Lelaki itu memegang lenganku dan membantu diriku untuk berdiri tegak kembali.

"Are you okay?"

Lelaki itu bertanya kepadaku. Aku terus mengelengkan kepalaku kerana aku berasa tidak selesa dengan diriku. Badanku menjadi semakin berat. Dan aku mahu memuntahkan kembali cairan itu.

" hey? Are you listening?"

Aku tidak memberikan apa-apa respon. Diriku menjadi kaku seketika. Lelaki itu segera memimpin diriku ke tandas lelaki yang terletak berhampiran dengan kami. Setelah tiba di tandas, aku terus dibawa ke bahagian singki. Aku terus memuntahkan kembali cairan wiski dengan begitu banyak. Lelaki itu hanya berdiri di belakangku dan mengusap belakang badanku perlahan-lahan.

Setelah selesai, lelaki itu meletakkan diriku di atas ruangan singki yang luas. Dia membasahkan wajah dan rambutku dengan air bersih. Lalu , berbual seketika dengan diriku.

" first time minum alcohol?"

Aku tidak tahu untuk menjawab apa . Fikiranku menjadi kaku. Aku berasa pening. Aku memejamkan mataku seketika. Lalu aku terasa diriku diusung oleh lelaki itu ke tempat yang aku sendiri tidak tahu.

Hanya Satu : Aku & KamuWhere stories live. Discover now