Aku kembali bertugas seperti biasa di Gemini Club. Meskipun tubuhku masih terasa sakit, aku tetap gagahkan diri untuk datang bekerja setelah berehat selama 3 hari. Pada malam itu, Aaron berjumpa dengan aku di belakang kelab sebelum Gemini Club dibuka.
" Iman, you still marah ke dengan i sebab bagi you minum sampai mabuk tiga hari lepas?"
" Tak tahulah Aaron. Aku tak tahu dah nak cakap apa. Benda dah jadi, kan?"
"By the way, asal you cuti sampai tiga hari? You tak sihat ke?"
"Haah. Tak sihat sikit. Tapi sekarang dah okay dah sikit"
" you sakit apa actually?"
" sibuk je laa kau ni Aaron. Adalah sakitnya. Dah laa, aku nak gi sambung mop lantai. Nanti Encik Radzi marah pulak tengok lantai kotor"
Aku terus beredar. Sejujurnya, aku masih marah terhadap Aaron kerana dia menjadi punca aku dirogol oleh lelaki misteri itu. Aku sangat-sangat berharap supaya aku tidak bertembung lagi dengan lelaki itu di Gemini.
Namun, sangkaan aku ternyata salah. Saat aku berjalan menuju ke bahagian hadapan kelab, aku ternampak lelaki itu. Dia memakai suit berwarna hitam. Kelihatan dia sedang berborak mesra bersama dengan Encik Radzi. Encik Radzi memberikan penjelasan yang agak panjang ketika sedang berbual dengan lelaki itu.
Aku fokus melihat sahaja mereka berdua. Tanpa aku sedar, Haris menyinggung bahuku yang sedang terleka.
"Oii. Termenung panjang nampak?"
" Haris rupanya. Aku ingatkan siapa tadi. Terperanjat aku."
" tiga hari lepas kau asyik tanya pasal bigboss kan?"
"Haah. Kenapa? Dia nak datang malam ni ke?"
" dia dah sampai dah pun. Tu, tengah borak dengan Encik Radzi. "
"Huh?! Lelaki tu...bigboss kita? Maksud kau, Encik Zafran?!"
"Haah laa. Encik Zafran Mikail. Asal kau ni? Macam terperanjat semacam?"
Aku terdiam. Aku tidak sangka yang aku telah berasmara dengan majikan aku sendiri. Bahkan, kami dipertemukan semula secara tidak sengaja. Aku terus mengangkat baldi dan mop lalu beredar meninggalkan bahagian depan kelab. Aku masih tidak dapat menerima yang lelaki misteri itu ialah majikan aku sendiri.
Kenapa perlu kami berdua dipertemukan lagi? Lelaki itu telah merampas keterunaan aku tanpa kerelaan aku. Dalam masa aku cuba untuk melupakan segalanya, dia muncul kembali tanpa aku minta.
Pada jam 3am, aku menemani Aaron di bahagian bar. Aku membantu Aaron untuk mengelap gelas minuman menggunakan tuala kecil. Setiap gelas yang sudah dilap itu aku susun semula di bahagian rak yang berada di sekitar bar. Saat aku menyusun gelas, kedengaran bunyi tapak kaki berjalan menuju ke arah bar.
" Hadi Iman. Boleh ikut saya ke pejabat sekejap?"kedengaran suara seorang lelaki yang sedang bercakap ke arahku. Aku menoleh ke belakang dan melihat Encik Zafran sedang berada di hadapan bar. Aku menelan air liurku kerana entah mengapa Encik Zafran kelihatan sangat kacak. Sebagai pekerja, aku hanya mampu untuk menganggukan kepala dan segera meninggalkan kerjaku.
Encik Zafran berjalan di hadapan sementara aku mengekori langkahnya dari belakang menuju ke sebuah pejabat yang berada di tingkat atas. Hatiku berdebar-debar kerana aku takut berhadapan dengan lelaki itu. Aku risau sekiranya peristiwa di atas ranjang akan berulang sekali lagi.
