Episod 14

4.1K 66 3
                                    

Selepas beberapa hari bercuti di kampung, aku pulang ke Kuala Lumpur. Terasa bersemangat kembali untuk bekerja semula di Gemini Club. Seperti biasa, aku hadir ke club dan menjalankan tugasku seperti kebiasaanya.

Pada malam itu, aku mengangkat kotak-kotak berisi barangan keperluan club. Kotak-kotak besar itu aku bawa masuk ke bilik stor. Setelah masuk, aku punya menyusun kotak-kotak itu satu per satu. Tiba-tiba, aku disapa oleh Haris.

"Haa, baru nampak batang hidung kau. Lama gila kau balik. Bosan tahu tak?" tegur Haris. Dia menyentuh rambutku sambil menyerabaikannya akibat geram. Mungkin dia rindu dengan aku memandangkan aku bercuti agak lama.

"Hahaha. Asal? Kau rindu aku ke Haris?"

"Gila tak rindu? Kau ingat seronok ke kerja sorang-sorang tak de member borak?"

"Eleh, ramai je kan member lain yang ada kat club ni?  Aaron kan ada?"

"Hahaha. Tapi mana nak sama dengan kau. Kau special. Dah macam adik kandung aku sendiri"

"Ceh, adik kandung lah konon"

"By the way, lamanya kau balik Kuantan. Ada urusan penting ke sampai lama sangat cuti?"

"Ada urusan keluarga sikit. Tapi, dah settle dah. Aku seronok sangat"

" urusan keluarga? Pasal harta ke?"

"Ceh, mana ada. Adalah. Aku tak boleh kasi tahu. "

"Ohh, nak berahsia dengan aku dah sekarang. Berlagak eh kau?"

" mana ada aku berlagak. Nanti-nanti, aku ceritalah kat kau. Kita open table, okay?". Aku berbual dengan Haris sambil menyusun kotak-kotak itu satu per satu ke dalam bilik stor. Haris melihat ke arah timbunan kotak yang banyak. Dia pun segera membantu aku untuk menyelesaikan kerja.

Pada jam 10pm, para pelanggan sudah mula ramai hadir ke Gemini. Suasana menjadi riuh dengan irama musik yang bergema. Terdapat pelanggan yang sedang berbual-bual dengan kenalan masing-masing. Ada juga yang sedang menghabiskan masa dengan menikmati minuman di bahagian bar yang dikendalikan oleh Aaron.

Entah mengapa, aku ternanti-nantikan kehadiran Zafran. Kebiasannya dia akan datang pada hujung minggu. Tetapi, entah kenapa aku tidak melihat kelibatnya hari ini. Aku pun mengeluarkan telefon dan membuka whatapps. Aku melihat tidak ada sebarang chat yang dihantar oleh Zafran kepada diriku.

"Maybe, dia busy kot? Sebab tulah dia tak datang" kata hatiku saat melihat telefon. Aku cuba untuk menyedapkan hati sendiri.

Aku pun menyimpan semula telefon ke dalam poket seluar. Lalu segera menuju ke arah bar untuk membantu Aaron apa yang patut. Kebiasaanya, suasana di bar menjadi sibuk setiap kali hujung minggu. Aku membantu Aaron untuk membersihkan cawan-cawan kecil yang digunakan oleh pelanggan.

Aku melihat ke arah Aaron yang sedang menyiapkan minuman yang banyak. Dia menyusun enam gelas kecil alkohol di atas sebuah tray. Lalu, dia memanggil aku untuk membantunya.

"Iman, you tolong hantar drinks ni dekat customer"

"Boleh. Meja yang mana Aaron?"

"Meja yang ada lelaki pakai baju merah". Aaron menundingkan jari ke arah lelaki yang berbaju merah. Lelaki itu sedang bersendirian. Dia hanya duduk di meja itu seorang diri. Aku pun segera mengangkat tray berisi minuman itu dengan penuh cermat.

Selepas itu, aku segera membawa minuman yang banyak itu ke arah meja itu. Aku melihat lelaki itu. Mungkin dia memesan minuman-minuman tersebut untuk rakan-rakannya. Aku cuba bersangka baik.

"Excuse me, Encik. Saya nak hantar minuman". Aku menegur lelaki itu dengan sopan santun. Lelaki itu melihat ke arah aku. Lalu dia mengarahkan aku untuk menyusun minuman-minuman itu di atas meja.

Aku pun segera menyusun minuman-minuman itu di atas meja. Belum sempat aku beredar dari meja itu, lelaki itu meneguk minuman dari setiap gelas satu per satu. Dia terbatuk-batuk saat meneguk minuman alkohol yang kuat rasanya. Aku melihat karenah lelaki itu.

Sesekali, dia kelihatan seperti ingin memuntahkan kembali minuman yang ditelan. Dia seolah-olah memaksa dirinya untuk meminum kesemua minuman itu. Saat lelaki itu mencapai gelas kelima, aku terus menegur lelaki itu.

"Encik...encik, okay tak ni? "

Lelaki itu diam. Dia memegang sahaja gelas itu tanpa berkata apa-apa.

"Saya tengok...Encik macam paksa diri encik minum minuman sebanyak ni."

"Kau diam boleh tak?Jangan nak sibuk sangat hal aku. Suka hati aku lah nak minum berapa banyak sekalipun."

Aku terdiam seketika. Aku mengendahkan sahaja lelaki itu. Niatku cuma ingin membantu. Namun, disalahertikan oleh lelaki itu. Belum sempat aku beredar, lelaki itu berdiri dan melihat sahaja aku.

Dia berdiri dalam keadaan terhuyung hayang. Seolah-olah seperti sudah mabuk. Mungkin alkohol sudah meresap ke dalam minda lelaki itu. Aku memeluk sahaja tray minuman yang berada di samping ku. Entah mengapa aku berasa risau. Seperti sesuatu yang buruk akan berlaku.

" kau...budak baru dekat sini kan?"

" ye Encik....saya badu kerja dekat sini 4 bulan. Ke...kenapa encik?"

"ikut aku kejap"

" ikut Encik? I...ikut pergi mana?"

" tak payah banyak tanyalah. Ikut je laa". Lelaki itu merentap tanganku dan menarik aku pergi. Tanganku berasa sakit akibat direntap secara ganas oleh lelaki tinggi itu. Aku menahan sahaja kesakitan.

Aku cuba melawan. Tetapi, setiap kali aku melawan, cengkaman tangan lelaki mabuk itu menjadi semakin kuat. Kami berjalan dan tiba di hadapan pintu tandas lelaki.

"Encik...lepaskan saya! Sakit tangan saya !"

" kau diam boleh tak? Sebelum aku buat yang lebih teruk, baik kau ikut je aku masuk tandas ni !"

"Saya...tak nak Encik. "

"Eh sial ! Aku tengah sanggap lubang ni ! Baik kau ikut aku, aku nak lubang !"

Aku cuba untuk melarikan diri. Namun, lelaki itu berjaya untuk menangkap aku kembali. Dia memeluk aku dari belakang. Aku cuba untuk menjerit tetapi lelaki itu segera mencekup mulutku dengan tangan kanannya.

Lelaki itu terus mencium leherku. Dia menghidu bau tubuh badanku. Aku berasa tidak selesa diperlakukan seperti itu.

"Wanginya badan kau. Bau macam perempuan, sial. "

Bukan setakat itu sahaja, lelaki itu mengoyakkan lengan baju aku untuk melihat tubuh badanku. Dia teruja saat lengan bajuku terkoyak. Dia melihat ke arah kulitku sambil tersengih jahat. Akibat tidak kawasan tandas yang jauh dari orang ramai, tidak ada ramai orang berkeliaran di situ. Disebabkan itu lelaki itu berani untuk bertindak liar terhadap diriku.

"Fuck, dah lama aku tak ratah twink sedap macam kau ni. Dah laa wangi, putih pulak tu !"

Tanpa berfikir panjang,aku terus menggigit tangan lelaki itu. Aku gigit dengan kuat supaya lelaki itu melepaskan aku.

"Arghh !!". Lelaki itu terus melepaskan tangannya yang menutup mulutku. Lalu, dia menolak aku ke dinding. Akibat ditolak dengan ganas, dahiku terhantuk di dinding. Aku terduduk di atas lantai akibat berasa sakit. Aku memegang dahiku, ada darah yang tercalit di jari telunjukku. Aku berasa takut.

Lelaki itu berdiri di hadapanku. Dia memegang tangannya yang digigif olehku. Dia ketawa kecil kerana dia tahu aku sedang dalam kesakitan.

"Kalau tadi kau tak melawan, kau tak sakit tahu tak? Sekarang ni, tak ada sesiapa dekat sini. Jadi, aku boleh buat apa sahaja yang aku nak dekat kau"

Lelaki itu memegang pinggangku dan cuba untuk mencium diriku. Aku memejamkan mata sambil cuba menolak tubuh badan lelaki itu. Belum sempat lelaki itu berbuat apa-apa, dia ditendang oleh seseorang di bahagian perutnya.  Lelaki itu terus terbaring di atas lantai sambil memegang perutnya.

Aku melihat ke arah Zafran yang berada di hadapanku. Wajahnya sangat serius. Kelihatan sangat marah. Entah mengapa, aku berasa sangat lega dengan kehadirannya. Umpama seorang hero yang menyelamatkan mangsanya. Ah, leganya !

Hanya Satu : Aku & KamuWhere stories live. Discover now