Episod 16

4.5K 64 16
                                    

Jam menunjukkan tepat pukul 8:30pm. Aku kini berada di rumah Zafran. Kami berdua duduk di ruang tamu sambil menonton netflix di televisyen. Sepanjang aku berada di sini, Zafran menjaga ku dengan baik. Makan dan minumku dijaga dengan sangat rapi.

Barangkali, aku bertuah kerana mendapat majikan yang baik seperti Zafran. Layanannya begitu mesra terhadap diriku meskipun dirinya dingin. Meskipun pertemuan kami adalah dalam keadaan yang mengejutkan, aku kini tidak menyesal.

Zafran melihat ke arah tanganku yang dibalut dengan bandage. Mungkin kerana mahu memeriksa samada lebam di tanganku sudah surut ataupun tidak. Zafran memegang tanganku perlahan.

Lalu, dia membuka balutan bandage yang menutup bahagian lebamku. Kelihatan lebam akibat dicengkam dengan kuat oleh Luke masih jelas kelihatan. Aku juga masih berasa sakit walaupun sudah beberapa hari berehat.

" lebam teruk lagi ni. Nak aku sapu ubat?"

"Ubat apa? Haritu Dr tak bagi ubat lebam pun kan?"

"Aku sapu minyak nak?"

" suka hati awaklah"

Zafran pun bingkas bangun menuju ke biliknya. Kelihatan dia membuka lampu bilik dan mencari sesuatu di dalam almarinya. Selepas beberapa ketika, dia datang semula ke ruang tamu. Dia membawa kotak first aid yang disimpan untuk kecemasan. Kelihatan ada banyak ubat-ubat yang tersusun di dalam kotak itu.

Zafran mencapai sebotol minyak berwarna hijau. Lalu segera membuka penutup botol. Dia menuangkan minyak itu ke atas tapak tangannya lalu disapukan perlahan-lahan ke bahagian lebam di tanganku.

"Arghh !"

"Tahanlah sikit"

"Sakitlah !". Zafran melihat diriku sambil tersengih kecil. Dia memperlahankan gerakan tangannya selepas aku mengadu sakit.

"Itulah. Siapa suruh cute sangat? Sampai customer nak ajak "main"

" huh? Apa dia?"

"Tak de apa.". Zafran mengurut sedikit pergelangan tanganku yang lenguh. Matanya fokus melihat series "Wednesday" di netflix. Meskipun begitu,tangannya yang besar dan hangat itu masih ligat mengurut tanganku.

Pada jam 10:30pm, aku duduk di balkoni apartment. Aku termenung seketika kerana terpesona melihat keindahan bandar Kuala Lumpur pada waktu malam. Walaupun terlalu sarat dengan bangunan, cahayanya indah pada waktu malam. Aku duduk di kerusi yang terdapat di balkoni itu.

Beberapa minit kemudian, Zafran datang membawa dua gelas kopi panas. Dia meletakkan kedua-dua gelas itu di atas meja kopi yang disediakan di balkoni itu. Lalu, duduk di sebelahku.

"Dari tadi, aku tengok kau termenung. Kau fikirkan apa?"

"Tak lah. Tak fikir apa pun. Cuma tengok pemandangan sekeliling. Cantik rupanya KL. Tapi, kalau dekat kampung lagi best"

" apa yang best dekat kampung? Bukan orang kampung duduk rumah je ke waktu malam?"

"Suasana kat kampung waktu malam seronok tau. Sejuk pulak tu. Lepas tu, malam dekat kampung terang sebab ada bintang-bintang"

" nanti, kalau ada rezeki. Aku nak try stay dekat kampung kau satu minggu. Kau bawak aku jalan-jalan kampung boleh?"

" dekat kampung saya? Boleh je Zaf. Saya bawak awak keliling kampung. Kalau petang-petang, saya bawak awak pergi pantai tengok sunset. Best tau"

"Tengok...sunset?"

"Haahlah, tengok sunset. Duduk tepi pantai sambil tengok matahari terbenam perlahan-lahan. Best tau !"

" ceh, macam orang bercinta pulak". Zafran tersengih kecil sambil melihat aku. Aku terdiam akibat malu.

" by the way, aku nak tanya soalan personal boleh?". Zafran mencapai segelas air kopi yang panas untuk diminumnya.

" boleh. Apa dia ?"

" kau pernah bercinta ?"

"Hahaha. Tak pernahlah. Lagipun, tak terfikir pun sampai ke arah tu masa sekolah. Siapalah yang nak dekat saya, ni? Dah laa keluarga susah, harta tak de"

"Kalau aku cakap , aku suka kau. Kau terima?"

"Huh? Eh. Awak ni...kalau nak gurau pun, agak-agaklah" balas diriku. Zafran meletakkan gelas di atas meja kopi. Dia melihat ke arah diriku.

"Muka aku nampak macam aku tengah bergurau ke, Hadi Iman?". Kelihatan wajah Zafran begitu serius.

" saya...tak tahulah nak react macam mana kalau betul awak sukakan saya. Sebab, saya tak pernah ada pengalaman untuk bercinta"

"Then, let me be your first love". Mataku terbeliak. Aku tidak sangka yang majikanku berkata sedemikian rupa.

" saya...tak tahu. Awak sudi ke terima budak kampung yang miskin macam saya ni?"

"Aku tak pernah pandang kekurangan kau. Aku tahu kau ada kekurangan. Tapi itu tak menghalang aku untuk sukakan kau"

"Zaf...saya tak berani nak bagi kata putus. Boleh tak, awak bagi masa dekat saya untuk fikir?"

" okay. Aku bagi kau masa. Aku bagi masa seminggu je untuk bagi jawapan"

"Andai kata saya tolak, kita still berkawan ke?"

" bergantung kepada situasi nanti"

" baik, saya akan bagi jawapan dalam masa seminggu dari sekarang"

"Aku cuma nak tegaskan one more time. Aku memang...sukakan kau, Hadi Iman.". Aku hanya diamkan diri. Aku tidak tahu untuk menjawab apa kerana Zafran begitu bersungguh-sungguh. Aku mencuba untuk mengubah topik lain.

Aku segera mencapai air kopi yang dibancuh oleh Zafran. Lalu segera menghirup air kopi itu.

"Heum, sedapnya air kopi ni. By the way, bangunan apa kat sana tu?" aku cuba mengubah topik. Namun, Zafran fokus melihat aku.

" tak payah nak ubah topik."

"Aduh, kantoi laa pulak. Ye, saya faham perasaan awak dekat saya macam mana. Awak..bagi masa dekat saya eh? Saya akan persiapkan diri"

"I will wait for you". Zafran tersengih. Dia mengusapkan kepalaku sambil tersenyum. Lalu mengusap pipiku perlahan.

"I love you." kata Zafran dengan macho.

Hanya Satu : Aku & KamuWhere stories live. Discover now