Beberapa hari kemudian, seperti yang dijanjikan. Aku dan Zafran telah berkunjung ke kampung halamanku di Kuantan. Kami berdua menempuh perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur ke Pahang untuk "honeymoon" bersama-sama. Tepat pada jam 4;44pm, kami berdua sampai di halaman rumahku.
Kelihatan ibuku sedang berada di pangkin seorang diri. Dia sedang duduk di atas pangkin. Saat kami tiba, ibuku dan adikku, Laila segera menyambut kehadiran kami berdua. Aku memeluk ibuku dengan erat untuk melepaskan kerinduan. Zafran pula hanya memerhatikan sahaja gelagat kami dua beranak.
"Ibu...nilah kawan Iman yang Iman cakap haritu. Dia..nak tumpang duduk dekat rumah kita sambil bercuti dekat Kuantan". Aku tidak berani untuk memberitahu tentang hubungan sulit kami berdua kepada ibuku. Kalau ibuku tahu, pasti dia akan melarang hubungan terlarang kami ini. Ibuku melihat ke arah Zafran.
"Laaa, Encik Zafran rupanya? Ingatkan siapalah tadi. Sejak bila....Encik Zafran berkawan dengan Iman?" Ibuku terperanjat saat melihat Zafran berada di situ. Sebelum ini, dia hanya mengenali Zafran sebagai anak kepada pengutip hutang. Namun kini, Zafran hadir sebagai tetamu di rumahnya.
"Makcik. Apa khabar?" Zafran bersalaman terlebih dahulu dengan ibuku. Lalu dia melihat ke arah diriku. Zafran seperti tidak tahu untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh ibuku. Aku terus membantu Zafran untuk menjawab.
"Dah lama dah ibu. Sejak Zafran langsaikan hutang arwah ayah, kami terus berkawan rapat. Dekat KL, Zafran ni...boss Iman" jelas diriku.
"Maksudnya...Iman bekerja dengan Zafran laa ye? Ah, baguslah tu". Ibuku tersenyum manis. Aku melihat ke arah Zafran dan tersengih kecil.
"Haa, budak kecil ni? Dah tak kenal abang sendiri dah? Salam cepat" . Aku menegur Laila yang berada di sebelah ibuku. Dia segera menghampiri diriku dan bersalaman. Dia mencium tanganku. Laila merupakan seorang kanak-kanak yang sangat pemalu. Dia merupakan seorang yang pendiam.
"Tak nak salam dengan uncle Zaf ke?" tegur Zafran pula. Zafran menundukkan dirinya supaya separas dengan Laila.Laila melihat ke arah Zafran. Dia menghampiri Zafran perlahan-lahan sambil memeluk anak patungnya. Lalu, bersalaman dengan Zafran. Aku tidak tahu mengapa. Aku berasa cair melihat Zafran melayan adikku. Entah mengapa dia kelihatan sangat "jantan" ketika melayan adikku.
Pada petang itu, kami berdua segera membawa masuk beg-beg ke dalam bilikku. Kami berdua mengemas barang-barang lalu terus berehat. Saat aku sedang memunggah pakaian daripada beg, Zafran berbaring di atas katil.
"Awak, sorrylah. Saya nak tanya. Adik awak tu...dia memang pendiam ke?"
"Haah, Laila memang pendiam sikit. Dia malu dengan orang-orang yang dia tak kenal"
"Ouh, patutlah. Saya ingatkan dia tak suka saya"
"Eh, ke situ pula. Dia memang pendiam. Tak banyak cakap. Dia hanya akan bercakap bila perlu je. Nanti, awak ajaklah dia jalan-jalan dekat kampung ni. Mesti nanti dia akan rapat dengan awak"
" ye laa. Nanti kita bawak Laila jalan sama-sama eh?" jawab Zafran. Zafran berbaring di atas katil akibat keletihan. Dia memejamkan matanya sambil meletakkan sebelah tangannya di wajahnya.
Aku melihat ke arah Zafran yang sedang berbaring. Dia memakai tshirt polo berwarna putih dan berseluar jean hitam. Aku mendekati Zafran.
"Awak letih ke? Kalau letih, rehat laa ye. Kejap lagi saya kejutkan". Zafran tidak membalas apa-apa. Dia terus menarik tubuh badanku untuk berbaring di sebelahnya.
" ahh.sedapnya dapat bantal peluk". Zafran teeus memelukku dengan erat. Dia mencium pipiku berkali-kali seperti seorang lelaki yang geram. Aku hanya ketawa kecil kerana berasa geli akibat dicium.
"Awak, dah laa ! Geli"
"Ahh, kesah pulak. Saya nak cium jugak awak." Zafran mencium sambil mengeletek perutku. Aku ketawa kecil dan bergelut untuk melepaskan diri. Kami berdua masing-masing bergelut di atas katil. Sehingga akhirnya, terjatuh dari atas katil.
KEDEBUM !
Zafran dan diriku kini berada di atas lantai. Aku berada betul-betul di atas tubuh badan Zafran. Aku memukul dada Zafran dengan manja.
"Itulah, ganas sangat ! Kan dah jatuh, aduh.."
" elehh, awak suka kan sebenarnya? Jatuh atas badan saya?"
" kalau suka pun, tak salah kan. Body awak, body saya jugak"
"Lah. Ada saya cakap salah? Tak de pun kan?" Zafran meraba bontotku sambil berbual.
"Eh, gatalnya pakwe aku ni. Janganlah...saya penat ni. Dah laa kena cium kaw-kaw tadi. Pastu geletek sampai jatuh katil"
"Suka hati sayalah. Awak yang cakap tadi. Body saya, body awak juga kan? Jadi, saya pun ada hak milik atas awak jugaklah"
"Mengadelah mamat ni" aku tersengih kecil. Namun, kedengaran suara ibuku yang memanggil dari dapur. Ibuku memanggil namaku berulang-ulang kali.
" awak, lepas kejap. Ibu panggil saya tu"
"Tak nak. Saya nak peluk isteri saya ni"
"Awak...lepaslah". Aku cuba mengalihkan tangan Zafran yang memeluk pinggangku dengan erat.
"Boleh. Tapi kena bagi hadiah dulu. Hadiahnya ialah kiss bibir saya dulu. Dah kiss, baru saya lepas"
"Eh mengada lah". Aku melihat ke arah pintu kerana takut jika ibuku datang. Namun, Zafran enggan melepaskan tubuh badanku. Aku tahu yang Zafran tidak akan melepaskan diriku selagi aku tidak menuruti permintaannya.
Aku terus mencium bibir Zafran tetapi sekejap sahaja. Zafran tersengih apabila dia dicium. Dia terus melepaskan diriku dan berdiri semula. Aku segera beredar menuju ke dapur.
" haish. Comel betullah kau, Hadi Iman. Macam manalah aku tak jatuh cinta dengan kau?"kata Zafran.
YOU ARE READING
Hanya Satu : Aku & Kamu
Fanfiction[ Musim Pertama ] Takdir telah menemukan dua insan yang berbeza. Hadi Iman yang tersepit dalam kehidupan telah dipertemukan dengan Zafran Mikael yang hidup dengan penuh kemewahan. "Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat...