Episod 18

4.3K 57 2
                                    

Beberapa hari kemudian, aku kembali bertugas di Gemini. Tubuhku lebih sihat. Lebam di tanganku juga sudah hilang. Mungkin sebab aku dijaga dan dirawat oleh Zafran yang penyayang. Aku datang bekerja seperti biasa dengan penuh semangat.

" macam mana dengan dahi kau? Okay dah?" soal Haris saat berbual dengan aku di bahagian bar bersama Aaron. Aku tersengih sambil menunjukkan luka yang sudah kering di bahagian atas dahiku.

" dah okay dah. Luka dah kering." jelas aku dengan tenang. Aku duduk di kerusi bar sambil memerhatikan Aaron yang sedang menyediakan bahan-bahan minuman cocktail untuk pelanggan pada malam itu.

" tangan you? Lebam lagi tak Iman?" soal Aaron pula.

" dah okay dah. Lebam pun dah hilang. Ni semua sebab Encik Za..." alamak ! Aku hampir terlepas cakap yang aku dirawat oleh Zafran.

"Encik Zafran? Asal dengan Encik Zafran? Dia buat apa?"soal Haris.

"Encik Zafran...dia..." aku buntu ! Sial ! Apa aku nak jawab ni?

"Dia apa, Iman?" soal Aaron pula. Haris dan Aaron bertanyakan soalan seolah-olah aku seorang penjenayah.

" ye laa. Dia laa yang bawakan aku pergi klinik. Kalau dia tak bawak, mesti aku sakit lagi hari ni. Silap-silap, tak datang kerja" jelas aku. Aku berasa lega kerana ideaku sampai di waktu-waktu akhir.

"Ouhh patutlah. By the way, kau nak tahu tak...ada gosip terbaru ni"

"Gosip? Gosip apa pulak, Haris?"

"Gosip pasal Gemini lah. Katanya, Gemini dah nak kena tutup"

"Huh?! Kena tutup? Asal pulak? Kelab kita ni bukan tiap-tiap malam penuh dengan pelanggan? Asal nak kena tutup pulak?"

"Entahlah. Apa yang aku dengar. Encik Zafran kena tutup kelab ni atas arahan ayah dia. Ayah dia cakap, kalau dia tak tutup Gemini, dia tak akan dapat satu sen pun harta ayah dia walaupun dia anak sulung"

" ayah dia yang suruh dia tutup Gemini pulak? Asal pulak? Bukan Gemini ni, Encik Zafran punya? Kenapa ayah dia nak kena masuk campur urusan Gemini?"

" tah lah. Itu yang ramai orang risau. Aku dengar, ada ramai staf yang dah nak berhenti. Diorang siap cari kerja-kerja lain dah untuk siap sedia kalau Gemini kena tutup nanti"

Aku termenung seketika. Entah mengapa aku berasa kasihan dengan Zafran. Aku tidak sanggup untuk melihat dia diperlakukan seperti itu. Lagi satu, sekiranya Gemini ditutup, aku terpaksa untuk mencari pekerjaan yang lain. Geminilah tempat kerja aku yang pertama dan aku sangat sayang dengan tempat ini.

" you, dah mula survey kerja ke Aaron?"tanya Haris kepada Aaron.

"Selagi tak ada official announcement, i tak akan berhenti. I will assume that i'm still a bartander here. Lagipun, benda pun belum confirm lagi." jawab Aaron.

"Kau dah cari ke Haris?" soal aku kepada Haris.

"Aku? Hurm. Belum lagi. Lagipun benda tak confirm lagi kan? Kita tunggu je la"

"Aku harap sangat yang khabar angin tu tak betul. Gemini ni penting untuk kita tau. Kat sini, kita cari duit untuk sara hidup kita."

"Betul tu. Aku harap sangat yang benda tu tak betul"

Saat kami bertiga berbual, kelihatan Zafran dan Encik Radzi tiba di Gemini. Mereka berdua kelihatan sibuk seolah-olah membincangkan perkara yang mustahak. Zafran kelihatan rungsing manakala Encik Radzi pula membawa beberapa buah dokumen sambil berjalan bersama dengan Zafran.

Aku melihat Zafran dari jauh. Dia tidak menegurku langsung. Aku dapat rasakan yang dia sedang pening. Hatiku mula menjadi berat dan tidak tenang. Aku tidak mahu Gemini ditutup. Kalau Gemini ditutup, aku tidak akan dapat untuk berjumpa dengan Zafran lagi. Cinta yang kami harapkan akan terkubur bersama Gemini.

"Haish...dari gaya Encik Radzi dengan Encik Zafran tadi. Nampaknya, khabar angin tu macam betul je" jelas Haris.

" janganlah cakap macam tu. Kita fikir baik-baik sudahlah. Lagipun tak de pengumuman lagi". Aku cuba untuk bersangka baik. Aku percaya yang Zafran akan berusaha untuk mengekalkan Gemini. Dia bukanlah lelaki yang mudah menyerah kalah.

Keesokan harinya, sewaktu berada di rumah. Aku tak henti-henti memegang telefonku. Aku ingat chat bersama dengan Zafran untuk bertanyakan mengenai khabar angin yang tersebar mengenai penutupan Gemini. Namun, aku tidak berani untuk berbuat begitu. Sebaliknya, aku mengambil keputusan untuk memberikan kepada Zafran untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Aku berbaring di atas katil. Aku terfikir tentang bagaimana aku boleh membantu Zafran. Aku tahu yang aku tidak boleh untuk membantu dirinya secara langsung kerana aku masih lagi budak mentah yang tidak tahu apa-apa mengenai dunia perniagaan. Aku bingkas bangun dari katilku lalu berjalan menuju ke ruang tamu. Aku melihat ke arah laptop Zack yang berada di atas meja. Aku mendapat idea.

" Zack. Aku nak buat pinjam laptop kau boleh? Aku nak buat kerja sikit?" soal aku kepada Zack yang sedang menonton tv di ruang tamu.

"Haa, pinjamlah. Pasang charger"

" tapi Zack. Aku tak pernah guna laptop. Kau ajar aku boleh tak?" aku melihat ke arah Zack. Zack memperlahankan suara televisyen dengan remote tv.  Dia bingkas bangun dan berjalan ke arahku.

" boleh je. Aku pun dulu tak reti guna laptop. Nak kata pandai tu, tak laa juga. Tapi bolehlah. Meh sini, aku ajar". Pada petang itu, kami berdua menghabiskan masa bersama-sama. Zack mengajarkan aku untuk menggunakan semua aplikasi dalam laptop seperti microsoft word, canva dan pelbagai lagi.

Jam menunjukkan tepat pukul 6:45pm. Aku berhenti belajar kerana perlu bersiap sedia untuk bekerja di Gemini. Aku sudah mempunyai perancangan untuk membantu Zafran. Sekurang-kurangnya, inilah sahaja bantuan yang boleh aku lakukan untuk membantu orang yang aku sudah sayang iaitu Zafran Mikaeil. Aku tak akan biarkan dia berada dalam kesusahan seorang diri.

Hanya Satu : Aku & KamuWhere stories live. Discover now