Episod 9

4.4K 73 6
                                    

Beberapa hari kemudian, aku masih lagi buntu. Aku tidak mahu memberitahu yang Aaronlah orang yang telah membuat aku mabuk. Aku tidak mahu Aaron dipersalahkan. Kalau Aaron dipecat gara-gara aku, aku tidak boleh bayangkan penyesalan yang bakal aku tanggung sepanjang hidup.

Encik Zafran pula sudah tidak datang beberapa hari ke Gemini. Sekiranya dia datang, sudah pasti dia mahukan jawapan daripada ku. Aku harap sangat supaya Encik Zafran akan terlupa tentang apa yang kami bualkan.

Pada malam khamis, aku bekerja seperti biasa bersama dengan Haris. Jam menunjukkaan pukul 3:15am. Kami bersiap sedia untuk membersihkan kelab apabila pelanggan sudah beransur pulang. Aku masih risau seandainya Encik Zafran datang secara tiba-tiba. Sambil membuat kerja, aku memerhatikan sahaja keadaan sekeliling.

" kau...asal? Macam takut semacam je aku tengok?"

"Takut...? Muka aku macam orang yang tengah takut ke?"

" ye laa. Dari tadi, asyik tengok kiri kanan. Macam orang yang tengah takut"

" aku...okay je laa. Kau je yang overthinking"

"Cehh. Pandai eh kau twist pulak."

" by the way, Haris. Aku nak tanya something boleh tak? "

"Kau nak tanya apa pulak dah?"

"Pasal Encik Zafran. Haritukan, kau ada cakap yang dia tu bisexual. And kau ada jugak cakap, ada staf lelaki sini yang pernah...buat sex dengan Encik Zafran"

" okay...so, kau nak tahu pasal apa?"

" siapa staf tu? Dia masih kerja kat sini?"

"Hahaha. asal kau nak tahu? Kau ...pun bisexual ke?"

"Eh...ke situ pulak. Aku...saje je tanye. Takkan tak boleh?"

"Hurmp. Aku tak nak mention nama dia. Tapi, aku kasi clue aa. Budak tu, masih bekerja dekat sini. Dia bukan level-level kita aa. Dia tu pekerja kesayangan Encik Zafran"

"Kesayangan Encik Zafran? Siapa...dia?"

" entahlah. Pandai-pandailah kau cari sendiri. Gemini Club ni bukannya besar sangat. Kecik je kan? Cari aa sampai dapat"

Aku terdiam seketika. Aku mengangkat baldi berisi air menuju ke tandas sambil berfikir. Siapa pula pekerja lelaki yang menjadi staf kesayangan Encik Zafran? Aku menolak pintu tandas dan masuk ke dalam tandas untuk membersihkan tandas yang digunakan oleh ramai pelanggan. Bau hancing yang kuat dapat dihidu dari tandas lelaki itu. Mahu lemas aku dibuatnya !

Aku mengomel seorang diri memandangkan tiada sesiapa di dalam tandas itu.

" siapa eh staf kesayangan Encik Zafran tu?"

Aku membasahkan mop ke dalam baldi yang berisi air. Lalu, aku masukkan sedikit sabun ke dalam baldi berisi air itu. Bauan wangi mulai berterbangan dalam tandas yang busuk itu.

" kalau Haris, macam mustahil. Takkanlah dia nak bukak bekung sendiri yang dia buat sex dengan Encik Zafran"

"Kalau...Aaron? Cehh, lagilah mengarut. Aaron tu st8. Dah ada girlfriend."

"Siapa ehh budak tu?"

Aku mengomel panjang seorang diri. Tanpa aku sedari, rupanya masih ada orang yang berada dalam tandas. Kedengaran pintu tandas dibuka dan keluar seorang lelaki dari tandas itu. Aku melihat ke arah lelaki itu. Alamak ! Dia rupanya! Aku dalam masalah yang sangat besar !

Kelihatan Encik Zafran yang berpakaian kemeja hitam berlengan panjang keluar dari tandas. Dia berjalan menuju ke bahagian singki untuk membersihkan tangannya. Aku melihat ke arah dirinya dari atas sampai ke bawah. Kelihatan lengan kemejanya yang panjang dilipat kemas. Aku dapat melihat urat-urat yang timbul di tangannya seperti jantan -jantan macho. Aku menelan air liur kerana aku tahu, aku sedang berada dalam masalah yang sangat-sangat besar.

" kau minat dekat aku sangat ke, Iman?"

"Mi..minat? Apa maksud Encik Zafran? Saya tak faham?". Aku membalas sambil melihat ke arah Encik Zafran yang sedang membasuh tangannya. Sesekali, lelaki itu melihat ke arah wajahnya yang tampan di hadapan cermin. Dia tidak menjawab. Sebaliknya, fokus membersihkan tangannya dahulu.

" ye lah. Kau macam sibuk sangat nak tahu siapa yang aku sayang dekat Gemini ni. Tak ke tu menunjukkan yang kau berminat dengan aku?" jawab Encik Zafran. Dia mencapai tisu yang terletak dalam kotak tisu di tepi dinding.

"Tak..tak. Encik Zafran dah salah faham ni. Saya..dengar khabar angin je. Sebab tu, saya tertanya-tanya."

" ouh, khabar angin?"

Aku terus menganggukkan kepala segera. Tangan kananku sedang memegang batang mop. Aku melihat ke arah Encik Zafran. Dia membuang tisu ke dalam tong sampah. Lalu,dia berjalan menuju ke arah diriku. Selangkah demi selangkah. Sehinggalah dia betul-betul berdiri di hadapan wajahku. Aku dapat menghidu haruman perfumenya yang sangatlah "jantan". Aku menelan air liurku.

"Ke...kenapa Encik Zafran? Saya..buat salah ke?"

"Kau tak buat salah pun, Iman. Aku akan jawab soalan kau tentang siapa staf kesayangan aku dekat Gemini ni"

Aku hanya diam dan bersedia untuk mendengar penjelasan Encik Zafran.

" aku pernah bawa seorang staf Gemini untuk tidur dekat rumah aku. Staf tu ialah...Khairil."

"Khairil..yang handle bayaran gaji tu?" soal aku kepada Encik Zafran. Encik Zafran hanya tersengih sambil anggukan kepalanya perlahan-lahan.

"Untuk pengetahuan kau, aku tak buat sex dengan dia. Aku hanya tumpangkan dia tidur dekat rumah aku sebab dia ada family problem. Ramai staf yang salah sangka tentang hubungan aku dengan Khairil. Lagipun dia yang mintak tolong. "

" huh? Jadi, khabar angin tu..tak betul laa ye?! Jahatnya siapa yang buat khabar angin ni"jelas aku.

" aku rapat dengan Khairil pun sebab dia selalu rajin tanya mengenai procedure kerja dekat aku. Tak ada special relationship pun macam yang kau dengar dalam khabar angin dekat club ni"

" saya...mintak maaf sebab saya salah sangka dengan Encik Zafran. Saya janji, lepas ni...saya tak akan percaya khabar angin bulat-bulat. Lagipun, saya tak tahu semua tu sebab saya budak baru dekat sini"

" tapi...untuk pengetahuan kau. Aku memang ada staf kesayangan dekat Gemini ni. Walaupun Khairil rajin, dia bukanlah staf kesayangan aku"

"Ouhh, siapa? Mesti Encik Radzi kan?"

"Bukan"

"Hurm. Aaron ke? Sebab dia kan pandai jadi bartender"

"Haha, bukan juga". Buat pertama kali, aku dapat melihat Encik Zafran ketawa kecil di hadapan ku. Mahu luruh hatiku melihat kekacakannya.

"Habis tu..siapa pulak Encik Zafran?"

"Staf kesayangan aku tu...ialah orang yang sedang bercakap dengan aku ni". Encik Zafran menciut hidung aku perlahan sambil tersengih macho. Entah mengapa hatiku berdebar kencang saat dia berbuat demikian.

Tiba-tiba, dia memegang pinggangku dan menarik diriku ke arahnya supaya lebih dekat. Sebelah tangannya pula mengusap pipiku dengan penuh manja. Tanpa sedar, aku terbuai dalam layanan manja seorang lelaki. Bibir ku akhirnya bertaut manja dengan Encik Zafran. Aku tidak melawan sebaliknya merelakan sahaja diperlakukan sedemikan rupa. Aku...mungkin sudah terjatuh cinta !

Hanya Satu : Aku & KamuWhere stories live. Discover now