Selepas habis makan malam, aku dan Zafran duduk berdua di pangkin yang terletak di luar rumah. Suasana pada malam itu sangatlah nyaman dan langit kelihatan terang diterangi bintang-bintang. Ibu datang membawa minuman panas kepada kami berdua di pangkin.
"Eh, makcik. Susah susah pulak. Tadi dah masak makan malam, ni buatkan air pulak." Kata Zafran ke arah ibuku.
"Tak pe Zafran. Air teh panas je pun. Bukannya susah sangat" balas ibuku. Dia meletakkan dulang di atas pangkin lalu memberikan air panas yang dituangkan di dalam cawan kepada kami berdua.
"Zafran...asal mana? Asal Pahang jugak ke?"
"Ouhh. Saya ...makcik. Saya ni...orang KL. Dari kecil sampai besar, memang hidup dekat bandar. Kampung pun tak ada sebab semua ahli keluarga memang stay dekat bandar"
"Haa, tak pe. Anggap je ni, kampung kamu. Lagipun, makcik suka kalau kamu duduk sini. Ye laa, kamu kan dah banyak tolong kami sekeluarga. Hutang arwah suami makcik pun...kamu yang bayarkan dengan duit kamu"
"Tak pe makcik. Saya tolong mana yang saya mampu je." Zafran tersenyum. Aku memerhatikan sahaja Zafran yang berbual bersama dengan ibuku. Ternyata kekasihku ini memang seorang yang peramah rupanya. Di sebalik perwatakannya yang dingin, rupanya dia sangat menyantuni orang tua.
"Kalaulah makcik ni ada anak perempuan...memang makcik dah kenalkan dengan Zafran dah. Dah laa kaya, handsome pulak tu" kata ibuku. Aku terus menyampuk.
"Ibu ni...ke situ pulak."
"Eh, betul laa apa yang ibu cakap. Kalau ibu ada anak perempuan, memang ibu dah kenalkan dah dengan Zafran. Bukan sebab dia kaya tapi sebab dia berbudi bahasa. Hormat orang tua. Tertib. Susah nak jumpa lelaki macam ni". Aku terdiam lalu terus meneguk minuman yang panas itu perlahan-lahan.
"Zafran...dah berpunya ke?" soal ibuku. Dia suka bercoloteh dengan Zafran sejak kami pulang ke kampung. Zafran pula hanya melayankan sahaja.
"Dah ada dah makcik. Orang Kuantan jugak."
"Huh? Siapa??"
" Hahaha. Seganlah makcik. Cuba tanya dengan Iman, dia tahulah" jawab Zafran. Dia mencuit bahuku. Aku melihat Zafran sambil membeliakkan mataku.
"Siapa Iman? Ibu kenal ke?" soal ibuku.
"Ma...manalah Iman tahu. Zafran bergurau je tu ibu...jangan dilayankan sangat dia ni" kata diriku. Aku sesekali melihat ke arah Zafran kerana masih terkejut.
"Saya gurau je makcik. Tak ...saya tak berpunya pun. Lagipun, siapalah nak dekat saya ni" kata Zafran dengan pasrah.
Kedengaran suara Laila sedang memanggil ibuku. Ibuku segera bangun dan masuk ke dalam rumah untuk melihat Laila. Aku melihat ke arah Zafran.
"Bahaya tahu tak tadi? Awak nak rahsia kita bocor ke? Lain kali, janganlah gurau macam tu" jelas diriku kepada Zafran.
" Lah...gurau je kan? Takkan tak boleh. Lagipun, rahsia kita still tak pecah kan?" kata Zafran dengan selamber. Dia tersenyum kecil.
"Berdebar gila jantung saya tadi bila awak cakap macam tu. Kalau ibu saya tahu kita bercinta, mati kita tau?"
"Awak, kan kita dah janji? Takkan lah saya nak bagitahu tentang hubungan kita ni dekat family masing-masing. Awak tak yah laa risau. Relax je"
"Hurm..fine.". Aku menenangkan diri dan meneguk air di dalam cawan sehingga habis.
Pada jam 10pm, kami berdua berkunjung ke pantai yang berdekatan dengan kampungku. Kira-kira terletak 15 minit dari kampungku jika menaiki kereta. Setelah sampai, kami melihat masih ada ramai orang yang berada di tepi pantai. Cahaya lampu yang dipasang di pinggir pantai membuatkan ramai yang berkunjung ke pantai itu pada waktu malam.
Kami berdua pun berjalan bersama-sama menuju ke pantai. Zafran menanggalkan seliparnya kerana tidak mahu seliparnya diselaputi pasir-pasir pantai yang sama. Aku pun turut melakukan perkara yang sama.
Setelah itu, kami mencari tempat untuk bersembang. Kami menghampiri sebuah kawasan yang tidak mempunyai ramai orang. Jauh sedikit daripada orang ramai. Kami berdua duduk di tepi pantai.
Angin pantai mula bertiupan dan membawa bau air laut ke daratan. Aku memejamkan mata seketika lalu menarik nafas. Kemudian, aku melepaskan nafas perlahan-lahan.
" tak sangka , best jugak kampung awak malam-malam. Ada pantai, boleh tenangkan fikiran"
"Sebab tu saya lebih suka kampung berbanding bandar. "
"Kenapa awak lebih suka kampung? Bandar...tak best ke? Ada tempat hiburan macam-macam berbanding kat kampung."
"Bandar memang ada banyak tempat hiburan. Tapi, hiburan yang orang-orang bandar dapat tu...menenangkan tak? Karaoke, panggung wayang semua tu memberikan ketenangan ke? Aku melihat ke arah Zafran. Dia sengih kecil lalu terdiam.
"Sebab tulah saya lebih suka kampung. Tenang. Tak memeningkan. Kita boleh tenang dengan persekitaran kita. Tak perlu bazir duit pun untuk berasa tenang"
" patutlah ibu awak cakap awak ni budak bijak. Awak pandai menilai kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara." Zafran mengusap rambutku perlahan-lahan. Aku melihat Zafran.
"Kalau saya ada duit....mesti saya sekarang tengah belajar dekat universiti, kan? Saya tengok ramai kawan-kawan sekolah saya yang sambung belajar. Untung betul diorang". Zafran hanya diam sambil memerhatikan sahaja diriku.
" awak, nak sambung belajar ye?"
"Cadangnya macam tulah. Memandangkan saya dah tak perlu bayar hutang arwah ayah saya, saya nak kumpul duit sikit-sikit untuk sambung belajar."
"Awak dah ada duit?"
"Dah...tapi...sikit je"
Zafran melihat ke arah laut. Dia termenung seketika seperti sedang memikirkan sesuatu.
" kalau...kita berdua sambung belajar nak?"
"Huh? Kita berdua? Awak...bukan dah ada degree dah ke? Lydia cakap...awak dah pernah sambung belajar dekat Australia dulu"
"Yup, waktu saya ambil degree, memang saya pernah belajar dekat Australia dulu. Tapi..."
"Tapi...?"
"Tapi, saya berhenti separuh jalan."
"Saya...tak tahu pun pasal benda ni. Saya ingatkan awak dah habis belajar. Lydia tak cerita pun yang awak berhenti belajar. Dia cuma cerita yang awak sedih sebab .." aku tengok ke arah Zafran.
"Sebab ex-boyfriend saya meninggal akibat kanser" jelas Zafran. Aku terdiam seketika dan berasa bersalah kerana telah mengungkit kembali kisah lama.
" saya...mintak maaf. Saya tak berniat pun nak ungkit kisah lama..."
"It's okaylah awak. Saya pun dah move on dari kisah dulu. Sekarang ni, saya dah ada awak. Awak tak perlu risau. I'm much better now". Zafran memegang bahuku dan usap perlahan-lahan untuk menenangkan diriku. Aku hanya melihat sahaja Zafran.
"So...macam mana? Nak tak sambung belajar dengan saya? Kita...pergi belajar overseas?"
" overseas? Memang tak lah...saya mana ada duit"
"Pasal duit jangan risau. Saya kan ada? Saya kan...sugar daddy?"
"Eh eh, sugar daddy pulak. Tak naklah saya. Nanti orang cakap saya habiskan duit awak pulak"
"Alaa, kalau awak habiskan duit saya pun, tak apa. Kan awak isteri saya?"
"Eh eh, mengadanya. Awak jangan gatal sangat, kang orang dengar...habis kita". Aku melihat ke arah Zafran lalu melihat sekeliling.
"Isteriku...awak still tak jawab soalan saya. Nak ke tak nak belajar dengan saya dekat overseas?"
Aku terdiam seketika. Aku tidak tahu untuk menjawab apa. Terasa buntu seketika fikiranku. Ahh, apa aku nak buat ni?
YOU ARE READING
Hanya Satu : Aku & Kamu
Fanfiction[ Musim Pertama ] Takdir telah menemukan dua insan yang berbeza. Hadi Iman yang tersepit dalam kehidupan telah dipertemukan dengan Zafran Mikael yang hidup dengan penuh kemewahan. "Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat...