Aku telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaranku bersama Zafran di luar negara. Aku telah memaklumkan kepada ibuku. Pada awalnya, dia asyik bertanya mengenai kos perbelanjaan untuk diriku. Namun, aku memaklumkan bahawa Zafran sudi untuk menanggung segala kos perbelanjaan untukn diriku ketika belajar di luar negara.
Untuk beberapa minggu ini, aku dan Zafran masing-masing sibuk mempersiapkan diri untuk mendaftarkan diri ke salah sebuah universiti swasta di Australia. Kami berdua mendaftarkan diri dalam program yang sama. Adik Zafran iaitu Lydia telah banyak membantu kami berdua untuk melakukan persiapan selepas kami berdua mendapat surat tawaran.
Aku tak sangka. Setiap impian yang aku inginkan telah ditunaikan oleh Zafran. Dia seolah-olah gembira setiap kali dia menunaikan setiap impian yang aku inginkan sejak dari dulu. Cumanya, aku masih tidak tahu apakah impian dirinya?
Kami berdua berkunjung ke sebuah kompleks membeli belah di Kuala Lumpur untuk membeli pakaian. Aku hanya berjalan di sebelah Zafran sambil memerhatikan kedai-kedai yang dibuka di situ. Zafran berjalan sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar dengan santai.
Setelah sampai di Uniqlo, kami berdua singgah untuk melihat baju-baju yang dijual di situ. Aku hanya menemani sahaja Zafran yang sedang memilih baju-baju. Aku melihat tanda harga. Rata-rata harga pakaian di situ mencecah puluhan ringgit.
Aku melihat ke arah ruangan sweater yang disediakan di situ. Aku berminat dengan sehelai sweater berwarna putih yang mempunyai corak arnab. Entah mengapa comel sekali sweater itu. Zafran mendekati diriku dan melihat ke arah sweater itu.
"Suka? Kalau suka, ambik je". Zafran hanya tersengih sambil melihat ke arah diriku.
" tak naklah. Lagipun baju yang awak beli untuk ke Australia pun dah banyak."
"Dah awak suka, ambik je la. Kejap lagi saya bayarkan" jelas Zafran. Aku hanya tersenyum kecil sambil mencapai sweater itu. Zafran tidak pernah berkira dengan diriku. Apa yang aku mahukan, dia akan sentiasa tunaikan. Tetapi aku tidak mahu melebih-melebih. Aku tidak mahu dicop mengambil kesempatan di atas kekayaan Zafran.
Semasa pulang, Zafran memandu kereta. Aku pula duduk sambil melihat pemandangan di sekeliling Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dengan orang ramai.
" minggu depan, kita dah nak pergi dah sana. Mulai esok, awak tak payah dah pergi Gemini. Rest well" kata Zafran sambil memandu. Sebelah tangannya memegang streng dengan penuh fokus.
"Tapi...saya nak jumpa dengan kawan-kawan saya nanti. Nak jumpa Aaron dengan Haris sebelum saya pergi sana"
"Boleh je kalau nak jumpa diorang kat Gemini. Tapi jangan kerja. Saya nak awak rest untuk seminggu ni. Okay?"
"Tapikan awak, saya terfikir tau. Kalau awak gi Australia, siapa yang nak uruskan Gemini? "
" awak tak payah risau, Gemini akan diuruskan oleh Encik Radzi. Lagipun, saya dah maklumkan dah dekat Encik Radzi and ayah saya tentang saya nak sambung belajar ni"
"Ouhh, macam tu. By the way, ayah awak...? Okay ke?"
"Ayah saya okay. Dia lagi suka sebab dari dulu lagi dia nak saya sambung belajar balik. Masa saya berhenti belajar dulu, dia marah sangat-sangat. Sedangkan dia tak tahu yang saya depress bila ex-boyfriend saya meninggal dekat sana"
Aku melihat ke arah Zafran. Walaupun aku tidak pernah merasakan pengalaman kehilangan orang yang kita cintai, tetapi aku tahu ianya amat menyakitkan. Aku cuba menceriakan kembali keadaan supaya Zafran tidak sedih.
"Tak pe. Kita doakan je yang baik-baik. Mungkin, takdir dah menentukan yang pertemuan awak dengan dia hanyalah sekejap sahaja. "
"Dan takdir menemukan saya dengan awak pula." kata Zafran. Dia memegang sebelah tanganku dan mencium tanganku. Lalu dia pegang jari jemariku dengan erat sambil sebelah tangannya memegang streng kereta. Aku hanya tersenyum.
" awak, saya nak ucap ...terima kasih dekat awak"
"Terima kasih..? Sebab?" soal Zafran.
"Sebab selalu tunaikan setiap impian saya. Awak tunaikan impian saya untuk sambung belajar. Awak mewahkan hidup saya dengan kekayaan awak. Awak bahagiakan saya dengan layanan mesra awak. Terima kasih atas segalanya" jelas diriku. Kelihatan Zafran tersengih saat mendengar kata-kata diriku.
"Semua tu kecik je, awak. Sebagai seorang partner, saya akan tunaikan setiap impian awak selagi saya mampu. "
Zafran memberhentikan keretanya ke tepi. Lalu dia melihat ke arah diriku.
"Asal...berhenti kat tepi jalan ni?"
"Saje...nak tengok awak"
"Mengade"
"Biarlah, saya mengade pun...dengan isteri saya. Bukannya orang lain pun". Aku ketawa kecil saat mendengar kata-kata Zafran.
"Jom laa balik. Buat apa berhenti tepi jalan ni?"
"Kejap lah. Saya nak bagi sesuatu ni. Tapi, awak kena pejamkan mata dulu"
"Pejamkan mata? Hurm, ye laa". Aku pun segera memejamkan mataku. Aku dapat merasakan tangan kananku dipegang oleh Zafran. Beberapa minit kemudian, dia menyuruh aku membuka mata.
Kelihatan Zafran mengeluarkan sebentuk cincin silver dari sebuah kotak kecik berwarna hitam. Dia sudah memakai sebentuk cincin yang sama dijarinya. Dia menyarungkan cincin itu ke jariku perlahan-lahan.
"Apa ni?" soal diriku kepada Zafran sambil tersenyum. Cantik sekali cincin yang dibeli oleh Zafran dan saiznya muat-muat sahaja dengan jari kecilku. Aku tersenyum manis.
" untuk awak, Hadi Iman. Cincin ni khas untuk awak dan menandakan awak secara rasminya milik saya sorang je. Bukan milik lelaki lain, tapi milik seorang Zafran Mikail"jelas Zafran. Aku hanya terdiam sambil tersenyum.
" dalam dunia ni, tak ada lelaki lain yang saya cintakan selain awak, Hadi Iman. Hanya kamu.". Zafran membelai pipiku dengan lembut.
Zafran terus memegang daguku dan mencium bibirku.Aku membalas ciumannya sambil tersenyum. Aku memegang pipinya dan melayankan sahaja kehendak lelaki yang bergelar kekasihku itu. Sejujurnya, aku bahagia bersama dengan dia. Aku tidak sabar untuk berganjak ke fasa seterusnya bersama dengan lelaki yang aku cintai. Dari seorang stranger, menjadi buah hatiku.
TAMAT
YOU ARE READING
Hanya Satu : Aku & Kamu
Fanfiction[ Musim Pertama ] Takdir telah menemukan dua insan yang berbeza. Hadi Iman yang tersepit dalam kehidupan telah dipertemukan dengan Zafran Mikael yang hidup dengan penuh kemewahan. "Saya sedar yang saya ni orang susah. Orang hina yang tak patut dapat...