Beberapa hari kemudian, aku mulai sembuh dari kesakitan. Aku terpaksa mengambil mc untuk berehat terlebih dahulu. Mujurlah Joey dan Zack membawa aku ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Bahagian Pinggang dan punggungku kini lebih baik daripada sebelumnya. Aku menghabiskan cutiku di rumah secara bersendirian. Zack dan Joey pula sibuk dengan pekerjaan mereka.
Aku duduk di ruang tamu seorang diri. Aku melabuhkan punggungku di atas sofa sambil menonton televisyen pada jam 8pm. Akibat bosan, aku terus mencapai telefonku dan menghubungi ibuku di kampung.
" Iman dah transfer duit dalam account ibu. Kalau tak cukup, ibu bagi tahu je dekat Iman. Nanti, Iman akan usahakan"
" terima kasih anak ibu. Nanti ibu akan guna duit Iman untuk bayar hutang arwah ayah"
"Bulan depan, Iman kasi lagi dekat ibu. Ibu jangan risau ye?"
"ye la. Iman, ibu nak tanya sikit ni. Tapi, Iman janganlah marah ye?"
"Belum tanya, takkanlah Iman nak marah. Haa, Ibu nak tanya apa?"
"Ibu...nak tahu. Iman, dapat duit ni dari mana? Dan...Iman kerja apa?"
" Iman kerja dekat sini. Iman jadi ...cleaner. Cleaner dekat sebuah syarikat. Kenapa bu?"
"Cleaner? Ouh, alhamdullilah. Tak pe Iman. Cleaner pun baguslah. Asalkan dapat cari rezeki secara halal. Lega ibu dengar"
Aku terdiam seketika. Aku tidak berani memberitahu ibuku yang aku sebenarnya bekerja di Gemini Club. Seandainya ibuku tahu, pasti dia tidak akan menerima duit pemberianku. Maklumlah, duit itu diperolehi hasil daripada bekerja di sebuah kelab malam. Aku berasa lega kerana sekurang-kurangnya aku dapat membantu ibuku melangsaikan hutang arwah ayah secara perlahan-lahan walaupun terpaksa menipu.
Seusai aku menelefon ibu, aku terus berbaring di atas sofa sambil melelapkan mata. Bunyi televisyen menemani aku yang sedang bersendirian di ruang tamu. Akibat mengantuk, aku memejamkan mataku perlahan-lahan. Namun begitu, aku kerap kali terbayangkan mengenai lelaki yang menyelamatkan aku di Gemini Club saat aku mabuk. Aku tidak tahu kenapa begitu susah untuk aku lupakan apa yang telah terjadi. Mungkin sebab dialah lelaki pertama yang meragut keterunaanku dan membiarkan aku menanggung kesakitan tubuh badan seorang diri.
Bayangan demi bayangan mengenai apa yang terjadi antara aku dengan lelaki itu sewaktu di atas ranjang datang satu per satu ke dalam fikiranku. Aku hanya terbayang saat aku berciuman dengan lelaki yang tidak ku kenali itu. Lelaki itu mencium diriku dengan rakus dan aku melayani sahaja tindakan lelaki itu tanpa melawan. Dalam bayangan itu, aku kelihatan gembira saat berasmara dengan lelaki itu. Tetapi mustahil, kerana aku tidak sukakan lelaki. Aku st8!
Aku membuka mataku semula kerana tidak dapat untuk melupakan lelaki itu. Aku menjadi serabut. Kenapa aku berperangai sedemikian rupa? Seolah-olah aku menyukai lelaki !
—————————————————————————
*Flashback pada malam Iman diselamatkan oleh lelaki misteri*Iman didukung dan dibawa masuk ke dalam sebuah bilik tidur. Lalu, Iman dibaringkan di atas katil secara perlahan-lahan. Lelaki misteri itu melihat ke arah Iman yang sedang terlena. Dia tersengih kecil seketika saat melihat Iman terlena.
Lelaki itu menghidu bajunya yang berbau. Dia lantas berdiri untuk menukarkan bajunya. Namun, tangannya dipegang. Rupanya, Iman memegang lengan tangan kanannya. Lelaki itu melihat ke arah Iman. Dia duduk semula ke atas katil dan melihat ke arah Iman. Lengannya digenggam erat oleh tangan Iman yang kecil itu.
" sleep well tonight. " kata lelaki itu kearah Iman.
"Aku...tak nak tidur lah."balas Iman.
"Habis, kau nak apa? "
Iman bingkas bangun. Dia melihat ke arah lelaki itu. Dia terus mencium bibir lelaki itu tanpa segan silu akibat mabuk. Dari bibir, Iman terus mencium leher lelaki itu. Haruman yang wangi menyebabkan Iman mencium leher lelaki itu dengan lebih lama. Dia seperti orang kerasukan yang kelihatan sangat terdesak.
"hey ...kenapa ni? Ah " Kata lelaki itu sambil menahan kesedapan
"Aku nak kau...aku suka bau jantan macam kau. Bau kau, buat aku horny. Aku tak tahan"kata Iman.
Mata lelaki itu terbeliak seketika. Dia tidak sangka yang Iman yang kelihatan innocent itu sebenarnya "liar dan rakus" di atas ranjang. Dia menelan air liurnya perlahan-lahan dan tidak melawan juga. Sebaliknya, dia membiarkan Iman melakukan "tugasnya"
Iman terus menarik lelaki itu ke atas katil. Dia membaringkan lelaki itu dan duduk di atas lelaki itu. Iman duduk betul-betul di atas bulge lelaki itu. Dia mencium bibir lelaki itu dengan rakus.
" aku nak kau janji dengan aku" kata Iman kepada lelaki itu.
"Janji apa? " balas lelaki itu.
"Janji dengan aku. Malam ni, kau akan puaskan aku. Dan kau kena janji, badan kau milik aku"
"Kalau mcm tu, aku pula nak badan kau jadi milik aku sorang. Setuju?"
Iman terus mengusap abs lelaki itu. Dia tidak menjawab sebaliknya meneruskan kerjanya untuk memuaskan nafsu gersangnya.
—————————————————————————
"iman..Asal tidur sini? Tak sejuk ke?"Iman membuka matanya perlahan-lahan. Dia mengusap kedua-dua belah kelopak matanya sambil melihat ke arah Joey dan Zack yang baru sahaja pulang dari kerja.
"Kau sakit badan lagi ke? Ubat dah makan" soal Zack kepada Iman.
"Dah makan dah. Sakit dah kurang. Cuma, rasa lemah lagi. Lenguh-lenguh badan"
" Tak pe. Kau rehat betul-betul. Lagipun, besok kau still cuti kan? Kalau besok still sakit, kita gi hospital pulak " jelas Joey.
" hospital? Tak nak laa aku. Alaa, korang tak payah risau, besok mesti okaylah aku ni"
"btwlah Iman. Aku lupa nak tanya kau haritu. Malam yang kau tak balik rumah tu, kau pergi mana sebenarnya? Sampai boleh demam and sakit badan macam ni?"
"Ohh...aku...aku tak balik rumah sebab aku tidur dekat club. Aku barai sangat...sebab tu aku tidur dekat club"
"Tidur dekat club? Agak-agaklah nak tidur dekat Gemini yang bingit dengan muzik tu?"
"Dah penat. Aku terpaksa tidur laa dekat bilik staf. Aku sakit badan ni pun sebab...aku buat banyak sangat kerja dekat Gemini. Angkat itu, angkat ini"
" lain kali, kalau tak larat sangat nak balik, kau inform je dekat kitaorang. Kitaorang datang ambik kau dekat sana, okay?"
Aku cuma mengangguk. Aku tidak mahu Joey dan Zach mengetahui perkara yang sebenarnya terjadi ke atas diriku. Biarlah aku sahaja yang tahu mengenai apa sebenarnya yang telah terjadi. Aku tidak mahu mereka risau dengan diriku lagi. Cukup-cukuplah aku menyusahkan mereka sebelum ini dengan pelbagai perkara !
YOU ARE READING
Hanya Satu : Aku & Kamu
Fanfiction[ Musim Pertama ] Takdir telah menemukan dua insan yang berbeza. Hadi Iman yang tersepit dalam kehidupan telah dipertemukan dengan Zafran Mikael yang hidup dengan penuh kemewahan. "Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat...