Beberapa minggu berlalu. Aku dan rakan-rakan sekerja sudah tidak lagi berkunjung ke Gemini. Zafran memaklumkan kepada semua staf bahawa Gemini akan ditutup buat sementara waktu untuk tujuan renovasi bangunan dan kemudahan di Gemini dalam sebuah mesyuarat. Zafran turut memaklumkan bahawa semua staf tidak akan di berhentikan. Sebaliknya, mereka hanya akan diberikan cuti sehinggalah kerja-kerja renovasi selesai.
Pada awalnya, aku berasa risau dengan pengumuman tersebut. Sekiranya aku bercuti, aku tidak akan mendapat duit untuk menyara kehidupan di Kuala Lumpur. Namun, Zafran memaklumkan bahawa gaji akan dibayar kepada semua staf. Tetapi, bayaran yang bakal diberikan hanyalah separuh daripada gaji penuh. Walaupun hanya separuh gaji sahaja yang dibayar, aku tetap rasa bersyukur. Bersyukur kerana Zafran menjadi seorang majikan yang bertimbang rasa terhadap staf-stafnya.
Aku termenung sendirian di ruang tamu sambil menemani Zach dan Joe. Kami menonton tv. Aku tidak dapat fokus kerana aku sudah beberapa minggu tidak berjumpa dengan Zafran. Zafran juga seolah-olah tidak mencari aku. Mungkin dia terlalu sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Aku tidak mahu menganggunya.
" Iman, lately ni aku tengok. Kau macam risau je. Kau risau pasal apa?" soal Joe kepada diriku.
"Mana ada risau. Aku okay je la"
" hurm...kau risau tak cukup duit nak bayar sewa rumah ke?"
" duit sewa rumah, cukup je. Cuma tulah, bulan ni aku tak boleh kasi duit banyaklah dekat mak aku kat kampung. Maklumlah, gaji kena bayar separuh je. Nasib nasib" aku mengeluh kecil.
" aku dengan Zach bincang dah tadi. Bulan ni kau tak yahlah bayar duit sewa. Kitaorang tolong payung. Bila kau dah kerja balik, kau bayar laa sikit-sikit" jelas Joe.
"Eh, tak pe korang. Aku...boleh je bayar. Lagipun, aku cadang nak cari kerja part time. Bolehlah aku cari duit jugak"
" tak payah Iman. Kau rehat je dekat rumah. Kitaorang faham je keadaan kau. Hari ni, hari kau susah. Kitaorang kenalah tolong"
"Hurm...sorry kalau aku susahkan korang. Thanks sebab faham aku and sudi tolong aku. Nanti aku dapat gaji, aku bayar dekat korang eh?"
"No problem" jawab Zach yang sedang mengunyah keropok.
Aku tersenyum kecil. Berasa lega sedikit kerana bulan ini aku tidak perlu untuk membayar duit sewa rumah. Aku bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan yang memahami aku dan membantu aku sejak dari dahulu lagi.
Keesokan harinya, aku berasa bosan. Aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan untuk mencari kerja sambilan. Meskipun, Zack dan Joe ingin membantu aku dengan duit sewa rumah, aku tidak mahu bergantung harap kepada mereka berdua. Pada petang itu, aku pun bersiap-siap untuk mencari kerja kosong.
Pada petang itu, aku singgah sebentar ke Gemini Club. Aku melihat sahaja bangunan Gemini yang sedang direnovasi oleh para buruh. Kelihatan ada banyak pekerja yang keluar masuk membawa barang ke dalam Gemini. Aku mengeluh perlahan kerana sejujurnya aku merindu pemilik kelab itu.
Aku pun berjalan menuju ke deretan kedai yang berada di sekitar kawasan Gemini. Aku tidak tahu untuk menuju ke mana. Tiba-tiba, aku sampai di hadapan kedai serbaneka yang popular iaitu 7-Eleven. Aku melihat ada iklan jawatan kosong yang dilekatkan di pintu kaca.
Aku pun segera masuk ke dalam kedai untuk bertanya dengan staf mengenai iklan jawatan kosong itu. Namun begitu, aku tergamam apabila melihat Zafran berada di dalam 7-Eleven. Dia sedang berdiri di hadapan kaunter untuk membayar minumannya. Kelihatan dia sedang mengeluarkan dompetnya untuk membayar minuman tersebut.
Rinduku terubat. Aku tidak sangka yang aku dapat berjumpa kembali dengan Zafran setelah beberapa minggu. Aku memerhatikan sahaja Zafran dari jauh. Tiba-tiba, dia menoleh ke kiri dan dia ternampak diriku. Aku menjadi gelabah dan tidak tentu arah.
Zafran mengambil minumannya dan dia berjalan menghampiriku. Kedengaran bunyi tapak kasut mendekatiku.
" lama tak nampak kau. Buat apa kat sini?"
"saya ingatkan siapalah tadi, rupanya Encik Zafran. Saya...datang sini sebab ada urusan sikit"
"Urusan? Urusan apa sampai kena datang 7-Eleven?"
" saya...tak tahulah nak cakap macam mana. Encik Zafran...abaikan je lah. Saya...kena pergi"
Belum sempat aku beredar, tanganku dipegang oleh Zafran. Dia menghalang diriku daripada pergi kerana dia menginginkan penjelasan.
" Hadi Iman. Asal nak lari? Jawab pertanyaan aku dulu." Aku tergamam saat dia memanggil namaku. Aku cuba menarik tanganku tetapi Zafran pegang dengan erat.
"Saya...datang sini sebab...saya nak cari kerja part-time. Itu je sebabnya. Tapi, saya tak sangka boleh terserempak dengan Encik Zafran kat sini"
" kerja part-time? aku tak izinkan."
"Kenapa pula Encik Zafran? Saya dapat gaji pun separuh. Mana cukup untuk saya sara kehidupan saya?"
Zafran terdiam. Wajahnya serius. Dia masih memegang tanganku lalu dia menarik diriku. Dia menarik diriku keluar dari 7-Eleven. Aku mengikuti sahaja dirinya dan berjalan menuju ke kereta miliknya yang diparkir berhampiran dengan sebuah jalan.
"Masuk" arah Zafran kepada diriku untuk masuk ke dalam kereta BMWnya yang berwarna hitam. Aku hanya berdiri sambil melihat sahaja ke arah Zafran. Dia membukakan pintu lalu melihat diriku.
" jangan sampai aku suruh masuk dengan cara paksa, Hadi Iman.". Aku berasa gementar mendengar arahan Zafran. Aku segera masuk ke dalam kereta tanpa banyak soal. Zafran juga masuk ke dalam kereta. Selepas beberapa minit,
"Aku tak akan izinkan kau kerja dekat situ. Sebab aku tak nak tengok kau penat"
"Kerja apa je yang tak penat Encik Zafran? Semua kerja mesti penat"
"Tapi, aku tak nak kau kerja teruk. Kau ingat senang ke kerja dekat kedai macam tu? Kau kena kira barang, angkat kotak-kotak berat. Kau nak kerja macam tu?"
"Habis, nak buat macam mana lagi? Saya memang perlukan duit. "
"Kalau kau nak tahu, sekarang aku tengah berbincang dengan Encik Radzi pasal isu gaji semua staf Gemini yang dicutikan. Aku tahu yang gaji separuh tu tak cukup untuk tampung kehidupan dan komitmen semua staf. Aku nak cadangkan supaya syarikat bayar gaji penuh kepada semua staf". Aku terdiam. Rupanya, Zafran lebih pantas daripada diriku.
"Jadi, aku harap kau bersabar kejap. Sebab, aku masih lagi dalam rundingan dengan Encik Radzi". Aku masih lagi berdiam. Selepas beberapa minit kemudian, aku melihat Zafran.
"Ye, saya akan bersabar. Terima kasih Encik Zafran sebab..masih utamakan kebajikan kami."
"No, aku yang patut berterima kasih dengan kau sebenarnya"
"Kenapa pulak perlu berterima kasih dengan saya? Saya tak buat apa-apa pun"
"Terima kasih sebab masih menepati janji kita yang dahulu."
"Yang mana satu?". Zafran tersengih kecil sambil gelengkan kepalanya.
"Dah lupa rupanya. Janji yang kau akan sentiasa percaya akulah, budak". Zafran terus mencuit hidungku sambil sengih.
"Ouh, yang itu. Saya ingatlah. Mana ada saya lupa."
"Jenis lupa tapi tak nak mengaku.". Kami berdua ketawa bersama-sama di dalam kereta. Terasa hangat kembali hubungan kami.
YOU ARE READING
Hanya Satu : Aku & Kamu
Fanfiction[ Musim Pertama ] Takdir telah menemukan dua insan yang berbeza. Hadi Iman yang tersepit dalam kehidupan telah dipertemukan dengan Zafran Mikael yang hidup dengan penuh kemewahan. "Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat...