Zafran membawa aku untuk berkunjung ke sebuah taman pada waktu malam. Kami berdua baru sahaja habis makan malam. Taman itu dikunjungi oleh ramai orang pada waktu malam. Ada yang beriadah dan ada yang bersantai. Kami berdua segera mencari tempat duduk yang jauh sedikit daripada orang ramai.
"Eh, ada icecream lah. Macam sedap je !" kata diriku kepada Zafran.
" kau...nak ke?"
" Haah, saya nak. Tak pe Encik Zafran, saya pergi beli. Encik Zafran pergilah cari tempat duduk dulu"
" tunggu sini. Aku pergi belikan untuk kau." kata Zafran. Belum sempat dia beredar, aku memanggil dia kembali ke arah diriku.
" kalau boleh...saya nak icecream vanilla. Kalau tak ada, strawberry pun boleh"
" ceh. Kau buat aku jadi staf kau pulak eh?" kata Zafran kepada diriku. Aku ketawa kecil sambil melihat Zafran menuju ke peniaga icecream yang berada di tepi taman itu.
Aku memerhatikan Zafran. Aku berasa beruntung kerana dapat untuk mengenali lelaki yang dingin tetapi penyayang itu. Sejujurnya, penampilan dan wajah Zafran yang menawan memang mampu menambat hati sesiapa yang melihat. Tetapi, aku jatuh cinta kepada dirinya disebabkan oleh layanan mesra yang ikhlas. Dia tidak pernah melayan diriku dengan teruk. Mungkin disebabkan itu, aku terjatuh cinta secara tidak sengaja dengan dirinya.
Beberapa minit kemudian, Zafran kembali kepadaku. Dia membelikan icecream vanilla seperti yang aku minta. Aku senyum sambil mengambil ice cream itu daripada Zafran. Lalu segera menjilat ice cream itu. Zafran pula memakan ice cream cup sambil berjalan di sebelah ku.
"Ice cream cup? Comel"
"Apa yang comel, huh?" balas Zafran dengan wajah yang serius
"Ye laa, selalunya budak-budak je yang akan beli ice cream cup. Orang dewasa tak beli ice cream jenis tu"
" dah aku nak beli yang ini. Suka hati akulah"
" suka hati saya jugaklah nak cakap Encik Zafran comel bila makan ice cream tu"
"Wah, kau makin berani eh dengan aku?"
" kita sekarang dekat tempat awam. Bukannya dekat Gemini. Jadi, saya bebaslah nak buat dan cakap apa yang saya nak kan?"
"Diamlah pendek"
" eh! Tak baik cakap orang macam tu"
"kita sekarang dekat tempat awam. Bukannya dekat Gemini. Jadi, saya bebaslah nak buat dan cakap apa yang saya nak kan". Zafran mengajuk kembali ayat yang aku ucapkan tadi kepada dirinya untuk membalas dendam.
Aku ketawa kecil akibat ajukan itu. Zafran memerhatikan sahaja diriku. Dia tersengih kecil sambil menikmati sahaja ice cream itu. Kami berdua terus berjalan.
Setelah menemui tempat duduk, kami berdua duduk bersama-sama. Zafran duduk di kiriku. Kami berdua menikmati suasana sejuk pada waktu malam sambil melihat sahaja aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang ramai di taman itu.
" Ramainya orang dekat taman ni malam-malam. Tempat viral ke ni?"soal aku kepada Zafran.
"Biasalah, hujung minggu. Mestilah ramai yang datang lepak-lepak sini. Ada yang bawak family. Ada yang bawak partner" balas Zafran.
"Sebenarnya, saya ingat yang kita tak akan jumpa dah. Lepas je Encik Zafran buat pengumuman tentang penutupan Gemini, Encik Zafran tak cari pun saya. Tak ada khabar berita langsung". Aku terus jujur kepada Zafran.
"Aku bukannya sengaja. Kau tahulah kan? Aku sibuk sikit nak pantau kerja-kerja renovation dekat Gemini."jawab Zafran.
"Kau...rindu aku ke?" tanya Zafran. Aku tengok Zafran lalu menganggukan kepalaku perlahan-lahan. Zafran menahan dirinya daripada tersenyum. Mungkin kerana dia terhibur dengan karenah aku.
"Baguslah kalau kau rindu. Aku pun rindu juga dengan kau." balas Zafran. Zafran meletakkan tangannya di bahuku. Lalu dia mengusap perlahan-lahan. Kami berdua menikmati suasana malam yang tenang itu.
"Iman, kau ingat tak dulu. Kau pernah mintak aku bagi kau masa untuk fikirkan tentang hubungan kita."
"Saya masih ingat."
" jadi, macam mana? Still need time?" Aku terus melihat ke arah Zafran. Aku hanya diamkan diri sahaja.
"Kalau kau masih perlukan masa, aku akan bagi kau masa. Aku boleh tunggu kau, Iman. Fikirlah masak-masak" Aku terdiam lagi.
"Look...aku cuma nak kau tahu satu benda je. Apa pun jawapan kau, aku tak akan marah. Aku akan hormat keputusan kau. Kau terima ataupun tak terima, aku okay. I don't want to put pressure on your shoulder. Understand?"
" saya rasa sekarang ialah masa yang paling tepat untuk saya bagi kata putus. saya dah fikir masak-masak tentang hubungan kita. Saya ...rasa yang mustahil..."
"Mustahil?" Zafran tergamam. Matanya terbeliak.
"Mustahil ...kalau saya tak terima awak sebagai kekasih saya. Saya...sudi terima awak, Zafran." Aku tersenyum manis sambil melihat ke arah Zafran. Zafran melihat ke arah diriku. Kelihatan tiada ada ramai orang yang berada di sekeliling kami.
Zafran terus memegang sebelah pipiku. Dia mendekatkan wajahnya ke arah ku. Lalu, dia terus mencium bibirku dengan penuh manja. Kami saling berbalas ciuman seperti pasangan kekasih yang sedang dilamun asmara.
Tangan Zafran yang hangat itu hanya fokus memegang bahagian leherku. Manakala, sebelah tanganku pula terletak di dada Zafran. Kami bercium dengan agak lama. Sesekali aku ternampak Zafran tersenyum saat dia mencium aku. Aku turut tersengih kecil kerana berasa bahagia buat seketika.
"Well, kalau itu jawapan awak...it's a really good choice" kata Zafran. Buat kali pertamanya, Zafran bercakap dengan bahasa yang lembut dengan diriku. Dia membahasakan dirinya "saya". Aku berasa bahagia kerana dilayan seperti itu
" pilihan saya selalunya yang terbaik. Jadi, Zafran Mikail. Buktikan yang awaklah yang paling terbaik dalam hidup saya".
" bukan sebelum ni saya dah buktikan dah yang saya ni memang yang terbaik? kata Zafran sambil sengih
" bila masanya?". Aku tersengih sambil melihat Zafran. Zafran meletakkan tangannya di pinggangku sambil usap perlahan-lahan.
" tak ingat ke waktu saya buat awak merengek-rengek atas katil? Saya...terbaik atas katil, kan?"sindir Zafran dengan manja.
"Gatal". Aku ketawa sambil mencuit perut Zafran. Zafran tersengih sambil melihat sahaja diriku.
YOU ARE READING
Hanya Satu : Aku & Kamu
Fanfiction[ Musim Pertama ] Takdir telah menemukan dua insan yang berbeza. Hadi Iman yang tersepit dalam kehidupan telah dipertemukan dengan Zafran Mikael yang hidup dengan penuh kemewahan. "Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat...