Episod 19

3.6K 60 9
                                    

Beberapa hari kemudian, aku berkunjung ke pejabat Zafran di Gemini. Aku datang dengan membawa sebuah proposal mengenai cadangan idea untuk menyelamatkan Gemini daripada ditutup. Aku mengetuk pintu pejabat Zafran beberapa kali dan kemudiannya melangkah masuk.

Kelihatan Zafran sedang sibuk membuat kerja di hadapan laptopnya. Dia memakai kaca mata. Itu kali pertama aku melihat dia berkaca mata. Terdapat beberapa dokumen yang terletak di atas meja Zafran. Dia menanggalkan cermin matanya saat aku masuk.

" ye Iman? Ada apa nak jumpa?"

"Maaf menganggu Encik Zafran. Saya ada perkara mustahak yang saya nak bagi kepada Encik Zafran". Aku memegang proposal yang aku sediakan untuk diserahkan kepada Zafran.

" apa yang mustahaknya? Nak balik kampung lagi ke?"

"Eh bukan, bukan. Perkara mustahak ni melibatkan masa depan Encik Zafran di Gemini. Saya nak serahkan...ini". Aku pun menyerahkan proposal cadangan idea untuk mengelakkan Gemini ditutup. Dalam proposal tersebut, aku mencadangkan mengenai promosi yang boleh dilakukan untuk menarik lebih ramai pelanggan ke Gemini. Aku juga turut mencadangkan mengenai minuman-minuman baharu yang boleh diperkenalkan di bar Gemini selepas berunding dengan Aaron.

" proposal cadangan idea?" soal Zafran. Dia menyandarkan dirinya ke kerusi. Lalu dia membaca sehelai demi sehelai. Dia tersengih kecil melihat cadanganku.

"Ye Encik Zafran. Cadangan ni adalah untuk elakkan Gemini ditutup. Saya dan rakan-rakan staf yang bekerja di sini tak nak Gemini ditutup. Kami selesa bekerja dekat sini. Di sini, kami dapat cari rezeki kami". Zafran tidak membalas apa-apa. Dia hanya fokus membaca.

" aku...ada suruh kau buat ke proposal ni? tanya Zafran.

" tak...tak ada pun Encik Zafran"

"So, you make this proposal by yourself?

"Ye Encik Zafran. Saya tahu, saya tak berpelajaran tinggi macam Encik Zafran dan Encik Radzi. Tapi, ini je cara yang saya boleh bantu untuk pastikan Gemini tidak ditutup"

Zafran menutup proposal yang aku sediakan. Dia memandang ke arah diriku dengan serius. Dia meletakkan proposal itu di atas meja.

" kalau Gemini tutup, kami semua akan susah. Kami nak kena cari kerja baru. Sedangkan, kami dah selesa kerja dekat sini" jelas diriku lagi.

" kenapa kau buat semua ni, Iman? Apa tujuan sebenar kau?" Aku melihat sahaja ke arah Zafran. Entah mengapa mataku berair. Aku sejujurnya tidak mahu berpisah dengan Zafran. Kalau Gemini ditutup, aku akan diberhentikan dan tidak dapat untuk berjumpa dengan lelaki yang aku cintai iaitu Zafran.

" tujuan sebenar saya nak selamatkan Gemini ialah...sebab saya tak nak berpisah dengan Encik Zafran. Kalau Gemini tutup, saya tak akan dapat layanan mesra dari Encik Zafran dah". Aku menundukkan kepala dan memandang lantai.

Zafran segera berdiri. Dia mendekati diriku. Dia memegang daguku dan menghalakan wajahku ke hadapan untuk melihat dirinya. Zafran mengeluh seketika.

" kau mesti terdengar pasal penutupan Gemini ni dari kawan-kawan kau kan?"

"Ye Encik Zafran"

"Kau risau tak dapat bekerja dengan aku dah lepas ni kalau Gemini tutup?" Aku angguk. Mataku yang berair mula menitiskan air mata ke pipi. Manakan tidak, aku baharu sahaja mahu merasai nikmat cinta. Tetapi, perkara ini pula yang muncul secara tiba-tiba.

Zafran mengelap air mata yang mengalir di pipiku dengan jari jemarinya. Dia tersengih kecil.

"Hey, jangan nangislah." pujuk Zafran. Aku terus memeluk Zafran dan menangis di dada Zafran. Zafran membalas pelukanku. Dia mengusap perlahan-lahan belakang badanku.

" okay, aku cerita perkara sebenar. Tapi, dengan syarat. Kau berhenti menangis. Kalau kau berhenti menangis, aku akan explain perkara yang betul". Aku melepaskan pelukan. Aku terus mengelap air mataku dan berhenti menangis.

" goodboy". Zafran menenangkan diriku terlebih dahulu. Dia memegang kedua-dua belah bahuku dengan tangannya. Lalu dia usap perlahan-lahan sehingga aku berasa tenang.

" hurm. Apa yang kau dengar tu, memang betul. Gemini akan ditutup. Ayah aku arahkan supaya Gemini ditutup. Itu muktamad, tak boleh dipinda. Faham?"

"Tapi, Geminikan milik Encik Zafran? Kenapa ayah Encik Zafran ada kuasa untuk tutup Gemini? Sepatutnya, dia tak ada kuasa untuk campur tangan dalam perniagaan Encik Zafran"

"Iman...dengarlah dulu my explaination. Boleh?". Aku mengeluh lalu memganggukan kepalaku.

"Ayah aku ialah pemodal utama Gemini. Sejak awal Gemini dibuka, dialah yang bantu aku untuk kembangkan Gemini sampailah ke hari ni. Aku bergantung modal daripada ayah aku sendiri. Jadi, kau mesti faham kan keadaan aku?"

"Tapi perlu ke sampai tutup terus? Dia tak fikir ke tentang staf-staf yang kerja dekat sini? Dan atas alasan apa nak kena tutup Gemini?•

" ye, memang Gemini akan ditutup. Tapi bukanlah selamanya. Tapi buat sementara waktu sahaja. Nak tahu sebab apa?"

"Sebab apa?" Aku berasa terkejut.

"Sebab nak buat renovation, sayangku". Zafran tersenyum ke arah diriku. Alangkah malunya diriku di hadapan Zafran. Kalau boleh aku undurkan waktu, aku tak mahu bersangka buruk terhadap Zafran. Malunya aku rasa !

"Saya...mintak maaf Encik Zafran...sebab bersangka buruk dengan Encik Zafran. Sepatutnya, saya tak patut percaya khabar angin yang tak betul" jelas diriku.

"Iman. Boleh tak kau janji dengan aku satu perkara?"

" janji...janji apa Encik Zafran?"

"Lepas ini, tolong percayakan aku. Jangan pernah...ragu dengan aku. Sebab aku bukanlah lelaki yang easily surrender." Aku memerhatikan sahaja wajah Zafran. Wajahnya kelihatan sangat ikhlas. Aku terus anggukkan kepalaku. Lalu terus mencium bibir Zafran dengan penuh lembut. Tangan Zafran melilit pinggangku sambil tersenyum kecil.

"Sekarang...kau dah lega bila dengar explanation aku?" soal Zafran selepas dicium oleh diriku.

"Lega...dah."

"Good. Itu yang aku nak dengar". Zafran mencium kembali bibirku dengan manja. Kami berdua hanyut dalam asmara cinta. Tiada sesiapa yang boleh menghalang kami.

Hanya Satu : Aku & KamuWhere stories live. Discover now