Aku sudah tamat waktu kerja. Memandangkan aku berasa letih untuk berjalan pulang, aku meminta supaya Zach untuk mengambil aku di Gemini Club.
Entah mengapa aku tidak dapat untuk melupakan moment aku berciuman dengan Encik Zafran di dalam tandas. Aku memegang bibirku. Senyuman mulai terukir. Aku tidak permah merasai perasaan ini sebelum ini. Mungkinkah ini yang orang gelarkan sebagai cinta?
Ah merepek. Mana mungkin Encik Zafran akan memandang orang biasa seperti aku yang tidak memiliki apa-apa. Realitinya, aku hanyalah seorang budak kampung yang berhijrah ke bandar untuk menyara keluarga. Matlamat utamaku ialah untuk menyara keluarga bukannya mencari cinta.
Tapi, kalau Encik Zafran langsung tidak pandang aku...kenapa dia berani untuk cium aku di dalam tandas? Jangan-jangan....dia sudah tersuka dengan aku? Ah~ merepek lagi ! Lupakanlah, mungkin dia mabuk. Tapi, tak bau alkohol langsung dekat bibir dia waktu aku bercium dengan dia !! Kenapa dengan aku ni?
Mana boleh seorang pekerja jatuh cinta dengan majikan sendiri. Lagi satu, mana ada lelaki bercinta dengan lelaki ! Sedar diri Iman ! Buang fikiran kotor ni ! Kenapa sekarang kau boleh tersuka dengan lelaki yang rogol kau dulu? Tapi...Encik Zafran cakap aku yang nak buat seks dengan dia? Dia...cuma tunaikan apa yang aku nak ! Ahh, serabutnya !!!
Aku memegang kepalaku kerana berasa keliru dengan perasaanku. Aku mula berfikir pelbagai perkara sehingga tidak sedar yang kereta Zach sudah sampai di hadapan club. Bunyi hon kereta Honda Civic Zach menyedarkan aku kembali. Aku segera berjalan menuju ke kereta Zach.
" dah lama ke tunggu aku?" soal Zach kepada aku.
" tak lama pun. Aku pun baru je keluar"
Kami berdua masing-masing diam. Jalan raya kelihatan lenggang. Manakan tidak, jam menunjukkan pukul 5:35am. Itulah realiti bekerja di sebuah kelab. Masuk kerja waktu senja, pulang kerja waktu pagi.
Tiba-tiba, ringtone chat whatapps aku berbunyi. Aku segera mengeluarkan telefon untuk memeriksa. Aku menerima chat dari nombor yang tidak dikenali. Aku segera menekan chat tersebut untuk memeriksa kandungan chat.
" dah sampai rumah?"
Aku membaca chat ringkas itu. Lalu, aku memeriksa dp whatapps orang misteri itu.
Aku tergamam melihat gambar Zafran menghiasi dp whatappsnya. Aku menjadi semakin teruja kerana dia sendiri yang mendekati aku tanpa aku minta. Tetapi, aku berasa pelik. Bagaimana dia dapat nombor telefon aku?
" belum lagi. Around 10 minute lagi sampailah" balas aku. Belum sempat aku menutup telefon, chat aku dibalas. Kelihatan Zafran sedang "online".
" balik dengan siapa?"
" dengan kawan saya. Dia datang ambik dengan kereta dia". Zafran tidak membalas apa-apa. Dia hanya bluetick sahaja. Mungkin kerana masih berasa akward selepas peristiwa kami bercium di dalam tandas.
" macam mana Encik Zafran boleh dapat nombor saya? Sedangkan saya tak bagi?" soal aku kepada Zafran.
" from work application form". Mata aku terbeliak. Aku tak sangka dia begitu gigih mencari nombor telefon aku menerusi borang permohonan kerja yang aku isi sebulan yang lepas.
"Gigihnya cari. Kenapa Encik Zafran tak mintak je dekat saya waktu jumpa tadi?"
"Terlupa". Dia membalas ringkas. Aku tersengih kecil.
"Anyways, jumpa besok Iman". Aku terdiam. Aku terlupa untuk memberitahu Zafran bahawa aku bakal bercuti besok. Di Gemini, para staf akan mendapat cuti selama 1 hari seminggu. Aku menjadi serba salah untuk memberitahu Zafran.
" kita jumpa lusa sebab besok saya off-day Encik Zafran"
" off-day?"
"Yup, betul tu Encik Zafran. Maaf sebab tak bagitahu" aku balas ringkas.
" tak perlu mintak maaf. Takkanlah aku nak marah kau sebab kau cuti besok"
"Untunglah saya, dapat boss yang sangat prihatin macam Encik Zafran"
"Esok rehat. Jangan merayap keluar. Nanti penat pulak"
"Baik Encik Zafran. Saya memang tak keluar kalau off-day. Lagipun, saya tak tahu nak jalan ke mana dekat KL ni. Transport pun tak de"
Kelihatan Zafran tidak membalas apa-apa. Dia hanya bluetick. Aku menantikan jawapan daripadanya.
"Amboi, fokus dengan phone je dari tadi? Ada apa-apa ke?" soal Zach
"Eh, tak de aa. Ni, boss aku chat. Biasalah, sembang-sembang sikit " jelas aku.
"Next level betul kau ni. Boleh chat dengan boss bila habis waktu kerja"
"Alaa, bukannya chat pasal kerja pun. Chat pasal besok cuti. Dia cakap duduk berehat je kat rumah itu je"
" wah, caring betul eh boss kau? Ada...something ke Iman"
" Haa, mula dah merepek. Boss aku tu...dia. Dia baik lah, sebab tu dia caring pasal pekerja-pekerja dia"
"Baik eh? Orang tua-tua cakap kadang-kadang manusia ni baik sebab ada makna. "
"Haish, mana ada. Boss aku tu memang baik orangnya. Dia bukannya jenis suka ambil kesempatan"
Zach ketawa kecil. Hakikatnya, aku sebenarnya menyukai perhatian yang diberikan oleh Zafran terhadap diriku. Semua ini berpunca daripada peristiwa bercium di dalam tandas.
YOU ARE READING
Hanya Satu : Aku & Kamu
Fanfiction[ Musim Pertama ] Takdir telah menemukan dua insan yang berbeza. Hadi Iman yang tersepit dalam kehidupan telah dipertemukan dengan Zafran Mikael yang hidup dengan penuh kemewahan. "Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat...