Episod 4

4.9K 75 3
                                    

Sudah seminggu aku menetap di apartment yang disewa oleh Zack dan Joe. Walaupun tempat itu sekadar disewa, aku tetap bersyukur kerana mereka berdua sanggup mempelawa aku untuk menetap di situ buat seketika waktu. Aku kini sudah memiliki pekerjaan. Aku bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah kelab malam yang bernama "Gemini Club".

Tugas aku adalah untuk memastikan kelab malam itu sentiasa bersih sebelum dibuka dan selepas dibuka. Sejujurnya, aku agak terkejut dengan budaya warga kota yang berkunjung ke kelab malam untuk berhibur sehingga lewat pagi. Lebih mengejutkan, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan begitu mudah berlaku di kelab ini. Tetapi, siapalah aku untuk menilai kehidupan orang? Itu hak mereka. Aku tak perlu mengambil tugas untuk menilai kehidupan orang lain. Biarlah mereka hidup dengan cara yang mereka ingini.

Pekerjaan aku mudah sahaja. Aku akan masuk bekerja pada jam 8pm dan membersihkan seluruh kelab malam sebelum dibuka pada jam 10pm. Aku bertanggungjawab untuk mengemop lantai dan mengelap puluhan meja pelanggan. Pada jam 3am, aku akan mula membersihkan kelab malam setelah pelanggan mulai pulang dan meninggalkan kelab. Kira-kira, jam 5am aku akan pulang ke apartment dan barulah boleh untuk berehat.

Selama seminggu berada di sini, aku tidak pernah berjumpa dengan owner kelab ini. Aku masuk bekerja di Gemini melalui kenalan Joe dan Zack iaitu Encik Radzi. Encik Radzi merupakan ketua staf di kelab malam itu. Dia banyak menolong aku ketika aku mula bekerja di sini. Menurut Encik Radzi, beliau merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan kelab itu dengan baik. Menurutnya lagi, pemilik kelab itu jarang datang berkunjung ke Gemini Club kerana terdapat banyak kelab lain yang perlu dipantau di bawah pengawasannya.

Sewaktu membersihkan kelab pada jam 9:15pm, aku berbual seketika bersama dengan salah seorang rakan sekerjaku iaitu Haris. Haris sudah bekerja di Gemini Club selama 4 tahun. Dia merupakan antara staf yang banyak membantu aku untuk melakukan kerja. Aku anggap dia umpama seorang"abang" di Gemini Club. Ketika itu, aku sedang mengemop lantai bersama Haris.

"Haris, aku nak tanya sikit. Siapa owner Gemini Club ni? "

" Owner...Gemini Club? Encik Radzi tak bagitahu kau ke?"

" tak pun. Dia cuma cakap yang owner Gemini Club ni busy memanjang. Dia busy sebab dia kena handle banyak club-club malam yang lain. Itu je laa yang aku tahu"

" okay. Aku cerita sambil buat kerja. Owner club ni ialah..."

Belum sempat Haris menceritakan mengenai pemilik Gemini Club, nama kami berdua diseru oleh Encik Radzi dari ruangan pejabat. Kami berhenti mengemop lantai lalu melihat antara satu sama lain. Lalu, kami segera berjalan menuju ke pejabat Encik Radzi.

Setelah sampai di pejabat Encik Radzi, kami berdua masuk ke dalam bilik berhawa dingin itu. Kelihatan Encik Radzi sedang membalas whatapps menerusi telefonnya.

" malam ni, big boss nak turun. Bahagian depan club dah settle ke, Haris?

" kami tengah bersihkan lagi Encik Radzi. Lagi sikit je dah nak settle"

" Bahagian bar jangan lupa bersihkan juga.  Kang big boss buat spotcheck mengejut kat situ, habis kita"

" boleh Encik Radzi. Kejap lagi saya dan Iman akan settlekan bahagian bar."

"Make sure you guys don't fuck up with that bar. Don't break any alcohol or beverages , ya?"

Kami berdua menganggukan kepala tanda setuju. Lalu kami segera beredar keluar dari pejabat Encik Radzi. Aku melihat ke arah Haris

"Siapa...big boss tu? Polis nak serbu club kita ke?"

" big boss tu bukan polislah. Big boss tu Encik Zafran lah, owner Gemini Club"

"Encik Zafran laa yang jadi owner club ni?"

"Yup, and you gonna meet him tonight. Tapi, aku just nak remind kau tentang dia. Kau kena hati-hati sikit dengan dia"

"Hati-hati? Asal? Dia garang ke?"

"Hahaha. Garang tu biasalah. Boss mana yang tak garang, right?"

"Habis tu? Asal nak kena hati-hati pulak dengan dia? Dia...jahat ke?"

"Aku cerita kat sini, habis kat sini eh? Satu club ni tahu, yang Encik Zafran tu..."

"Encik Zafran tu ...?"

"Bisexual"

Aku tergamam seketika. Aku melihat ke arah Haris. Wajah lelaki kacukan cina itu kelihatan serius. Pada awalnya, aku merasakan bahawa kata-kata Haris hanyalah sekadar gurauan. Tetapi nada Haris kedengaran serius.

" bisexual tu...maksudnya suka lelaki and suka perempuan kan?"

"Haa pandai pun. Aku ingatkan kau tak tahu"

"Tapi...macam mana kau tahu dia bisexual? Kau...ada bukti ke?"

" hahahah. Kalau kau nak tahu, setiap kali Encik Zafran tu turun kelab, dia bukan turun saja-saja. Tapi dia turun sebab nak cari "lubuk"

"Lubuk..? Lubuk apanya kau ni?"

"Dia nak cari orang yang boleh puaskan nafsu dia. Ada satu kali tu, dia bawak balik seorang customer lelaki ke rumah dia. Ada jugak time, dia bawak balik customer perempuan ke rumah dia"

" alaa, balik rumah je pun. Tak bermaksud apa-apa lah kalau balik rumah"

" kalau kau nak tahu. Encik Zafran pernah je bawak salah seorang staf lelaki dari Gemini ke rumah dia. And guess what happen? They had sex"

"Sex??. Sumpahlah...Takkanlah weh"

Aku terdiam. Kini, aku menjadi lebih takut dengan big boss itu. Dia menelan air liurnya perlahan-lahan.

Hanya Satu : Aku & KamuWhere stories live. Discover now