Episod 11

4.2K 69 3
                                    

Pada satu malam, aku berjumpa dengan Encik Radzi di dalam pejabatnya. Aku mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan Encik Radzi sedang sibuk melakukan kerjanya.

"Encik Radzi, maaf menganggu"

"Haa, Iman. Masuklah. Ada apa?"

"Sebenarnya, saya nak minta tolong sikit daripada Encik Radzi kalau tak keberatan"

"Nak mintak tolong apa, Iman?"

"Saya...bercadang yang saya nak bercuti selama beberapa hari. Dah 4 bulan saya tak balik kampung, jenguk mak saya"

" nak cuti?"

"Iya, cadangnya macam tulah"

Encik Radzi melihat ke arah diriku. Dia kemudiannya membuka laci mejanya di bahagian kiri. Lalu, mencari sesuatu. Dia mencapai sehelai borang lalu diletakkan di atas meja. Kemudian, dia memberikan pen berwarna hitam.

"Duduklah. Terjegat apa lagi kat situ? Ni, isi borang cuti ni. Staf kat sini semua kena isi borang ni kalau ada permohonan cuti"

"Ouh. Terima kasih Encik Radzi"

"Borang ni saya akan hantar kepada Encik Zafran. Kalau dia setuju dan sahkan permohonan awak, maknanya awak boleh bercuti. Kalau tidak, terpaksa tunda ke tarikh lain"

Aku hanya anggukan kepala sambil tersenyum. Lalu segera mencapai pen hitam dan mengisi maklumat di dalam borang yang disediakan.

"Kebiasannya, dalam berapa hari permohonan akan diproses, Encik Radzi"

"Around 2-3 days mcm tu. Kenapa? Awak nak balik ni urgent ke?"

"Eh tak urgent pun. Saya saje je tanye"

Saat aku mengisi borang itu, aku teringat perbualan antara aku dan ibuku tempoh hari.

"Iman, ibu...tak tahulah nak cakap macam mana. Semalam, orang datang nak kutip duit. Tapi, ibu tak ada duit. Ibu cakap nanti ibu bayar"

" orang tu...ada cakap bila dia nak datang balik?"

" ada. Hujung minggu ni. Iman, ibu takut. Ibu tak ada duit langsung untuk bayar hutang tu. Lagi satu, orang kutip hutang tu cakap, hujung minggu ni boss besar akan turun"

"Huh...boss besar nak turun? Takkanlah"

" ibu pun buntu dah sekarang. kalau terpaksa sangat, ibu cadang nak pinjam duit dari Mak Lang. Kalau Mak Lang tak ada duit, nanti pandai-pandai ibulah cari duit"

" eh ibu, jangan. Jangan mintak duit dekat Mak Lang. Macam ni, dalam minggu ni, Iman akan balik kampung. Soal duit tu, Iman akan usahakan dulu"

" orang kutip hutang tu cakap...mereka nak kita bayar RM3500. Iman ada ke duit sebanyak tu?"

"Ba...banyaknya ibu. Tak pe, ibu jangan risau. Iman akan cuba cari juga duit"

Aku menghela nafas selepas mengingkati semula perbualan dengan ibuku. Duit tiket bas untuk pulang ke kampung sudah aku sediakan awal-awal. Cumanya sekarang, aku berasa buntu kerana aku harus mencari duit sebanyak RM3500. Bagaimana aku boleh cari duit sebanyak itu dalam tempoh yang sangat singkat?

Sewaktu keluar dari pejabat Encik Radzi, aku ternampak Zafran memasuki Gemini Club. Dia berjalan menuju ke pejabatnya seorang diri sambil memerhatikan kelab.

Aku terus mendapat akal. Aku ingin meminjam duit daripada majikan aku. Aku segera berlari menuju ke arah Zafran.

"Encik Zafran, maaf ganggu. Saya ada hal penting untuk dibincangkan dengan Encik ". Zafran tidak berkata apa-apa. Dia berdiri sambil melihat ke arah ku. Dia memerhatikan sahaja wajahku selama beberapa saat. Lalu tangannya memulas tombol pintu pejabat.

"Masuk". Aku pun mengekori Zafran masuk ke dalam pejabatnya. Saat masuk ke dalam pejabat, Zafran membuka lampu dan aircond di dalam pejabatnya.

Dia berjalan menuju ke mejanya. Lalu dia duduk di hujung meja sambil memeluk tubuhnya. Dia memerhatikan aku yang berada betul-betul di hadapannya.

" ada apa?"

"Encik Zafran. Saya nak mintak tolong sikit. Sebenarnya saya ada buat permohonan cuti. Saya nak balik ke kampung untuk beberapa hari. "

"And then?"

"Sa..saya...kalau boleh nak pinjam duit dari Encik Zafran"

" Untuk apa?"

"Untuk kegunaan keluarga". Aku terpaksa rahsiakan kebenaran sebenar.

"Berapa banyak nak pinjam?". Zafran memerhatikan sahaja ke arah aku dengan renungan yang serius. Dia tidak henti-henti melihat riak wajahku.

"RM3,500". Zafran terdiam. Dia menoleh ke kiri sambil termenung seketika. Hatiku berdebar-debar kerana aku takut permintaan aku tidak akan ditunaikan kerana terlalu banyak. Aku cuba untuk memujuk Zafran.

"Kalau ..Encik Zafran nak potong gaji saya 3 bulan pun tak pe. Asalkan saya boleh pinjam RM3,500 tu sebelum saya balik nanti"

"Ada aku cakap tak boleh pinjam?". Aku terdiam lagi. Zafran bingkas berdiri. Dia terus menuju ke ruangan peti besi yang terletak berhampiran dengan meja kerjanya. Dia membuka ruangan peti besi setelah memasukkan "password".

Kelihatan terdapat banyak timbunan duit yang diikat rapi di dalam peti besi itu. Zafran mengeluarkan beberapa ikatan duit lalu diletakkan di atas meja kerjanya. Dia menutup kembali pintu peti besi. Lalu duduk di atas kerusi.

Zafran membuka ikatan duit dan mengira not RM100 sehelai demi sehelai. Selepas beberapa minit, dia memberikan duit itu kepada diriku. Aku tergamam. Aku tidak sangka yang aku akan dapat RM3,500 dalam masa yang singkat.

"Te...terima kasih Encik Zafran. Saya janji, saya akan bayar balik duit Encik Zafran setiap kali saya dapat gaji"

"Well, aku tak nak kau bayar secara cash."

" apa maksud Encik Zafran?"

" aku nak...kau bayar hutang kau dengan cara yang lain"

"Cara..yang lain?". Aku menelan air liurku. Tangan kananku masih memegang duit yang dipinjamkan oleh Zafran.

" caranya mudah. Setiap kali hujung minggu, kau tak perlu datang bekerja dekat Gemini. Sebaliknya, kau kena datang "bekerja" di apartment aku"

"Okay...kerjanya apa?". Zafran menghampiriku. Lalu dia memeluk pinggangku sambil wajahnya memerhatikan diriku. Tangannya yang besar itu menarik tubuhku untuk rapat dengan tubuhnya yang sedap itu.

" puaskan aku...macam yang pernah kita buat dulu". Aku tergamam. Aku melihat ke arah Zafran.

"Huh.puaskan Encik? Sa...sampai bila Encik Zafran?"

"3 months"

"Ta...tapi takkanlah setiap kali hujung minggu Encik Zafran?". Zafran kelihatan bengang apabila mendengar jawapan daripadaku.

" kau ni, banyak songeh. macam nilah. Kita buat perjanjian. Kau tak payah bayar duit rm3500 dekat aku. Tapi, ada syarat. Syaratnya, kau kena puaskan aku sepanjang kau bekerja dekat sini. " aku tergamam buat kali kedua.

" kalau saya terima. Maksudnya, memang tak...perlu bayar. Langsung tak perlu?"

"Ye. Sebenarnya, Aku tahu...kau perlukan duit. Jadi, kalau kau setuju dengan perjanjian ni, aku akan bagi duit lebih dekat kau. Kalau kau perlukan duit anytime, aku akan bagi. Asalkan, kau setuju"

Aku tidak berfikir panjang kerana inilah peluang yang jarang diberikan kepada diriku. Mungkin kehadiran Zafran yang kaya dapat untuk meringankan penderitaan yang dialami aku dan keluargaku. Demi keluargaku, aku sanggup lakukan apa sahaja.

" so, apa jawapan kau?"

"Saya setuju"

Hanya Satu : Aku & KamuWhere stories live. Discover now