Semasa di dalam pejabat, Encik Zafran duduk di kerusinya. Lalu dia memerhatikan sahaja diriku yang sedang berdiri di hadapannya. Dia tidak berkata apa-apa. Sebaliknya, hanya fokus melihat ke arah ku. Selepas beberapa minit, Encik Zafran memulakan perbualan.
" aku nak pulangkan barang kau"
" barang apa Encik Zafran?"
"Kau dah tahu nama aku rupanya, ya?" Kata Encik Zafran sambil tersengih kecil. Dia memerhatikan sahaja wajahku tanpa henti. Lalu dia berdiri sambil memeluk tubuhnya.
" back to the point. Aku nak pulangkan barang kau". Encik Zafran menyeluk poket seluarnya untuk mengambil sesuatu. Lalu dia keluarkan benda itu dan tunjukkan kepada diriku. Aku melihat ke arah barang itu. Kelihatan nametag aku yang tertulis nama "Hadi Iman" berada di tangannya. Mungkin nametag aku tercicir di rumah Encik Zafran.
Encik Zafran segera meletakkan nametag itu di atas meja. Lalu dia menolak nametag itu ke arah aku yang sedang berdiri bertentangan dari dirinya. Aku segera mengambil nametag aku. Lalu, aku pakai dengan segera.
" aku nak tanya sesuatu lagi dekat kau. Waktu malam kita berjumpa, kenapa kau mabuk? Bukankah kau tengah bekerja?"
" saya...saya sebenarnya...saya " balas aku. Aku tergagap-gagap ketika ingin menjawab pertanyaan Encik Zafran.
"Bukankah peraturan club jelas mengatakan yang staf Gemini tidak boleh untuk berada dalam keadaan mabuk ketika sedang bertugas? Kau sedar tak yang kau dah langgar peraturan?"
"Tapi...saya tak sengaja."
"Tak sengaja kau cakap? Macam mana kau boleh tak sengaja?"
"Bukan saya yang nak mabuk. Tapi, kawan saya yang tuangkan wiski dalam gelas dan suruh saya minum. Saya minum sebab saya ingatkan boleh"
"Siapa kawan kau yang suruh kau buat macam tu?"
Aku terdiam lagi sekali. Sekiranya aku memberitahu nama Aaron, pasti Aaron pula yang terpaksa menanggung akibatnya. Aku memejamkan mata seketika kerana buntu.
"Kalau kau tak nak bagitahu tak pe. Aku akan siasat sendiri perkara ni. Once i know, aku akan pecat kau dan orang tu. Gemini Club tak perlukan pekerja yang tak boleh ikut peraturan" tegas Encik Zafran. Aku terus melutut di hadapan Encik Zafran.
"Encik Zafran, saya minta maaf. Saya janji yang saya tak akan buat benda ni lagi. Tolong encik, bagi saya peluang."
"Peluang?". Encik Zafran diam seketika sambil berfikir panjang. Dia melihat sahaja ke arah diriku yang sedang melutut di hadapannyaZ
"Okay, fine. Memandangkan kau dah puaskan aku tiga hari lepas, aku akan bagi kau peluang lagi sekali."
Aku berasa sangat lega setelah Encik Zafran mengambil keputusan untuk memberikan aku satu lagi peluang.
" tapi, aku masih nak tahu juga. Siapa yang bagi kau mabuk pada malam tu"
Aku menelan air liurku sekali lagi. Encik Zafran membuat diriku menjadi semakin tersepit. Argh ! Tolonglah aku !
YOU ARE READING
Hanya Satu : Aku & Kamu
Fanfiction[ Musim Pertama ] Takdir telah menemukan dua insan yang berbeza. Hadi Iman yang tersepit dalam kehidupan telah dipertemukan dengan Zafran Mikael yang hidup dengan penuh kemewahan. "Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat...